20110910

Guru Tidak Sedar?

Detective Conan-Gosho Aoyama

"Saya Conan Edogawa, seorang detektif," ungkapan ini sangat dikenali menerusi anime Detective Conan yang kini masih menjadi antara animasi kegemaran kanak-kanak di Malaysia. Tidak dinafikan juga anime ini telah menjadi kegemaran aku sejak zaman sekolah rendah. Tetapi setelah sekian lama aku menonton siri ini, aku perasan sesuatu yang mampu diaplikasikan dari elemen yang tertonjol dalam anime ini.

Anime ini berkisarkan seorang pelajar sekolah tinggi yang sangat bijak dalam menyelesaikan kes-kes pembunuhan biasanya dan bisa menceritakan kembali modus operandi penjenayah dengan engkap dan ini telah menjadi daya penarik untuk orang menonton anime ini waima mak aku pun layan jugak tengok sama.

Tetapi setelah aku perhatikan, bukankah gaya penceritaan dan segala modus operandi yang direka dalam anime ini dibuat oleh penulisnya-Gosho Aoyama?

Penulis Gosho Aoyama
Ini membuatkan aku terfikir dan menganggap Gosho Aoyama sebagai seorang yang sangat genius dalam mereka modus operandi sesuatu pembunuhan. Dan anime ini juga dilihat mampu menjadi seperti buku teks silibus dalam sunjek 'Introduction to Killing I'. Pembunuh-pembunuh baru yang ingin berkecimpung dalam arena profesional boleh menggunakan anime ini sebagai bahan rujukan.

Apabila difikir, kanak-kanak adalah penonton setia siri anime ini. Adakah mungkin satu hari nanti akan ada pembunuh terdiri dari golongan kanak-kanak yang menggunakan modus operandi dalam anime ini?
Ataupun yang boleh menyelesaikan kes-kes jenayah dengan bijak seperti Detective Conan ni?
Tepuk dada tanya selera.





mood: neway, i'm back.