20120322

Kisah lelaki bujang.

Dah nak masuk sebulan gua tiada pasangan. Ada yang suruh kembali ke kekasih lama, ada yang suruh cari yang baru. Tapi, lepas jadi macam ni, aku dapat rasa aura kebebasan yang sangat hebat. Mengalahkan aura Super Saiyan tahap ketiga.

Nak main COD (Call of Duty) pun takde orang nak kacau. Nak komen mengada-ngada dengan wanita lain pun tak takut. Inikah yang dinamakan 'hidup lebih senang'?
Kah kah kah..

Mungkin sudah tiba masa gua berhiatus dari cari awek ni. Biarlah orang panggil gua Forever Alone pun, gua tak kisah. Janji gua dapat rasa nikmat hidup tiada awek buat sementara.

Post ini tidak dibuat untuk menggalakkan abam-abam yang dah berkapel transform jadik bujang ok. Kalau dengan berkapel korang bahagia, teruskan sahajalah. Dalam kes ni, aku tau abam Si Pengejar Pelangi tu memang tengah bahagia sungguh ngan kekasih hati dia. Tu sebab aku selalu terserampak dengan diorang kat Megamall Kuantan. Kih kih kih..




mood:exam bikin kepala gua berat.

20120317

Gerbang itu makin hilang

Aku pandang awan yang berkepul di langit, indah. Aku terus berjalan tanpa arah. Aku hanya ikut arah suara itu, suara yang mungkin akan bawa aku keluar dari tempat ni. Bagai tidak berpenghujung tempat ini. Masukku tiada pagar, pintu keluar pun tiada.

Suara itu memanggil-manggil lagi, lebih sayup. Aku harus keluar dari tempat ini. Aku tak tahan hidup tiada berteman di tempat gersang ini. Apa yang indah di mata aku hanyalah langit ciptaan Ar-Rahman di atas kepala. Itu sahaja penyedap mata. Kalaulah ada sayap, sudah aku terbang ibarat helang di langit sana. Malangnya, kaki sahajalah yang menjadi pengangkutan utama di sini.


#Gambar capture sendiri.
Terang, sangat terang. Setelah sekian
 lama menapak, aku dapat lihat satu kelibat cahaya dan suara yang memanggil-manggil aku tadi, aku pasti datangnya dari sana.











Aku lari sekuat hati dengan harapan dapat keluar dari tempat ini. Tapi malangnya, semakin aku lari, semakin pintu gerbang itu menjauhkan diri dari aku. Lebih laju lari, lebih lajulah dia menjauhkan diri. Ini lebih buat aku stres daripada duduk sini. Mungkin memang sudah nasib aku untuk terus terperangkap di sini. Kenapalah aku termasuk ke tempat haram jadah ni? Kalau kau taknak aku lalu ikut kau, kenapa kau panggil-panggil aku? Wahai pintu gerbang, seriously fak yu.

***

Jangan pernah berharap pada harapan, kerana harapan itu kadangkala bisa melukakan. Belajar dari kesilapan masa lalu. Dan jangan ulanginya. Kalau masih tak sedar, kelak kau akan terus menyalahkan takdir.







mood:aku sudah belajar dari kesilapan.

20120311

Masuk benang dalam lubang jarum.

Uishh..
Haishh..
Heshh..

Konsentrasi.
Alangkah mudahnya hidup kalau senang gua peroleh benda alah ni. Final exam semakin memanggil-manggil dengan panggilan puakanya. Macam meniti titi yang lebarnya sebatang pokok kelapa. Di bawah terletak satu sungai api. Kenapa perlu konsentrasi ini mudah terliur dengan godaan duniawi? Wadefak.

Perihal Kontrak, Jenayat dan Tort belum habis gua cover. Paling lama konsentrasi bertahan pun nanti beralih juga. Belum kira dengan misi peng'cover'an subjek ekonomi yang sememangnya dibenci oleh student undang-undang sebaya gua dekat sini. Stres tu datang berlari-lari depan gua sambil tunjuk jari tengah.*yang tu gua bayangkan*

Gua kena score exam kali ni bagi memastikan gua dapat lawan Ambiga kat Bar Council satu hari nanti. Boleh Mel boleh!
Nak score, gua kena tetapkan konsentrasi pada tahap maksimum seperti memasukkan benang ke dalam lubang jarum.

#P.S. tolonglah 9gag jangan rampas soul gua lagi hari ini.

Kalau dah masuk tu, syukur alhamdulillah.









mood:study, study, study, study sampai mati.

20120302

Belon di tangan

Mak belikan belon tadi. Belon tu cantik, bulat, licin. Saya main belon tu. Bawa terbang ke sana ke mari. Rasa macam bawa kapal terbang. Saya lari-lari merata-rata tanpa pedulikan apa dewasa lain kata. Yang penting saya ada sebiji belon. Walaupun mak beli belon ni 2 ringgit je, tetap saya anggap macam 2 ribu ringgit. Saya nak jaga belon ni betul-betul. Orang kata kalau terlepas pegang sekali je belon ni, dia akan terbang di langit. Betul ke?

Saya bawa merata-rata lagi, sampailah bertembung dengan kawan saya. Dia ada belon juga. Tapi dia main lagi ganas. Siap lompat-lompat lagi. Tiba-tiba dia jatuh. Belon dia terkena pokok, saya rasa pokok bunga ros. 'Poommmm!', bunyi kuat dari arah dia. Belon dia pecah. Dia menangis. Baru saya tahu belon tu boleh pecah.

Mak tanya nak bawa balik ke tidak belon tu. Saya cakap nak. Saya sayang belon saya. Saya nak tidur dengan belon saya. Tapi mak cakap, kalau simpan lama-lama pun tak guna. Belon tu nanti pecah juga. Mak kata, kalau tak hendak kita yang pecahkan belon tu, lepaskan kat langit. Nanti belon tu terbang ke mana yang dia hendak. Saya fikir, nak biar kat tangan atau lepaskan.

Last-last, saya pilih untuk lepaskan belon tu. Saya nangis kuat-kuat sebab saya sayang belon tu. Tapi nak buat macam mana, kalau saya bawa balik rumah nanti saya yang pecahkan dia. Mak peluk saya, dan kami melangkah ke rumah.
Dari jauh saya pandang, belon tu makin lama makin menghilang ditelan si nikolombus.

***

Ada sampai satu ketika, kita kena tinggalkan sesuatu untuk kebaikan masa hadapan. Daripada beri kesusahan pada masa hadapan, lebih baik kita jujur dengan diri sendiri walaupun ia akan memeritkan mana-mana pihak.
Keputusan aku muktamad.

Biarlah belon itu mencari haluannya sendiri








mood:once i've decided, it is permanent.