20110618

Bila Tingkap Terbuka...



Hari ini kakiku melangkah lebih pantas kearah jendela 'rumah' satu semesterku di universiti..


Tup..tup...tup..*bunyi kaki bertemu simen*


lantas mendongakkan kepala kearah langit nan biru ciptaan Sang Agung..
menikmati sepoi-sepoi angin yang kadangkala tiba di belulang ku..
'engkau' ini memang pandai berselindung di sebalik kesunyian malam..

'engkau' ..?
siapakah 'engkau' yang kau maksudkan wahai jejaka hati_kaca..?

'engkau' yang aku maksudkan adalah LIAR!

Kepala masih bermain betapa LIARnya dunia ini mementaskan dramanya..
aku ibarat pelakon yang teragak-agak untuk masih berlakon dalam dunia penuh keLIARan ini...

Terfikir satu ketika...

"Dunia ini ibarat RODA,sekejap kita di atas..sekejap kita di bawah"

"Siapa yang kuat akan terus berada di atas..siapa lemah dipijak.."

CUBA ANDA MAINKAN DI BENAK KINI..
APAKAH PATUT PERUMPAMAAN INI
DIGUNAKAN...?

inilah yang mengganggu mindaku seketika aku terbangun dari tidur..
memikirkan hala tuju bangsaku yang semakin jauh dilambung ombak kemodenan manisfetasi hidup...seakan-akan lupa dengan dari mana asalnya kita..
terhanyut dengan pengeksploitasian barat dalam gaya hidup..

PAMMM!! *tingkap ditutup*

Lantas aku mula mengekpsressi tekanan ku diatas sebuah tinta maya...

mood:waktu semakin berlalu dan aku sentiasa mengejar emasnya masa..penat..

2 comments:

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.