20130112

Rama-Rama itu hilang dari pandangan,

Aku pernah bercerita tentang rama-rama yang aku kejar dulu. Rama-rama yang begitu memilih tentang penjaganya. Aku juga ceritakan betapa susahnya untuk aku memujuk rama-rama itu ke pangkuan aku. Susah, memang susah.

Setelah sekian lama aku menunggu. Hati aku sudah tak tersabar lagi. Rama-rama itu masih menari dengan kepaknya yang cantik terliuk-liuk mengikut irama. Aku, walau bagaimanapun masih di situ menanti harapan yang takkan pernah datang. Rama-rama itu takkan pernah pandang aku kerana dia begitu istimewa. Dia ibarat puteri di dunia rama-rama. Aku pulak, ishhhhh tak tau nak sifatkan aku ni apa. Aku tekad dalam hati. Aku perlu berundur dari taman ini. Mungkin tuhan nak tunjukkan pada aku yang aku memang susah nak tawan hati rama-rama istimewa ini.

Lalu aku pun pergi, jauh dari taman tempat tinggal puteri rama-rama ini. Mungkin sampai satu masa, ada lagi rama-rama lain yang ingin menjadi teman diri. Belum masa lagi.

Bak kata Ustaz Jawwad, cikgu aku kat maktab dulu,

"Masih Jauh lagi"
-Ustaz Jawwad.

Terbanglah kau. (sumbangan al-Google)







mood: exam dah habes. yabedabedu!

2 comments:

  1. Mungkin perempuan tu pun tengah tunggu seseorang. Dia pun mungkin tengah rasa macamana kau rasa. Sakit bila kita pendam perasaan bertahun-tahun tanpa pengetahuan dia. Lebih sakit bila dapat tahu dia dah berpunya. Jangan sedih, Allah ada dengan kita. Stay strong :)

    ReplyDelete
  2. pergilah ke padang yang lebih luas. atau mungkin bukan hanya setakat di taman itu saja rama-rama ada. di taman lain mungkin rama-ramanya lebih cantik dan lebih menghargai kau. taman bukan satu, rama-rama bukan seekor.

    ReplyDelete

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.