20140304

Terbang

Aku dulu berjalan
Disokong kaki 
dan menongkah kerasnya tanah muka bumi
Kadang itu terpijak lumpur
Najis, lopak, rumput dan tahi

Terasa juga seperti mahu ada sayap
Kiri dan kanan
Kembang sekembangnya 
'morning glory' di pagi hari
Angkat dua-dua tangan ke atas
Dan beransur perlahan jauh dari tanah bumi
Perlahan lahan menghirup udara altitud tinggi
Sambil tiru lagak Kar-El si lelaki besi

Tapi tak guna terbang tanpa destinasi
Apa jadi kalau aku terbang ke matahari?
Sayap terbakar, badan hangus, genital pun terbakar sekali
Rugi, rugi, rugi

Aku rasa tak perlu sayap lagi
Kerana aku masih tak mampu mengemudi
Dan aku juga masih ada kaki
Yang sentiasa menemani hingga ke hari ini.

Dengan 'cool'nya mamat ni terbang di medan peperangan. (ihsan abam Google)
 

No comments:

Post a Comment

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.