Saya bawa merata-rata lagi, sampailah bertembung dengan kawan saya. Dia ada belon juga. Tapi dia main lagi ganas. Siap lompat-lompat lagi. Tiba-tiba dia jatuh. Belon dia terkena pokok, saya rasa pokok bunga ros. 'Poommmm!', bunyi kuat dari arah dia. Belon dia pecah. Dia menangis. Baru saya tahu belon tu boleh pecah.
Mak tanya nak bawa balik ke tidak belon tu. Saya cakap nak. Saya sayang belon saya. Saya nak tidur dengan belon saya. Tapi mak cakap, kalau simpan lama-lama pun tak guna. Belon tu nanti pecah juga. Mak kata, kalau tak hendak kita yang pecahkan belon tu, lepaskan kat langit. Nanti belon tu terbang ke mana yang dia hendak. Saya fikir, nak biar kat tangan atau lepaskan.
Last-last, saya pilih untuk lepaskan belon tu. Saya nangis kuat-kuat sebab saya sayang belon tu. Tapi nak buat macam mana, kalau saya bawa balik rumah nanti saya yang pecahkan dia. Mak peluk saya, dan kami melangkah ke rumah.
Dari jauh saya pandang, belon tu makin lama makin menghilang ditelan si nikolombus.
***
Ada sampai satu ketika, kita kena tinggalkan sesuatu untuk kebaikan masa hadapan. Daripada beri kesusahan pada masa hadapan, lebih baik kita jujur dengan diri sendiri walaupun ia akan memeritkan mana-mana pihak.
Keputusan aku muktamad.
Biarlah belon itu mencari haluannya sendiri |
mood:once i've decided, it is permanent.
sakit.memang sakit. sebab dah pernah rasa. tapi mungkin sakit yg sekarang tu yg terbaik. much love.-anonymous
ReplyDeleteLumrah hidup,semuanya ada makna dari pengembilan dan pemergian
ReplyDeleteKalau dia datang balik, itu kau punya letteww.
ReplyDeletebaek maen COD. lagi senang. haha.
ReplyDeleteayat seorang gamers. :P
kisah dan penyudahan kau sangat bagus. aku suka.
ReplyDelete@anon
ReplyDeletethanx, saya cuba untuk endure sakit itu supaya tidak melarat.
@Mr.0
Kerana itu aku biarkan belon tu terbang sendiri.
@jhnrdzi
Tak, dia dah hilang dan takkan dapat dicari.
@Shahrin
Ade bran? lai lar noobies.
@ghost writer
terima ksih daun keladi. Banyak belajar dari abam2 semua. hiihii.