jantung?
Oh, sebenarnya kalau dalam bahasa Inggeris jantung dipanggil heart. So, inilah apa yang aku nak cakap hari ni. Heart atau kebanyakan Melayu tersalah anggap dengan hati adalah satu organ yang sangat kompleks pada aku. Ia bukan sahaja mengepam aliran darah dalam badan manusia malahan mempunyai peranan besar dalam mengawal emosi manusia.
Ok, panjang lebar aku cakap macam saintis tak laku. Hati manusia ni mudah jadi kecik tau. Tak payah la nak cakap yang "aku ni tak sensitif, so aku tak kisah pun apa orang buat kat aku," pada aku itu kata-kata orang yang menipu diri sendiri. Pendam apa yang menyakitkan dalam hati berharap semua tu akan hilang sendiri? Oh, bitch please! Janganlah seksa diri sendiri. Cari tempat untuk luahkan semua yang ada dalam hati sebab hati ni tak boleh simpan banyak-banyak, nanti meletup tau.
Hati juga perlu dijaga. Ini yang paling penting kepada semua manusia yang bergelar sahabat. Jagalah hati kawan ibarat kamu jaga hati sendiri. Lagi-lagi kawan baik kamu yang sering menemani mu tika suka mahupun duka. Jangan kerana awek, kawan ditinggalkan. Macam yang korang semua tahu, itulah senario sekarang. Kerana awek, kawan sendiri sanggup buang. Jangan jadi macam tu tau. Tapi tak bermakna hati mak bapak, awek dan orang lain tak perlu dijaga. Kalau kita jaga hati orang lain, orang lain insyaallah akan sayang pada kita.
Hati yang pecah susah nak disambung kembali biarpun digam dengan gam Gajah kuasa 7. |
mood:makan hati.
Kenapa syamil? sedihnyerww abang kitaa. Tskk Tskk!
ReplyDelete