20110619

Pabila Badan Menyentuh Air


Hari ini aku sekali lagi mendapat pengalaman baru.
Pengalaman yang mungkin saja akan aku ceritakan pada anak cucuku.
CUBA LIHAT keindahan curahan sistem air di Sungai Pandan ini.
Curahan nya datang dari kawasan takungan air yang terletak di atas bukit.
Kelajuannya telah diatur oleh Sang Bijaksana sehingga mampu memberi kesegaran maksima ke atas badan hambanya.

Shrushh...shrush.....
*Bunyi kaki ku mengharung air*

seorang anak kecil ke sana ke mari sambil membawa pelampung berupa itik lintas di hadapanku.
Comel sungguh anak kecil ini.
"Mak...adik nak makan nasi lemak jugak!"
walau sudah hampir 20 meter aku meninggalkannya,suaranya yang kecil itu masih melewati gegendang telingaku.

Ahhh...!
Bukan itu yang aku ingin sampaikan di tinta maya ini -,-!

mataku masih melirik setiap penjuru Sungai Pandan.
Dimana harus ku duduk bersama rakan-rakanku.

*mata masih mencari*

Ahha..!
itu die tempat yang sesuai untuk kami melampiaskan nafsu terhadap sejuknya air terjun asli.

~Beg dibaling~baju dilucut~kami berlari dengan laju!~

Bushhhhh..!!!!
*Bunyi percikan air selepas beban seberat 110 kilogram mencecah lantai sungai*

Kawasan air terjun itu ibarat dibeli oleh bapa kami sebagai hadiah Hari Lahir.

Si Fulan melakukan aksi ngeri, aku pun ikut sama.
Si Fulan melakukan back flip, aku juga melakukannya~malahan lebih dahsyat lagi!

Konklusi yang mampu aku ungkapkan sekarang adalah,

~Hidup cuma sekali, so... kita enjoy!!~
BUKAN ungkapan itu yang aku maksudkan-,-!

tapi:

~Saat bersama sahabat bukan seperti bersama keluarga,
Saat bersama sahabat bukan seperti bersama haiwan peliharaan,
tapi,
Saat bersama sahabat adalah saat seperti bersama insan yang akan berada di sisi walau anda senang atau susah~
HARGAI SAHABAT ANDA.

mood:idea tak berapa nak pergi hari ni...jasmani masih rasa kepenatan panjat bukit@'bukuit".

4 comments:

  1. haish air terjun panching an
    lama suda tak pegi..
    huhu

    ReplyDelete
  2. orang pahang tau ler..best woo

    cume jungle tracking cam s##t...

    *hampir pitam*

    ReplyDelete
  3. huhu.. nice!! tak nampak pon dak kecik tu?? btw, sorry tertumbuk kamu buat pertama sekali dalam sejarah.. tindakan luar kawalan. sorry :) intan say SORRY!

    ReplyDelete
  4. intan:

    senang jer..
    belanja makan kat sekilau!

    *muke merah*

    ReplyDelete

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.