20110910

Guru Tidak Sedar?

Detective Conan-Gosho Aoyama

"Saya Conan Edogawa, seorang detektif," ungkapan ini sangat dikenali menerusi anime Detective Conan yang kini masih menjadi antara animasi kegemaran kanak-kanak di Malaysia. Tidak dinafikan juga anime ini telah menjadi kegemaran aku sejak zaman sekolah rendah. Tetapi setelah sekian lama aku menonton siri ini, aku perasan sesuatu yang mampu diaplikasikan dari elemen yang tertonjol dalam anime ini.

Anime ini berkisarkan seorang pelajar sekolah tinggi yang sangat bijak dalam menyelesaikan kes-kes pembunuhan biasanya dan bisa menceritakan kembali modus operandi penjenayah dengan engkap dan ini telah menjadi daya penarik untuk orang menonton anime ini waima mak aku pun layan jugak tengok sama.

Tetapi setelah aku perhatikan, bukankah gaya penceritaan dan segala modus operandi yang direka dalam anime ini dibuat oleh penulisnya-Gosho Aoyama?

Penulis Gosho Aoyama
Ini membuatkan aku terfikir dan menganggap Gosho Aoyama sebagai seorang yang sangat genius dalam mereka modus operandi sesuatu pembunuhan. Dan anime ini juga dilihat mampu menjadi seperti buku teks silibus dalam sunjek 'Introduction to Killing I'. Pembunuh-pembunuh baru yang ingin berkecimpung dalam arena profesional boleh menggunakan anime ini sebagai bahan rujukan.

Apabila difikir, kanak-kanak adalah penonton setia siri anime ini. Adakah mungkin satu hari nanti akan ada pembunuh terdiri dari golongan kanak-kanak yang menggunakan modus operandi dalam anime ini?
Ataupun yang boleh menyelesaikan kes-kes jenayah dengan bijak seperti Detective Conan ni?
Tepuk dada tanya selera.





mood: neway, i'm back.

5 comments:

  1. Kalau kite perhatikan di sudut yg lain, ia akan membantu kanak2 utk jadi lebih kreatif dan membuka pemikiran kerana pmbunuh tidak akan mnggunakan cara yg simple...

    ReplyDelete
  2. bukan takat cite conan ni je, cite yg berunsurkan penyiasatan seperti csi juga menjerumus kepada terjadinya jenayah...

    ReplyDelete
  3. YANG NEGATIF: ada sorang budak tu tonton semua episod dan catatkan setiap modus operandi. kaji setiap kelemahan yang menyebabkan pelaku terkantoi. bila dah perfect kajian dia tu, dia cuba aplikasikan kepada cikgu disiplin dia. ha, parah!
    YANG POSITIF: malas nak fikir, sebab aku sentiasa berfikiran negatif dan bukan seorang optimis. hahaha!!!

    ReplyDelete
  4. kartun feberet jugak .. hehe
    kdg2 terfikir jugak kalau lah ada manusia yang jadikan kartun ni satu cara untuk membunuh .. emm

    ReplyDelete

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.