Semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku rasa semacam aku ni tiada tujuan dalam hidup. Aku menjadi semakin malas dalam mengejar kejayaan akademia. Hati mengatakan aku masih berlari ingin menuju kecemarlangan tapi otak seringkali menafikannya. Aku menjadi semakin malas. Malas buat esaimen, malas pergi kelas, malas bergaul, sampai pergi makan pun kadang malas. Aku tak tahu kenapa.
Aku makin lupa jalan yang lurus. Walaupun sejadah terbentang di depan mata, aku masih lalai melaksanakan apa yang sepatutnya seorang hamba lakukan pada tuhannya. Aku lebih gemar buat perkara-perkara yang lagha. Seakan-akan aku ni tak tahu apa balasannya di akhirat sana.
Aku masih cuba untuk menyedarkan diri sendiri yang sekian lama terpesong dari jalan yang sepatutnya. Semoga tuhan membantu hambanya yang sesat ini.
mood: rasa hati ini tak bercahaya langsung.
20121211
20121205
Sailang Menyailang Disailangi
Saya nak makan aiskrim. Aiskrim tu memang nampak sedap dan
menyelerakan. Aiskrim tu sangat mahal tau. Lebih mahal dari Cornetto, Mat Kool
dan aiskrim-aiskrim yang lain. Kawan-kawan saya semua tahu yang saya nak sangat
beli aiskrim tu. Orang terpilih je yang boleh beli aiskrim tu. Bak kata oldies, aiskrim tu pandai pilih siapa
yang dia suka. So, saya pun berusaha
sedaya upaya nak buat aiskrim tu pilih saya.
Dalam perjalanan nak cuba beli aiskrim tu, ramai kawan saya
yang cuba mengiringi saya. Yang bagi sokongan pada saya ramai, tak kurang juga
yang kata aiskrim tu takkan pilih saya. Saya peduli apa. Janji saya dapat
makan, hahahahahah! (suara gelak budak gedempol).
Sekarang ni, saya masih lagi dalam perjalanan dan masih ada
yang teman saya. Tetapi lama-kelamaan, saya tengok bertambah ramai pulak yang
teringin nak aiskrim tu. Saya rasa tercabar pun ada, sebab sebelum ni semua
sokong saya untuk beli aiskrim ni. Terasa seperti dicucuk duri sembilu kat
punggung (literally tikam belakang
sebenarnya). Ada sorang kawan saya ni, dulu nak sangat beli aiskrim lain tapi
sekarang dia pun nak aiskrim sama dengan saya. Saya menci tau! Dah la tu, dekat
tangan dia pun ada aiskrim lain. Ciss. Saya rasa tercabar lagi sekali.
Tapi nak buat camne, aiskrim tu belum lagi dibeli saya atau
dalam maksud lain, belum jadi hak milik saya. Saya tiada hak nak halang orang
lain beli aiskrim tu. Yang saya tau, siapa cepat dia dapat. Oh bukan, untuk
aiskrim ni, siapa yang layak dia yang dapat. Kerana aiskrim ini sangatlah
spesial dan saya rasa barangkali tiada tolok bandingannya dengan Mat Kool,
Cornetto mahupun aiskrim Rohani yang 30 sen kat Kedai Runcit Abdul Rahman (Ah,
rindu kat mamak Rahman tu..).
Jadi, konsep ‘sailang menyailang dan disailangi’ tidaklah boleh
digunakan kerana aiskrim tu belum jadi hak milik saya. Tapi, saya tetap akan
cuba untuk membuatkan aiskrim itu memilih saya.
Lebih sedap dari aiskrim ini. Lebih elok dan sopan rupanya. haha. |
Mood: dia
sangat cantik berhijab.
Subscribe to:
Posts (Atom)