20120224

Melayang ke bulan

Si Putera di beranda istana. Si Puteri di menara nun jauh memecah horizon raya. Komunikasi terbatas. Hendak guna telepati, tidak pula dikurniakan kuasa persis Professor X di X-Men. Hendak berportal, tidak pula hidup di zaman Star Trek. Jasmani sangat jauh tapi batin meronta-ronta dekatnya. Hendak berjumpa tetapi ibarat terkurung dalam penjara. Terseksa.

Si Putera pandang ke objek bulat besar berkawah-kawah di atas kepala. Terapung-apung indah biarpun hodoh sebenarnya. Ibarat cermin, wajah Si Puteri terpantul di atas permukaannya. Si Putera melayan syahdu sendiri. Si Puteri juga mengalami benda yang sama. Ibarat berinzal dengan kasih sayang satu sama lain, cuma bertopengkan objek bulat itu. Jauh terasa dekat.

Tak perlu kecanggihan selular untuk menghantar perasaan hati. Juga tak memerlukan laman mukabuku untuk melafaz kasih. Cinta yang sebenar boleh dirasa biarpun lama tidak berjumpa. Hanya alam menjadi saksi setia.

Bulan ibarat satelit yang men'transmit' perasaan hati antara satu sama lain.

Bulan itu pernah menjadi saksi kita berdua






mood:somehow, it's hard to make a choice.

5 comments:

  1. hanya alam menjadi saksi setia. i love that. kenangan tetap kenangan. feel great each time si penggali ni mengupas memori. much love-anonymous

    ReplyDelete
  2. @anon

    terima kasih kerana mengunjungi blog yang tak seberapa ni. Kenangan tu kadangkala boleh menghasilkan senyuman kalau di ulang-ulang.

    ReplyDelete
  3. kalau aku sendiri aku tak sanggup hadapi rindu yang sebegitu kuat..

    aku akan lakukan sesuatu.

    ReplyDelete
  4. Kalau aku pun mungkin juga tidak dapat tahankan benak rindu.

    Hmm.

    ReplyDelete
  5. @ghost writer

    kadang rindu itu susah nak diungkapkan. Rindu yang perlu disembunyikan.

    @jhnrdzi

    doesn't matter, have fap! hahaha

    ReplyDelete

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.