20111031

Definisi cinta budak-budak

Bercinta di usia muda, topik tu nampak sangat out-to date tapi bagi aku, perkara ni adalah benda yang baru untuk diperbincangkan dalam usia aku yang makin meningkat dewasa. Aku pun pernah bercinta dan jadi jiwang karat tak tentu pasal dulu sampai kalau diingatkan balik, aku betul-betul malu nak jumpa dengan anak gadis idaman aku tu dulu. Time main surat-surat dengan homosapien berlainan jantina masa perasaan 'cinta' tu berkembang mekar (siallah, kan aku dah jiwang!) memang tak boleh dilupakan. Aku ingat lagi, dekat hostel aku buat bekas silinder Cadbury tu jadik bekas simpan surat-surat tak kiralah dari junior ataupun senior atau yang seumpama dengannya.

Tapi bila aku dah semakin matang dan dibenarkan merokok oleh kerajaan (tak memasal), aku mula berfikir yang zaman sekarang ni budak sekolah rendah pun sibuk bercinta macam budak sekolah menengah. Bukan aku nak condemn atau nak maki hamun Wadefakk kat diorang tapi pada pendapat aku golongan mereka ini tidak sesuai hendak berjiwang karat pada ketika pubic hair mereka baru nak tumbuh.

Perkara ni aku dapat saksikan bila ada si fulanah yang berumur 10 hingga 12 tahun dengan berbekalkan henpon-henpon mahal tajaan mak bapak mereka mula bermegah-megah tanpa malu dan segan yang mereka ini juga boleh bercinta sebagaimana remaja belasan tahun yang lain. Tidak dinafikan, cinta itu adalah perasaan yang lumrah bagi seorang hamba Allah tetapi ia juga boleh ditahan buat sementara waktu. Dapatkan kejayaan untuk dijadikan hadiah kepada mak bapak, barulah boleh bercinta. Jangan mudah terikut-ikut dengan budaya berkapel-kapel ni masa umur masih 'jagung leher' belum kering.

Jadi apakah definisi cinta orang muda? Jawapannya, takde pape. Tiada ape makna dalam percintaan yang terbina ketika umur masih budak-budaklah. Mungkin golongan kanak-kanak yang baca post ni akan sumpah seranah aku cakap aku cibai la, pantat la, tapi bila korang dah masuk umur macam aku, korang juga akan rasa jelik dengan kanak-kanak yang dah perasan baligh ni.

Percayalah, aku dah cukup makan garam dalam dos yang dibenarkan.
*lebih-lebih nanti boleh kena darah tinggi tau.

Cinta itu lebih indah kalau kedua-dua mampu berfikir lebih matang,
contohnya abam Johan Radzi kita.
keh keh keh.





mood:gua nak main Black Shot sambil dengar K-POP!

8 comments:

  1. johan radzi ? haha . great exmple la . mmg perlu matang dlm ape pun . ta smestinya dlm hubungn je . btw , bg mereka2 yg baru berumur 10-12 tu aku rse msih terlalu mentah untuk dowg paham dunia cinta ni . even aku yg da 18 ni pun masih awal . huhu . anyway . its one of the good idea from u .

    ReplyDelete
  2. aku menyokong!...mereka tidak mengerti kehidupan lagi...byk lg orang yg akan mereka jumpa....x payah la nk bazir dakwat pen buat surat cinta baik buat homework...x paya nak abeskn duit bg hadiah2 segala..sbb duit tu mak ayah kasi beli buku,,duit makan kat sekolah....mungkin itu jodoh korang,,,tp cuba buat solat istikharah adakah itu jodoh anda?Allah S.W.T knows more than us.believe it!:)

    ReplyDelete
  3. betul3...budak2 sekarang memang dh makin teruk jadinya..katanya nak tiru gaya abg2 n kakak diorang bercinta la katakan..hahahahaha

    ReplyDelete
  4. perlu cari masa yang sesuai utk bercinta. belum sampai masa lagi budak-budak spt itu mahu berkata-kata tentang falsafah hidup. terlalu mentah.

    ReplyDelete
  5. Kenapa pulak nama aku ._____.

    btw, aku agree bro. Couple sebenarnya tak haram but kalau budak budak kecik nak sibuk cakap pasal couple memang sangat aneh.

    ReplyDelete
  6. @cik anon

    thanx..do visit me often.

    @capak

    aku tau la kite ahli badan dakwah dulu..kih kih kih

    @misz_blur

    diorg terpengaruh malahan lebih teruk lagi.

    @MaNuSia

    falsafah yang mereka laung itu hanya falsafah picisan.

    @Johan

    kau la contoh pencinta terbaek. keh keh keh.
    pabila budak-budak hingusan berbicara soal orang dewasa adalah menjengkelkan.

    ReplyDelete
  7. aku sebenarnya ada gak pengalaman bercinta zaman hingusan nih.tapi tuh lar macam hingus gak.bila gian hingus tak henti2 keluar.bila hingus dah ok,baik sumernya,rasa cinta pun mulai kering.abih macam tuh jer.

    tapi pada peringkat usia matang nih,kemon!its wonderful!awesome beb!sangat2 menghargainya.saling berkongsi rasa yang kau akan tersenyum sepanjang masa.

    ReplyDelete
  8. shamil kau memang pandai berfalsafah la.haha

    ReplyDelete

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.