20140325

Penjara Gelap Aku

Manusia tak pernah suka dengan 'penjara'
Tapi aku suka 'penjara'

Aku ada 'penjara gelap' aku sendiri
Berbekalkan teknologi
Untuk aku menghadap berita terkini
Berbekalkan udara
Untuk aku bernafas sendiri

Panas, memang panas sekali
Tambah lagi cuaca macam sekarang ni
Tapi aku lebih rela duduk dalam tempat ni
Dari terus menghadap dunia luar
yang penuh dengan lidah berjeriji

Buat apa berinteraksi
Kalau tahu nanti sakit hati
Buat apa komunikasi
Kalau tahu kita dibenci
Baik terus duduk dalam 'penjara gelap' ini
Dan menghadap layar
Untuk menulis di tinta maya ini
Lebih baik ter'penjara'
Dari menghadap dunia yang membenci.


Sekarang aku puas hati dengan 'penjara gelap' ini.


20140321

'Sesuatu'

Kita ada 'sesuatu'
Semua orang ada 'sesuatu'
'Sesuatu' yang betul-betul kita banggakan
'Sesuatu' yang betul-betul kita tatangkan
'Sesuatu' itu yang kita anggap istimewa untuk dipegang

Ada kalanya kita anggap
Kita sahaja yang ada 'sesuatu' itu
Orang lain tak ada
kita anggap kita istimewa
Dan kitalah yang terbaik dalam dunia ni
Berbekalkan 'sesuatu' itu

Sampai satu masa
Kita makin lupa
yang dunia ini begitu ramai rakyat jelata
Kita makin alpa 
Ego kata "kaulah raja"
Otak terima akal bekerja
Membuka premis "Akulah segalanya"

Kita tak boleh terima
Bila orang kata kita salah kata
Kita tak boleh terima
Bila orang kata "Ada lagi yang lebih power"

Kau kata kau paling jahat
Kau tahu tak Setan tu lagi jahat?
Kau kata kau paling tampan
Kau tahu tak Yusuf itu lebih tampan?
Kau kata kau paling cantik
Kau kata kau hebat
Oh, tak perlulah kata lagi
Dalam dunia ada Maha Cantik
Ada yang Maha Hebat?

Kita mungkin ada 'sesuatu'
Tapi ada orang yang lebih hebat 'sesuatu' mereka itu
Dari kita punya 'sesuatu'.


ihsan Al-Gugel.

20140304

Terbang

Aku dulu berjalan
Disokong kaki 
dan menongkah kerasnya tanah muka bumi
Kadang itu terpijak lumpur
Najis, lopak, rumput dan tahi

Terasa juga seperti mahu ada sayap
Kiri dan kanan
Kembang sekembangnya 
'morning glory' di pagi hari
Angkat dua-dua tangan ke atas
Dan beransur perlahan jauh dari tanah bumi
Perlahan lahan menghirup udara altitud tinggi
Sambil tiru lagak Kar-El si lelaki besi

Tapi tak guna terbang tanpa destinasi
Apa jadi kalau aku terbang ke matahari?
Sayap terbakar, badan hangus, genital pun terbakar sekali
Rugi, rugi, rugi

Aku rasa tak perlu sayap lagi
Kerana aku masih tak mampu mengemudi
Dan aku juga masih ada kaki
Yang sentiasa menemani hingga ke hari ini.

Dengan 'cool'nya mamat ni terbang di medan peperangan. (ihsan abam Google)