20111029

Syukran.

Hanya satu perkataan yang paling susah kita nak praktikkan dan amalkan. Hanya satu perkataan sebenarnya yang paling susah makhluk-makhluk homosapien di atas muka bumi ini terapkan dalam sanubari masing-masing.
Syukur.


Kenapa gua cakap macam ni? Entahlah, kadang-kadang rasa macam gua ni tipu diri sendiri bila gua sebut kalimah keramat Alhamdulillah seorang diri tatkala menyembah Yang Esa lima kali sehari. Perkataan syukur itu sendiri gua seakan-akan guna untuk menyedapkan hati gua yang tengah iri hati atau jealous bila sedang melihat kegembiraan, kekayaan, kesenangan, kepandaian dan kebahagiaan di sekeliling gua. Yang sebenarnya mungkin gua adalah manusia yang tak pernah bersyukur dengan anugerah Ar-Rahman selama ini. Seriously, pasal benda ni gua depressed gila!

Soalan yang selalu gua sengaja mainkan kat kepala hotak gua, "Kenapa member gua ada, gua takde? Wadefakk! Diorang boleh keluar malam, gua tak boleh? Diorang dapat elaun walaupun tengah cuti tapi gua takde?!"


Gua rasa bersalah sebab gua persoalkan qadak dan qadar Allah. Sekarang ni gua tengah praktikkan untuk terima apa yang telah ditentukan Ar-Rahim.



"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 

(Surah Ibrahim-Ayat 7)





mood: gua nak makan burger.gua bersyukur.kbye.

20111028

Masih samar-samar


Pabila malam datang, mata pun mula lena. Pabila mata mula lena, mimpi datang menerpa. Dah berhari hari persona dibelenggu mimpi yang sama.

Keharuman rambut yang sama, kehalusan rambut yang sama, kulit mulus yang sama, dan ciuman yang sama.
Terasa bagai mimpi itu adalah mimpi yang terindah dalam hidup aku. Mungkinkah roh aku dan dia bertemu dalam raga mimpi yang sama? Atau itu petanda dia adalah teman hidup aku? Atau itu hanya mainan tidur semata mata?

Soalan yang sama masih berlegar legar selepas aku bangkit dari lena.
Siapakah gadis yang sering hadir dalam mainan tidur aku?
Dan pabila aku mula mengingat kembali,
Wajahnya..masih samar-samar.


mood:boleh bagi pendapat tak?