20110629

Tutup mulut sahaja?

Tutup mulut sahaja?
mata kau dapat nampak semua kekotoran yang diekspressikan,
tapi kau hanya dapat tutup mulut sahaja?

Menjadi seorang mahasiswa,
adakah satu halangan untuk anak muda sekarang menyuarakan pendapat tentang corak pemerintahan negara?
.
.
Huhhh....
*mengeluh sambil pandang bawah*
.
.
Kau pernah dengar pemimpin negara dengan lantang menyalak,

"Remaja itu adalah masa depan negara!"
"Remaja itu bakal tunjang kepimpinan negara!"
..
...
....
TAPI,


Sayangnya suara remaja berjiwa patriotik di perSETANkan,
Sayangnya kata remaja bersanubari independen di SALAH ERTIkan.


Kau sokong BERSIH 2.0 bukan sebab kau pegang idealisme pembangkang.
Kau sokong BERSIH 2.0 bukan kerana kau tak kenal budi kerajaan.

KAU SOKONG BERSIH 2.0 KERANA KAU TAHU KAU PEWARIS BANGSA!
Kau sokong BERSIH 2.0 kerana kau inginkan negara yang bebas bersuara.

*pejam mata dan tarik nafas*

Fuhh!

*hembus*

kau teringat kata seorang penggiat seni, Johan Radzi:
"Itulah sebabnya, melayu masih ditakuk yang lama. Kita diulit mimpi dongeng hedonisme sehinggakan terbawa-bawa ke peringkat mahasiswa. Sepatutnya kita bangkit, maju dan hadapan. Dan mereka inilah yang membunuh pejuang-pejuang mahasiswa kita yang berfikiran jauh."


kau tetap dalam dilema.


mood:macam lama sangat aku tak jenguk tinta ni...huishhh..

20110623

Pin boling yang pendengki.

Hari ni kau bersungguh-sungguh nak ke MEGALANES,BERJAYA MEGAMALL,KUANTAN.
aku tahu kau nak tunjuk hebat.
Tanpa berfikir panjang kau letak nama kau yang teratas dalam aturan.

Kau pilih bola boling warna kelabu.
~Sedia.
.
.
.
~Langkah diatur.
.
.
.
~'PAMMM!'
*bunyi bola boling bertemu pin.*

Ya Allah!


Nama Agung itu kau lafazkan tatkala kau lihat,

Tinggal satu pin sahaja yang belum jatuh.


Kau tak puas hati kan?
Kau ambil lagi bola tadi.
Kau susun langkah.

Modus tadi diulang semula.
.
.
.
~'GEDEGANG!!'
*bunyi bola boling bertemu sesuatu*

Astaghfirulahh!


Kau beristighfar.
Kali ni bola boling itu menjuruskan diri dalam longkang lane.
Sungguh kau kusut langsung petang itu.
Kau terus duduk sambil buat muka nak kena tendangan padu Roberto Carlos.
kau terfikir sesuatu.

"Aku datang sini memang nak dapat 'longkang' kan...?"
*muka bangsat*


PADAN MUKA.
~siapa yang suruh kau berlagak?~


HAHAHA!


*ketawa dengan nada mengejek.*


moral: jangan berlagak..kelak memakan diri.



mood: hati macam tak kena lah! idea pun kering!

20110622

Di Antara Kalian.



G-Shock buatan China kau tatap.

2.30 p.m.


Kau rancang nak ke pusat karaoke.
Aku tahu kau memang boros.
Apatah lagi bila kau tahu duit elaun dari kerajaan sudah masuk.
Kau berjalan ke tempat penuh muzik itu.

Apple K.


Perlahan kau sebut nama itu.
Tanpa berfikir panjang kau terus menyapa Si Fulanah di Kaunter.
"RM 3.90 satu kepala.Tapi kena order apa-apa cool beverages."
Jumlah itu kau beri kepada gadis berambut perang tadi.
"Sila.Room number 26."

Masuk sahaja kau terus mencari mikrofon walaupun tiada sebarang lagu sudah dipilih.

"Oh,takde lagu lagi!"
*bodoh juga kau ni*

Kau menekan-nekan skrin sentuh pemilih lagu di dalam bilik gelap itu.
Beransur-ansur nama artis pujaan ramai terpamer tapi kau masih belum puas hati.

Tiba-tiba,
Kau nampak nama sebuah kumpulan muzik dari Indonesia.


"D'MASIV."


Kau tekan wajah kumpulan itu.
Satu idea menerawang di dalam kotak fikiran kau.
Kau tekan lagi pada satu lagu kumpulan itu.

"DI ANTARA KALIAN"


muzik berbunyi.
Kau pun mula menyanyi.
Kau nyanyi dengan penuh perasaan.
Aku tahu kau memikirkan sesuatu sambil menyanyikan lagu seberang itu.

Apa yang kau fikir?
Sudahlah!
Tak perlu untuk sembunyi dari aku.
Kau tahu bukan?

Kau di antara kalian.

Jangan kusutkan hati kau kerana angan-angan mat jenin yang bisa membuat kau jatuh pokok!
Kau masih tak boleh lupakan?
Aku tak mahu dengar alasan bodoh kau lagi.
Yang aku tahu,

Kau di antara kalian!
Cuba tuturkan 1000 kali sebelum tidur.
Confirm!
Kau akan rasa bersalah.


Huh!

*aku kesat air mata dalam jiwa kau.*

Jangan menangis lagi.
Hati kau sudah cukup berdarah bukan?
Jangan biarkan hidup kau terasing kerana dia.

Cubalah lupakan dia.




mood: terfikir nak tengok robot boleh tukar-tukar!hahahahahah*ketawa ala syaitan*

20110620

Pelangi itu Cantik bukan?


Bunga bukan sekuntum.
Dalam dunia hakiki ini banyak bunga yang ada.
Tapi,
Adakah semua bunga kita suka?


Engkau tatap pula keindahan pelangi.
Lama kau tatap dan harap esok ada lagi.
Tapi esok hanya ada Sang Matahari.
Indah juga kan?
Matahari juga ciptaan Ar-Rahmanurrahim.
Tapi,
Adakah Matahari mampu mengganti keindahan sang Pelangi?

~indahnya pelangi~

Aku tahu hati kau cinta padanya juga.
Sudah ramai yang singgah di pintu hati kau tapi,
kau masih belum ikhlas membukanya.
Kenapa kau masih membisu dengan perasaan kau sendiri?
Kau takut?
Kau malu?

Aku tau kau cinta padanya tapi kau tak terdaya.
~so shame on you~

Sekarang ini kau tegaskan kau mahu mencari 'pelangi' yang lain.
Apa kau fikir cari 'pelangi' sama ke macam cari 'matahari'?

*pejam mata, tarik nafas sedalamnya*

Fuhhh!

*Hembus nafas tadi*

Kau tak boleh buat apa.
Yang perlu hanyalah berdoa pada Al-Malikul Malik,
supaya dapat lupakan 'pelangi' itu.

Yang kini sudah jadi milik rakanmu.



mood:kelas habis awal dan aku terus menghadap kitab maya ini.

20110619

Pabila Badan Menyentuh Air


Hari ini aku sekali lagi mendapat pengalaman baru.
Pengalaman yang mungkin saja akan aku ceritakan pada anak cucuku.
CUBA LIHAT keindahan curahan sistem air di Sungai Pandan ini.
Curahan nya datang dari kawasan takungan air yang terletak di atas bukit.
Kelajuannya telah diatur oleh Sang Bijaksana sehingga mampu memberi kesegaran maksima ke atas badan hambanya.

Shrushh...shrush.....
*Bunyi kaki ku mengharung air*

seorang anak kecil ke sana ke mari sambil membawa pelampung berupa itik lintas di hadapanku.
Comel sungguh anak kecil ini.
"Mak...adik nak makan nasi lemak jugak!"
walau sudah hampir 20 meter aku meninggalkannya,suaranya yang kecil itu masih melewati gegendang telingaku.

Ahhh...!
Bukan itu yang aku ingin sampaikan di tinta maya ini -,-!

mataku masih melirik setiap penjuru Sungai Pandan.
Dimana harus ku duduk bersama rakan-rakanku.

*mata masih mencari*

Ahha..!
itu die tempat yang sesuai untuk kami melampiaskan nafsu terhadap sejuknya air terjun asli.

~Beg dibaling~baju dilucut~kami berlari dengan laju!~

Bushhhhh..!!!!
*Bunyi percikan air selepas beban seberat 110 kilogram mencecah lantai sungai*

Kawasan air terjun itu ibarat dibeli oleh bapa kami sebagai hadiah Hari Lahir.

Si Fulan melakukan aksi ngeri, aku pun ikut sama.
Si Fulan melakukan back flip, aku juga melakukannya~malahan lebih dahsyat lagi!

Konklusi yang mampu aku ungkapkan sekarang adalah,

~Hidup cuma sekali, so... kita enjoy!!~
BUKAN ungkapan itu yang aku maksudkan-,-!

tapi:

~Saat bersama sahabat bukan seperti bersama keluarga,
Saat bersama sahabat bukan seperti bersama haiwan peliharaan,
tapi,
Saat bersama sahabat adalah saat seperti bersama insan yang akan berada di sisi walau anda senang atau susah~
HARGAI SAHABAT ANDA.

mood:idea tak berapa nak pergi hari ni...jasmani masih rasa kepenatan panjat bukit@'bukuit".

20110618

Bila Tingkap Terbuka...



Hari ini kakiku melangkah lebih pantas kearah jendela 'rumah' satu semesterku di universiti..


Tup..tup...tup..*bunyi kaki bertemu simen*


lantas mendongakkan kepala kearah langit nan biru ciptaan Sang Agung..
menikmati sepoi-sepoi angin yang kadangkala tiba di belulang ku..
'engkau' ini memang pandai berselindung di sebalik kesunyian malam..

'engkau' ..?
siapakah 'engkau' yang kau maksudkan wahai jejaka hati_kaca..?

'engkau' yang aku maksudkan adalah LIAR!

Kepala masih bermain betapa LIARnya dunia ini mementaskan dramanya..
aku ibarat pelakon yang teragak-agak untuk masih berlakon dalam dunia penuh keLIARan ini...

Terfikir satu ketika...

"Dunia ini ibarat RODA,sekejap kita di atas..sekejap kita di bawah"

"Siapa yang kuat akan terus berada di atas..siapa lemah dipijak.."

CUBA ANDA MAINKAN DI BENAK KINI..
APAKAH PATUT PERUMPAMAAN INI
DIGUNAKAN...?

inilah yang mengganggu mindaku seketika aku terbangun dari tidur..
memikirkan hala tuju bangsaku yang semakin jauh dilambung ombak kemodenan manisfetasi hidup...seakan-akan lupa dengan dari mana asalnya kita..
terhanyut dengan pengeksploitasian barat dalam gaya hidup..

PAMMM!! *tingkap ditutup*

Lantas aku mula mengekpsressi tekanan ku diatas sebuah tinta maya...

mood:waktu semakin berlalu dan aku sentiasa mengejar emasnya masa..penat..

20110616

It Doesn't Matter....!

ADA ORANG X PUAS HATI NGAN ANDA...?
SUKE CAKAP BELAKANG....?
TAPI BILA JUMPA ANDA DIA DIAM SERIBU BAHASA..?

masalah ni da selalu kita dengar antara kawan2 kita...
even aku sendiri mengalami masalah yang sama..
tapi nak buat camne kan...mulut orang..hati orang..
kita x boleh halang..itulah kebebasan suara...
kadang2 hati kita mang akan sakit bila dengar kawan2 yg lain ckp belakang pasal kita...
bila depan kita punyalah jaga adat ketimuran..
tapi belakang kita..cerita die da macam SYAITAN...

Ini luahan hati shamil ke...??

ini bukan luahan hati tapi untuk mengingatkan sesiapa yang punyai masalah yang serupa...
bukan kita ni UNCRITICAL THINKER ke ape...tapi lebih baik kalu...
kita ikut macam apa yang aku tunjukkan pada korang kat bawah ini...
Ini lah ape yg aku ikut selama nii...


videoThis is the most electrifying quote i have heard..

mood: sedang teringat pada si dia sambil memikirkan idea bagi sesuatu...

PEERS..Any IdeA..?


MENTOR RAKAN SISWA...ATAU PEERS..
ANDA PERNAH DENGAR SEBELOM NII...?

Itulah yang aku masih fikir sampai skang...PEERS tu aper...
pastu ade hamba Allah yang cakap kt belakang aq...

"PEERS tu macam PRS la kat sekolah dulu...ngok..."

Walaupun yang berkata itu ade ala2 nak kene penumbuk ronggeng aku tapi...
btol gak cakap die...
Lantas diri ini mula menjerumus dalam kumpulan mulia ini...

SEBELOM tu...biar aku citer pasal UiTM Kuantan...
UiTM nii mang sgt 'aktif' aktiviti berpersatuannyer....(sambil meletakkan tangan ke dada,mata pandang keatas dan jelirkan lidah sikit ala scobby doo.)
sebab tuu UiTM ni cume ader:

JPK:JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ
GIA:GLOBAL ISLAMIC AWARDS....ea bukan...ASSOCIATION
PEERS:aq x tau ape name panjang die...

GIA tu mang aku xnak masuk awal2 berdasarkan pengalaman aku masa dalam BERKAT dulu...
(isshhhh...xyah cite laa...)
so..ade yang support aku untuk masok JPK....

"Mel..kau nak mane satu..JPK ke PEERS...?",tanye Johan Radzi...
"Ko rase...?",aku menjawab dengan persoalan...
"ok....aku rase......."
belum sempat Johan Radzi nak jawab....
(ketika ini adalah ketika pencalonan Bakal Presiden PEERS semester depan..sebab taun nii senior ade lagi....)

"Saya calonkan Shamil Abdullah!",seorang siswi bangun sambil menyebut namaku....

Sumpah aku terkesima...lantas menoleh ke arah suara itu..OHHH...
Hamba Allah yang dicipta dari tulang rusuk lelaki itu
adalah FISH...classmate aku..

Dan dipendekkan cerita...dengan undian tersebut..maka aku telah dipilih sebagai T.Pengerusi PEERS UiTM Kuantan...
sungguh aku terima tanggungjawab ini dengan berhati hati dan gembira...
akan aku ingat pesanan bekas rakan sejawatan aku dan kini coursemate aku di sini..

CAPAK : Mel..dah dapat tanggungjawab tuu keje btol2 tau...
sumpah makan pedas ayat die...tapi itulah realiti...

SENARAI MAJLIS TERTINGGI PEERS:
(mostly member2 aku gak)

Timbalan Pengerusi:Shamil
T.Setiausaha:Ameerul Radzi(Classmate aku)
T.Bendahari 1:Iqbal Naeem(1 of my bestfriend!)
T.Bendahari 2:aku lupe laa nama bdak TESL nii
AJK Disiplin:Johan Radzi(1 of my bestfriend!)
AJK Tugas2 Khas:Zul Iskandar(1 of my bestie!)
AJK Kerohanian:Habibullah Saharom(Rakan senasyid)
AJK Media n Komunikasi:Faiz Farizza @ Jojo(BFF aku laa!)

APE yang PENTING???

KERJASAMA!!!!

mood:hati tengah terkeliru memikirkan sesuatu sambil mata kuyu..

20110613

KekeliruandalamkepastiaN

Inilah penyelamat wifi kami di Indera Mahkota 5!!!
tapi..
banyak btol rintangan ntuk kitorg beli bende alah nii...
cite nye cmni...
Tipa:Mil..nanti ko ngan Apam pegi beli P1 wimax tu gne duit ko dlu ea...kitorg ade kelas mlm nii....malam nty kite kumpul duit bayar balik..
Aq :Ok...nty pas abes kelas BEL aq g ECM ngan Apam beli bende alah tuu..
Apam:Best BRO...

Selepas kelas BEL 313..aq dan Apam bersama rakan seperjuanganku, Haziq pon ke East Coast Mall Kuantan...dengan semangat yang berkobar-kobar untuk membeli Modem WIFI P1Wimax yang sudah lame2 diidamkan...dengan tersenyum sumbing..kami pon membeli modem ini..
sehinggalah.....

Lagu Randy Orton yang menjadi ringtone henpon aq pon berbunyi...
Henpon aq menunjukkan nama...
TiPa UiTM yang call...

Tipa:Mel...x yah beli P1wimax tu daaa...Zul,Iqbal ngan Appa da beli....

WHAT THE HELL....?!
Aq:Wei...aq da beli la ngok...abeh tu camne....?
Tipa:xpe...balik dlu...kite bincang...

LAST2...15 0RANG AHLI BILIK B8-01 INDERA MAHKOTA 5 SEPAKAT MENGGUNAKAN 2 MODEM WIFI P1WIMAX...

UNTUNGLAH...
PENGAJARAN:jangan excited sangat..kan dah ter miscommunication....ape laa...

mood:sedang merancang nak tido lambat sebab sok kelas kul 4...untunglah..

20110612

Mengapa MELAYU masih di takuk lama..?

















Melayu HEBAT..?
Kurun ke-15...
Melayu memang hebat..tiada siapa yang dapat melawan kehebatan Melayu kerana kebijaksanaan pemimpinnya..kedaulatan kerajaannya..keberanian pahlawannya..
sungguh kita berbangga dengan kehebatan bangsa kita dalam sejarah beberapa ratus tahun dahulu..
TAPI...
1511...
Alfonso de alburqueque telah menyerang Kerajaan MELAYU iaitu Melaka...
Jatuhnya satu kerajaan MELAYU yang pernah agung sejak ratusan dekad..
Jatuhnya satu kerajaan MELAYU yang cukup ditakuti oleh seluruh nusantara..
KENAPA...?
Kerana ini semua kerja MELAYU sendiri...

"aper plak kaitan ngan post ko ni shamil....?"

Salahkah jika seorang MELAYU membantu melayunya sendiri..?
Bangun bagi wakil semua orang...Menuntut keadilan..
Namun dukacitanya...
"Die nii mang nak jadik kepala ke...?"
"Alaa...nak pegang kampus lah tuu.."
"Elehh...die pikir die bagus sangat.."
"Ini budak bukannye ikhlas...ade plan jahat laa tuu..."

JIKA ANDA BERADA DI TEMPAT ORANG YANG DIKUTUK ITU SEDANGKAN ANDA IKHLAS...APA PERASAAN ANDA...?
tHis is why aq cakap MELAYU susah nak maju..
kerana adanya orang2 bangsanya yang dengki sesama sendiri..
lantas bisa melingkupkan niat suci pejuang bangsa itu sendiri..
Wahai orang MELAYU..
Hilangkan lah sifat terhina itu..kerana bangsa MELAYU itu sendiri tidak maju di tanah sendiri kerana sifat ini..
MELAYU MASIH TERPERUNDUK DALAM KONTEKS PEMIKIRAN MELAYU KUNO YANG MANIFESTASINYA BERASASKAN SUATU IDEOLOGI KOLOT TENTANG NIAT HAKIKI SUATU KEBANGKITAN SUARA BANGSANYA SENDIRI..
sungguh mudah bangsaku dijajah nanti...
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA..."
Untunglah Tuah...ko pon dah hilang berape ratus tahun...UNTUNGLAH...MELAYU HEBAT..??
renung-renungkanlah...

mood:penulis sedang menahan ngantok sambil ditemani suasana tempat tidu baru...ohhh..

20110607

*merepekmerabankepenatan*

aduszzz...
aq bebetol rasa penat balik dari kelas LAW 038 td...
yg penting lecturer aq, Madam Shatrah sangat ok...
ini menambahkan minat aq terhadap dunia undang-undang..
Euuww...
nak dibandingkan asasi undang-undang ngan matrikulasi..
aq rase asasi lagi high grade kot..
sbab..
ASASI = PRA UNIVERSITI
aq x pernah berniat nak kutuk budak matriks..
tapi kalu ade bdak yang masok matriks nak berlagak2 ngan aq..
takkan aq nak berdiam diri jee..
masok matriks pon rayuan..
aq bukan nak berlagak..
tapi aq cume nk mengingatkan diri sendiri..
jangan nak berlagak dgn org lain..
aq dpt 5a UPSR..
aq dpt 8a PMR..
tapi aq x penah berLAGAK ngan orang lain termasuk sepupu2 aq..
jangan cepat berbangga dengan apa yg ko ader..
sebab tuhan ade kuasa nak tarik balik..
bersyukurlah...

ITU PESANAN MAK BAPAK AQ...
mood:penatsiot..pasniaderkelasenglishplak...

UiTM Kuantan..my Life..Part 2..




Geli2 siakk......UiTM Kuantan Part 2....
pic diatas xde kene mengena ngan aq..aq x wat bende geli2 ny..ini sume keje Tipa..Pejol..Zul..Iqbal..yg len aq x ingat..aq cume jurugambar berjaya..x bersalah..

OiT..
Hari Pertama hendak ke UiTm Kuantan..
kami..bebudak PI005 ngan bebudak tEsL di suruh untuk pulang ke Kuantan..
kami betul2 dgn rela hatinya dan perasaan yang girang mengalahkan sinchan dapat gambar bontot action kamen..nak sgt keluar dr kampus Jengka tu yg penuh ngan OC2 Jahanam...(sori...barang yang lepas jgn dikenangkan..)






















Dari kiri:apam,pejul,Zul,tipa,iqbal,aq,nabil uwais al qarni,fiqree,alip tar....
pic ni adalah bukan poster promosi filem Jengka Drift....

Sampai je kat Kampus Kuantan 2..(kat padang lalang la tu ngok....)
badan aq da lenguh-lenguh gile..walaupon duk je kt dalam bas tapi...kerusi dah macam kerusi rotan...tapi aq tetap bersyukur kerana selamat tibe di kuantan dgn jayanye...
mula lah aq terfikir...
AQ NAK BALIK KE TAK NAK??!!!!
MAP MENUNJUKKAN JARAK DARI KUANTAN NAK BALIK KE PASIR GUDANG....
masa yang diambil untuk balik ke rumah aq yang tercinta mengambil masa sekurang kurangnye 6 jam...berbekalkan jarak sejauh hampir 400 kilometer!!!

nak dijadikan cerita..aq kene balik gak sebab sume bda
k yg duk dalam semenanjung balik..(sampai hati diorg..kejam siot...)..tambang pon x mahal sgt..RM 26.50 je..(dgn nilai itu anda boleh membeli beberapa kotak tora2..n beberapa coklat cadbury tau x...???)

TETAPI...
ko ingat kitorg nak senang2 ke tinggalkan kota kuantan..?
dari kiri:pejol..iqbalnaeem..zul..tipa..
4 UR INFORMATION..4 kanak-kanak ini adalah punca utama duit aq bnyk abes kat BErjaya Megamall..muke sume innocent...lagi-lagi yang paling kanan tu...(bajet satu malaysia la siak...)..diorang ajak aq tengok wayang laa,,karaoke laa...pastu aq balek dari jb pon diorg trus ajak aq men boling..(kalah plak 2..x berbaloi btol aq bwk barang brt2 nek megamall...)...kitorang makan2 kat Hotlink Walk depan Berjaya Megamall...n then kitorang pon berpecah kerana ade yg balik esoknye n aq terpakse balik mlm tu jgak...(siot..bas aq kul 12 tgh mlm..ko bygkan smpy jb kul bape..?!)..
Yang Penting...4 bdak2 ni laa kengkawan bek aq kt UiTm kuantan yang indah nii..(indah..?!..sejuk patotnye...)

ok..bagi aq rest jap carik idea..nty sambong part 3...
mood:penulis tinta ni ngah menggigil 'kesejukan' ngan keadaan malam di kampus kuantan..

20110606

New LIFE at UiTM KUantan...huhuhu

THERE is no more about pontian now...
lgpon da lamer aq x update blog nihh...

besh x idop kt kampus ngan kengkawan baru nty agaknyer...
itu soalan yang first bermain di fikiran aq sebelom masok cni..

Aq tgok UPU punyer keputusan n what a surprise aq dpt pilihan kedua aq...

ASASI UNDANG2 @ UiTM= PI005..

orientasi...?
secara jujurnya..mang MDS(stands 4 minggu destini siswa) mang ade f**k off ckit...
kene ragging ngan OC(senior la 2...)
tp naseb bek cume 1 minggu...mang neraka dunia bebbb...
tapi berkat usaha aq ngan bebudak ni bertahan di neraka ini...
kitorang akhirnya dipindahkan ke kampus sebenar kitorang..UiTM Kuantan..
4 ur in4mation..sebelom nii kitorang orientasi kat UiTM kampus Jengka..

At KuAnTan...

aq diserapkan ke dalam GROUP G...
samer2 ngan APAM(aidil hayat la 2...)
aq rase bebudak ni bleh tahan laa..
walaupon ade beberapa siswi yang agak mencapap..tapi diorang sume tetap best..
lecturer..ermmmm..
wat mase ni diorg ok tp in the future aq x tau...

DuiT poKet...

ini mang susah giler babi nak jaga..
rintangan terbesar sepanjang idup kt cni...
kat sini ade BERJAYA MEGAMALL ngan eAST COAST MALL..
yang betol2 menghabiskan duit aq..
tapi yg bestnyer..
4 the first time in my life..
aq mengaplikasikan status sbg student ntuk mendapat harga murah nk tgok wayang..men boling..hahahahaahah!!!!

CONCLUSION ISSS.....

kISAh hATIKACa..
akan di UPDATE semula starts from today!!!!!