20110730

SI PENGGALI



Aku tetap aku.
Setiap galian itu bermakna.
Menggunakan teropong stereoskopik dalam menganalisa setiap perlakuan homosapien-homosapien yang ada di mukabumi ini.
Lantas mengaplikasi nilai metafora dalam memberi konklusi.
azz_nisha93@yahoo.com.my

"Tiada yang benar melainkan apa yang tergerak dalam sanubari, dan sesungguhnya 
petanda dari Ar-Rahman itu adalah satu anugerah."



Aku,
Cangkul Emas.

20110729

#2 Joyful Friday: Strike!



"Paduan laju satu balingan sahaja sudah cukup membuatkan sasaran bertaburan dan bergelimpangan tanpa rasa belas kasihan"





mood:trafik makin bertambah dan menjadi semakin teruja keghairahan!

20110727

#3 Wordless Wednesday: Otak Pecah.

Ini mungkin muka aku jawab test pagi nanti.








mood:aku ade test, so ape ade hal?

20110724

Minat baru

Yah, aku dah layan SNSD gila babi sekarang.
So, what's the deal?
Music video diorang semua aku download.
Seriously, aku addicted ngan diorang.

"tolong aku" *bisik dalam hati*


"Video Girls Generation (SNSD) versi 1080p HD lebih mengkhayalkan dan mengghairahkan dari video Miyabi Ozawa atau Sora Aoi versi HD."
-M.Faiz Syahmi (Si Diari Pedophile)


#SNSD atau Girls Generation adalah satu kumpulan K-POP.




mood:tengah terbayang aku keluar dating ngan SooYoung.*apa dah jadik kat aku ni!*

Hormat

Beginilah keadaannya ketika
kejadian(gambar hiasan)


Aku dalam perjalanan balik ke Kuantan. Perjalanan yang jauh ini mungkin memakan masa lebih kurang 7 jam.
Ya, tidur adalah agenda utama aku ketika dalam bas.
*
*
*
Tengah feeling aku melampiaskan nafsu tidur aku,
Aku terdengar sebuah lagu berkumandang.
Pabila diamati, bukan berasal dari radio bas tapi berasal dari phone salah seorang penumpang.
What the Fuck?! 
Bas dah buka radio and that fucking passenger nak sesuka hati mengumandangkan lagu dari phone dia yang tak seberapa itu?
*cuba tutup telinga*

Lebih memanaskan hati apabila dia ikut sekali menyumbang suara mengikut lagu yang dimainkan phonenya yang sangat dibangga itu.

Senarai berikut adalah antara lagu yang dimainkan beliau sambil nyanyi dengan 'sedap' sangat:
1. Cahaya di Aidilfitri
2. Balik Kampung (WTF aku nak balik kampus la!)
3. Lagu Hindustan
4. Lagu Dikir Barat
5. Lagu Dangdut (ini paling menyakitkan telinga tatkala suaranya di maksimakan)
6. Andai dapat Kuundurkan masa - AXL

Ini sahaja yang aku ingat. Penumpang lain termasuk aku hanya mampu menadah telinga kerana malas nak tegur. Faham-faham sendiri lah.
**********************************************************************************

HORMATI ORANG LAIN.


Pernah dengar kan ayat ini?
*tanya dalam hati di selangi keluhan*







mood:nak buat satu cerita then try hantar kat kontrolhisteria.

20110720

Minda Tertutup si Melayu.

Situasi 1:

Anak melayu: Ayah, ni surat mintak derma dari sekolah. Sekolah nak enhance segala fasiliti yang ade. 

Ayah melayu: Sekolah kau ni memang tak habis-habis nak makan duit mak bapak je ea?

minda melayu terbuka?

**********************************************************************************
Situasi 2:

Anak melayu: Ayah, adik nak pergi training nyanyi kat sekolah malam ni. Hantarkan boleh tak?

Ayah melayu: Tadi mase sekolah tak training ke? Cikgu kau ni takde mase lain ea? Malas la nak hantar!

minda melayu terbuka?

**********************************************************************************
Situasi 3:
Di dalam bilik kuliah kelas pengajian politik.

Si melayu A: Saya beranggapan bahawa ahli politik kerajaan telah melawan kuasa judisiari yang telah terpisah dari kepompong legalisme dan eksekutif....bla..bla..bla...

Si melayu B,C,D dan seterusnya:
Nak tunjuk pandai la tu...baru jadik mahasiswa nak komen pasal politik la ape la..shit betol la budak macam ni..

minda melayu terbuka?
**********************************************************************************
Tak payahla rasanya hendak ditunjuk bagaimana orang bangsa cina menaikkan bangsanya sendiri.
Sebab tulah Orang cina boleh berjaya di tanah yang bernama Tanah Melayu ini.
Kau fikir sendiri, 
dan nilai seadilnya.

Aku tak salah cakap kan?

Agaknya bilalah bangsaku yang tersayang ni nak keluar dari
kepompong 'otak karat'?







mood: meneliti dan menganalisis setiap yang manusia itu lakukan di sekeliling kita.

#2 Wordless Wednesday: Sendiri?

.
.
.
.
..
...
....
mood:sedih dalam hati tuhan sahaja yang tahu.

20110719

BUNTU itu APA?

Apakah yang dimaksudkan dengan buntu?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:


Buntu                                                
mati (jalan dll), tertutup (pintu dll), terhalang, tersekat; fikiran ~ tidak berfikir panjang lagi; jalan ~ a) jalan mati; b) tidak tercapai tujuan kerana tidak ada kata sepakat;

Adakah kau juga tergolong dalam 
golongan Si Buntu?


Apabila minda mencapai tahap buntu, produk yang dihasilkan itu selalunya akan dianggap sebagai 'boleh buang dalam tong sampah'. Otak tidak dapat berkembang kerana penjanaan kreativiti dalam idea melebihi had atau otak telah mencapai tahap 'otak bapak udang'. Jadi, apakah relatifnya perkataan BUNTU dengan entri Abam Cangkul kali ini?






Abam Cangkul dah buntu nak buat entri apa sebab asyik tidur, makan, Facebook, dan game.
Abam Cangkul ingin mengelak dari menjadi Si Plagiat.


mood:Aku nak balik kampus!*meratap di sudut bilik*

20110715

#1 Joyful Friday: Free!



"Assignments done means the prison's lock had been opened"










#P.s.: Mencuba asaskan Joyful Friday: dimana setiap hari jumaat, blogger akan letak sekeping gambar dan berikan kata hikmah yang berkaitan kegembiraan hidup blogger itu sendiri. Jumaat kan hari mulia!

mood:persona sangat gembira kerana pintu penjara telah terbuka!

20110713

#1 Wordless Wednesday: Assignment?



.
.
.
.
.
.
mood:itu yang aku rasa skang..makin nak cuti,makin aku gila.*pistol dah ready di kepala*

Belum sampai seru.



Kau pandang kawan kau.
Kau lihat apa yang dia buat.
Kau termangu sendiri.         
"HUISHHHHH....bilalah kau nak berubah.."*usap dagu baru lepas shave*

Kau termenung sendiri.
Hati kau mula mencambahkan nawaitu hendak buat benda yang kawan kau buat tadi.

Bismillahirrahmanirrahim *tadah tangan*
Semua kerja hendaklah dimulakan dengan kalimah agung ini.
Tatkala jari baru menyentuh helaian kertas yang ingin diselak,
Kawan kau yang lain datang.
"Kau..jom pergi main boling, kawanku."

mati-mati aku fikir kau takkan ikut mereka,
tapi aku tengok kau yang paling semangat tunggu teksi.
Masyaallah! 
Woi, assignment yang melambak ni bila kau nak buat?

TAK BERUBAH LAGI RUPANYA.*tepok dahi*




Ingat lima perkara sebelum lima perkara.
TUA sebelum MUDA.
LAPANG sebelum SEMPIT.
KAYA sebelum MISKIN.
SIHAT sebelum SAKIT.
HIDUP sebelum MATI.





mood:assignment wat aku rasa cam terjun dari bilik ni!

20110710

Tersipu jauh.

Kau rasa kau kecil?
Relax laa.
Kalah menang adat pertandingan.
Ingat, kalau kau hebat,
ada orang lagi hebat.
Tak payah tersipu malu dengan satu kekalahan.
Masih banyak ruang untuk kau.
Ar-Rahman selalu melihat usaha kau,doa kau.
Yang penting, kau teruskan usaha dan lakukan satu anjakan paradigma.
Kelak kau pasti berjaya.
Insyaallah.

"Menang itu nasib, kalah itu sudah tentu ada."                                                                    -Cikgu Zamzam(coach rugby kau)           





mood:masih sedih la kot.:(

20110707

Sedarkah kau?

Indahnya langit itu tatkala kau mendongak keatas.
.
.
.
.
Kau bermonolog sendiri,

"Sesungguhnya yang mencipta langit ini adalah yang terhebat dari yang terhebat."

Tapi ada satu yang kau masih tak sedar kawan,

"Pernah kau buat apa yang Sang Pencipta suruh?"

Kau masih terkapai-kapai dalam mencari arah tujuan.
Sampailah satu ketika selepas kau melakukan satu aktiviti,
Si Fulanah ini akhirnya berjumpa kau dan menegur akan perilaku kau yang jelas membelakangkan AlMalikulMalik.
Baru kau tahu kau sudah jauh tersimpang.
.
.
.
.
*tepok dahi*
.
.
.
.
Masih ada ruang untuk kau kawan.
Kau mahu syurga atau neraka?
Fikirkan...sudah sedar?

Seorang blogger tegar pernah berkata:
"SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA. SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA."



mood:sumpah aku dah lame x jenguk ini blog..adoyai!