20110620

Pelangi itu Cantik bukan?


Bunga bukan sekuntum.
Dalam dunia hakiki ini banyak bunga yang ada.
Tapi,
Adakah semua bunga kita suka?


Engkau tatap pula keindahan pelangi.
Lama kau tatap dan harap esok ada lagi.
Tapi esok hanya ada Sang Matahari.
Indah juga kan?
Matahari juga ciptaan Ar-Rahmanurrahim.
Tapi,
Adakah Matahari mampu mengganti keindahan sang Pelangi?

~indahnya pelangi~

Aku tahu hati kau cinta padanya juga.
Sudah ramai yang singgah di pintu hati kau tapi,
kau masih belum ikhlas membukanya.
Kenapa kau masih membisu dengan perasaan kau sendiri?
Kau takut?
Kau malu?

Aku tau kau cinta padanya tapi kau tak terdaya.
~so shame on you~

Sekarang ini kau tegaskan kau mahu mencari 'pelangi' yang lain.
Apa kau fikir cari 'pelangi' sama ke macam cari 'matahari'?

*pejam mata, tarik nafas sedalamnya*

Fuhhh!

*Hembus nafas tadi*

Kau tak boleh buat apa.
Yang perlu hanyalah berdoa pada Al-Malikul Malik,
supaya dapat lupakan 'pelangi' itu.

Yang kini sudah jadi milik rakanmu.



mood:kelas habis awal dan aku terus menghadap kitab maya ini.

3 comments:

  1. kau memang seorang penyair yang puitis?hahaha..aku hentam je ni...hahahah

    ReplyDelete
  2. ini bukan syair beb..

    ini luahan hati orang kecewa kot..

    ALAMAK!

    *tepok dahi*

    ReplyDelete
  3. ;) nice. so shame on you. It's me. pintu masih dikatup rapi dengan harapan pelangi datang lagi..sama macam semalam. tp tulah. pelangi bukan matahari. setiap hari setia dilangit memberi menyinar dunia. kan?

    ReplyDelete

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.