Bosan. Tekan simbol '+' di ruangan tab dan taip mukabuku.com. Lama pula internet ni buffering sampai timbul perasaan nak letak laptop ni bawah tayar kereta. 15 saat menanti dan terpampang laman maya berwarna biru. Masukkan kata nama dan kata laluan. Login success tapi malangnya, profil macam hanya ada habuk sahaja. Tiada rakan baru, tiada pesanan ringkas mahupun peringatan apa-apa. Ibarat segan dengan diri sendiri, jari telunjuk tangan kanan tekan klik kiri tetikus pada simbol 'X' di timur utara skrin. Laman tadi hilang. Skrin hanya menunjukkan gambar Girl's Generation yang dilapik dengan beberapa simbol-simbol kecil seperti komputerku, tong sampahku dan dokumenku.
Tengok telefon bimbit sebelah laptop. Hari ini hanya sekali sahaja alat ini berbunyi, itupun masa kejutkan tidur awal pagi tadi. Tengok sekeliling, baru teringat rakan sebilik pergi berjimba dengan yang lain.
Baru sedar, inilah rasanya jadi Forever Alone.
Ibarat tinggal seorang diri atas muka bumi ini. |
mood:sumpah sunyi.
Anyonyonyoo, nak abam johan datang bilik? hew hew.
ReplyDelete@champ
ReplyDeletewatch out, we got a pedo bear over here.