20111109

Andai boleh putar masa

Kalau kita tanya semua orang yang semakin meningkat dewasa, apakah zaman yang terbaik dalam hidup mereka? Kemungkinan besar hampir kesemuanya ingin kembali semula alam kanak-kanak. Jauh dari masalah hidup. Otak pun cuma fikir Pokemon, Digimon, Keluang-Man atau barangkali juga kartun Bugs Bunny (apasal aku sebut semua kartun lama-lama?).

Zaman kanak-kanak lah manusia mudah menerima pembelajaran, mudah menerima budaya dan adat. Yang mana lebih selalu diorang nampak, itulah yang akan mereka jadikan tauladan. Kanak-kanak juga macam aku cakap kat atas, tak payah susah-susah fikir masalah. Kalau dewasa lain, banyak nak kena fikir. Nak bayar itulah, inilah. Nak cari kerja lah, nak sara anak bini lah. Macam-macam. Sampai ada manusia yang hilang pedoman bunuh diri kerana tak tahan dengan masalah.

Dalam masa yang sama, kanak-kanak yang dalam proses bertukar kepada remaja pula tidak sabar-sabar untuk menjadi seorang dewasa. Pada pandangan golongan kanak-kanak, apabila dewasa mereka boleh buat apa sahaja tanpa parental guidance. Mestilah diorang suka, mahunya tak! Dapat hisap rokok secara terbuka, dapat tengok wayang cerita 18SG ngan 18SX, dapat lepak kat mamak dengan member-member, dapat lepas dari kongkongan ibu bapa dan dapat kahwin. Percayalah, dewasa itu tidaklah seseronok yang disangka, kerana zaman dewasa akan mengurniakan sebuah tanggungjawab yang besar dalam hidup manusia.

Walau bagaimanapun, hidup itu adalah suatu yang terus berjalan hingga ajal menjadi noktahnya. Hendak atau tidak, apa yang berlaku itu memang sudah ditentukan. Bersyukurlah kerana walau macam mana masalah sekalipun kita harungi di waktu dewasa, kita pernah sekali merasa kemanisan alam kanak-kanak atau zaman pubic hair tak cukup lebat lagi.

Teruslah tersenyum menjalankan kehidupan dan pastinya kenangan indah akan menerawang di keringat tatkala melihat kanak-kanak sedang bergembira sebagaimana kita dahulu. Aku rindu zaman itu.


Di kala si dewasa sedang sibuk dengan hal mereka,
si cilik juga sedang terbuai dengan alam mereka sendiri.

#gambar tangkap sendiri a.k.a ini adik aku.





mood:tengah gila edit gambar. kih kih kih

20111107

Manjakanlah anak-anak lagi.

Mak bapak aku adalah pasangan ibu bapa yang garang. Rotan mesti jadi peneman bila aku belajar dengan diorang. Lebih-lebih lagi kalau belajar Matematik. Sebagai balasannya dulu, tiap-tiap tahun masa sekolah rendah aku dapat jadi penerima Anugerah Matapelajaran Terbaik Matematik. Dengan pencapaian yang cemerlang dalam UPSR, aku telah menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maktab Rendah Sains MARA (bontot kembang kempis). Tapi apa yang aku nak tegaskan kat sini adalah, bukan pasal diri aku atau kehebatan aku di zaman silam, tapi aku nak ceritakan kenangan aku pabila aku menginginkan sesuatu barang berharga.

Aku tersangatlah cintakan muzik sampai aku sudah mula mencipta lagu semenjak umur aku 10 tahun. Kagum tak? Masa itu aku masih belum mengenali secukupnya apakah maksud 'junub', dan lain-lain lagi isu ke'baligh'an (siallah, kan aku dah merepek lagi!). Jadi, cara bapak aku mungkin sama dengan ibu bapa yang lain. Mereka menawarkan ganjaran jika anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Bapak aku tanya,"Kau nak apa kalau dapat 5A masa UPSR?". Aku senang je jawab sambil membuat gaya seperti seorang gitaris sedang head-banging terkinja-kinja atas pentas. Bapak aku faham. Dan akhirnya impian aku pun tercapai setelah mendapat setong gitar Kapok selepas dengan gah mendapat 5A dalam UPSR.

Aku bukanlah dari sebuah keluarga yang senang. Bapak aku dulu ada Kancil je tapi sekarang senanglah sikit. Jadi memang cara aku susah nak meminta-minta bapak aku barang yang mahal-mahal. Bapak aku belikan Playstation 1 untuk aku pun dulu sebab dia nak main sekali. Bapak aku cuma akan belikan barang-barang yang berharga untuk aku kalau aku dapat nombor satu dalam kelas. Itupun tak lebih seratus ringgit. Apatah lagi mengenal erti sebiji henpon waktu sekolah dulu.

Ah, ini sampai kemuncaknya.

Yang ingin aku bicarakan adalah, kanak-kanak sekarang begitu mudah dimanjakan dengan bermacam-macam kemewahan. Tak payah aku cari jauh-jauh la, saudara-mara aku pun ramai yang macam ni. Diberikan macam-macam sebagai hadiah sambil diselangi dengan kata-kata penuh harapan ibu bapa,"nanti UPSR dapat 5A ea..". Tengok-tengok bila dapat keputusan, meratap sendirian menyesal. Lepas tu cover cakap hadiah-hadiah tu sebagai pendorong, tak rugi pun padahal hati tengah menangis sebab duit dah melambak habis. kih kih kih. Hadiah bukan murah-murah lak tu, DLSR la, henpon mahal la, gitar elektrik(?!), gila betul lah...

Cuba fikir kembali, ada ke pemenang dapat hadiah sebelum kemenangan mereka diumumkan? Kalau hadiah dah dapat, takkan lah diorang perlukan kemenangannya kan. Itulah yang aku pelik dengan ibu bapa yang jenis ni. Alhamdulillah aku dikurniakan ibu bapa yang begitu  humble dengan kejayaan anak-anak mereka. Kadang-kadang adik aku jealous dengan aku sebab aku ada macam-macam, tapi aku senang je jawab balik kat diorang,"Kau ada usaha macam aku untuk dapat apa yang aku ada?". Mana tak, diorang lahir-lahir je, dah nampak PS2 aku!

Ingatlah, sebab tu orang dulu-dulu yang susah lebih berjaya di masa hadapan mereka, kerana mereka itu lebih mengerti erti kepayahan dan usaha untuk mendapatkan sesuatu. Adios!

*gambar ni tangkap sendiri tau. Sekolah yang sumbang banyak kenangan
dalam hidup aku.



mood:cermin mata baru, muka baru. kih kih kih.