20111109

Andai boleh putar masa

Kalau kita tanya semua orang yang semakin meningkat dewasa, apakah zaman yang terbaik dalam hidup mereka? Kemungkinan besar hampir kesemuanya ingin kembali semula alam kanak-kanak. Jauh dari masalah hidup. Otak pun cuma fikir Pokemon, Digimon, Keluang-Man atau barangkali juga kartun Bugs Bunny (apasal aku sebut semua kartun lama-lama?).

Zaman kanak-kanak lah manusia mudah menerima pembelajaran, mudah menerima budaya dan adat. Yang mana lebih selalu diorang nampak, itulah yang akan mereka jadikan tauladan. Kanak-kanak juga macam aku cakap kat atas, tak payah susah-susah fikir masalah. Kalau dewasa lain, banyak nak kena fikir. Nak bayar itulah, inilah. Nak cari kerja lah, nak sara anak bini lah. Macam-macam. Sampai ada manusia yang hilang pedoman bunuh diri kerana tak tahan dengan masalah.

Dalam masa yang sama, kanak-kanak yang dalam proses bertukar kepada remaja pula tidak sabar-sabar untuk menjadi seorang dewasa. Pada pandangan golongan kanak-kanak, apabila dewasa mereka boleh buat apa sahaja tanpa parental guidance. Mestilah diorang suka, mahunya tak! Dapat hisap rokok secara terbuka, dapat tengok wayang cerita 18SG ngan 18SX, dapat lepak kat mamak dengan member-member, dapat lepas dari kongkongan ibu bapa dan dapat kahwin. Percayalah, dewasa itu tidaklah seseronok yang disangka, kerana zaman dewasa akan mengurniakan sebuah tanggungjawab yang besar dalam hidup manusia.

Walau bagaimanapun, hidup itu adalah suatu yang terus berjalan hingga ajal menjadi noktahnya. Hendak atau tidak, apa yang berlaku itu memang sudah ditentukan. Bersyukurlah kerana walau macam mana masalah sekalipun kita harungi di waktu dewasa, kita pernah sekali merasa kemanisan alam kanak-kanak atau zaman pubic hair tak cukup lebat lagi.

Teruslah tersenyum menjalankan kehidupan dan pastinya kenangan indah akan menerawang di keringat tatkala melihat kanak-kanak sedang bergembira sebagaimana kita dahulu. Aku rindu zaman itu.


Di kala si dewasa sedang sibuk dengan hal mereka,
si cilik juga sedang terbuai dengan alam mereka sendiri.

#gambar tangkap sendiri a.k.a ini adik aku.





mood:tengah gila edit gambar. kih kih kih

8 comments:

  1. orangtua adalah cermin bagi anak-anak untuk melihat masa depan mereka.

    ReplyDelete
  2. kanak2 hanya ada fun. buat org2 tua jeles.

    ReplyDelete
  3. @champ

    photographer baru blaja.

    @SyAE

    time kasih daun keladi.

    @ghost writer

    anak-anak adalah kenangan orang tua.

    @raie

    samelah ngan kite jugak.

    ReplyDelete
  4. kegembiraan di dunia tidak kekal selamanya...kebahagian yg kekal abadi di akhirat kelak...insyaallah.

    ReplyDelete
  5. zamaN KANAK KANAK yg nice.. xde nak kisah pasal org lain.

    ReplyDelete
  6. lama xpergi pantai dan buat istana pasir dan juga tanam org.

    ReplyDelete

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.