20111102

Astigmatisme

Setiap malam sekarang ni gegendang telinga aku bergetar dengan jeritan mak aku yang suruh aku tidur cepat. Aku bukan buat apa pun,
aku cuma main fesbuk je. Aku cuma blogging je. Aku cuma habiskan baca kisah-kisah gore dari Kontrol Histeria. Kadang-kadang je lawat fesbuk Jesse Jane ngan Maria Ozawa. Lawat page friends fesbuk kan, apa salahnya?

Biasanya aku tidur pukul 3 hingga 4 pagi, ataupun lebih cepat kalau aku rasa bulu roma meremang (aku bukan penakut ea..). Tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni, bila aku bangun tidur je, mesti mata aku rasa sakit yang teramat sangat. Bapak aku kata, kesihatan mata aku dah makin teruk sebab tiap-tiap hari menghadap komputer tanpa rehatkan mata dalam masa tertentu. Aku tak terkejut sangat, memang sebulan cuti semester ni aku asyik menghadap laptop je 20 jam. Aku berjaga malam kadang-kadang lepas tu jadik kelawar tidur siang.

Nak dijadikan cerita, aku pun memandulah ke sebuah kedai cermin mata untuk membuat satu lagi cermin mata menggantikan 4 cermin mata aku yang hilang, patah dan dijadikan sup (gurau je). Amoi tu suruh aku duduk dan meletakkan mata aku untuk melihat imej sebuah rumah untuk mengenal pasti betapa rabunnya aku. Selepas check, kertas entah ape nama dia tu pun keluar dan menunjukkan keputusan ujiannya. Ohmaigosh! Power rabun silau aku dah meningkat kepada 350 mata kiri dan 400 mata kanan!!

Aku sudah mengalami masalah rabun silau atau Astigmatisme yang agak teruk. Patutlah mata aku selalu gatal dan pening-pening.

yang kiri tu astigmatisme.

 "Kajian beberapa profesor telah membuktikan bahawa siapa yang banyak tengok gambar-gambar yang jelas menunjukkan lurah-lurah tersembunyi mempunyai risiko besar untuk mata mereka rosak. Ini kerana,  urat-urat mata akan rosak apabila memandang gambar-gambar mengghairahkan itu."
-Kawan aku, Gay (bukan nama sebenar) 

Statement di atas tiada kena mengena dengan aku. kih kih kih


mood:malam ni aku nak buat cermin mata tu.

4 comments:

  1. alhamdulillah... x sia2 aq fobia jd rabun... mintak dijauhkn... :D

    ReplyDelete
  2. nampak gayanya aku pun kena kurangkan menghadap laptop.

    ReplyDelete
  3. power mata anda lebih baik dari saya. kedua dua belah 450 :(

    sebelah kiri astig. aka 'rabun silau' =___=

    ReplyDelete

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.