20120226

Catatan seorang sahabat

Jauh aku melangkah untuk cari seorang sahabat yang sejati. Seorang sahabat yang jujur. Seorang sahabat yang sentiasa di sisi. Susah sebenarnya dalam dunia ini untuk mencari insan sebaik ini. Itu sebab aku perlu hingga ke hujung dunia untuk realisasikan impian itu.

Puas aku cari, akhirnya jumpa di bumi asing jauh dari kampung halaman. Makhluk ini juga bukan permastautin di bumi asing itu. Sama-sama mendaki dan bangun semula kala jatuh. Saling membantu antara satu sama lain. Sound quite gay tapi aku bukan gay. Boleh jadi satu hubungan persahabatan yang perfect.

Langit tak selalu cerah, iguana tak selalu hijau.

Sahabat yang selama ini jadi tempat mengadu, kini meninggalkan sisi. Aku tak hendak kaitkan dengan isu 'kawan masa susah, kawan masa senang' kerana konsep ini dah lama kami praktikkan. Ye, persengketaan yang bermula dari salah aku sendiri. Tapi, apa boleh aku buat, masalah terlalu banyak untuk diselesaikan sehingga emosi tak mampu diseimbang. No one know about this and they simply blame me for being a 'sentap hati mak nak' punya budak. Masalah peribadi yang bertimbun, betul-betul buat aku tak dapat kawal emosi.

Kenapa aku berdiam diri? Kerana pada aku mengurungkan diri dalam satu kawasan sulit lebih sesuai dari membuat aku lebih tak dapat kawal emosi. Kepada kau sahabat, kau tetap yang terbaik. Tapi kalau kau pun nak pergi, aku tak dapat kawal hidup aku dari hilang seorang lagi insan yang berharga.

Pesanan terakhir, terima kasih kerana pernah gembirakan aku.

Mungkin aku tidak sesuai untuk ada seorang sahabat.
Deeply sorry.







mood:dalam sejarah, problem paling banyak muncul dalam satu minggu.

20120224

Melayang ke bulan

Si Putera di beranda istana. Si Puteri di menara nun jauh memecah horizon raya. Komunikasi terbatas. Hendak guna telepati, tidak pula dikurniakan kuasa persis Professor X di X-Men. Hendak berportal, tidak pula hidup di zaman Star Trek. Jasmani sangat jauh tapi batin meronta-ronta dekatnya. Hendak berjumpa tetapi ibarat terkurung dalam penjara. Terseksa.

Si Putera pandang ke objek bulat besar berkawah-kawah di atas kepala. Terapung-apung indah biarpun hodoh sebenarnya. Ibarat cermin, wajah Si Puteri terpantul di atas permukaannya. Si Putera melayan syahdu sendiri. Si Puteri juga mengalami benda yang sama. Ibarat berinzal dengan kasih sayang satu sama lain, cuma bertopengkan objek bulat itu. Jauh terasa dekat.

Tak perlu kecanggihan selular untuk menghantar perasaan hati. Juga tak memerlukan laman mukabuku untuk melafaz kasih. Cinta yang sebenar boleh dirasa biarpun lama tidak berjumpa. Hanya alam menjadi saksi setia.

Bulan ibarat satelit yang men'transmit' perasaan hati antara satu sama lain.

Bulan itu pernah menjadi saksi kita berdua






mood:somehow, it's hard to make a choice.

20120222

Jam Pasir itu diterbalikkan

Pasir tu berduyun-duyun turun. Barangkali mengambil masa satu jam atau lebih untuk menghabiskan semua butir-butir kecil pasir yang berasak-asakan untuk turun mengikut graviti bumi. Aku tunggu dan lihat proses ini berlaku. Sampai mata aku terlelap. Bangun sahaja, pasir-pasir itu sudah selamat tiba di bahagian bawah.

Bahagian atas kekosongan. Aku biarkan untuk seketika tapi perasaan untuk tengok proses itu berjalan yang berakhir dengan aku ketiduran tadi membuatkan aku terbalikkan semula jam pasir itu. Dan aku tertidur lagi. Aku bangun lagi, aku......

*********

Sampai bila proses ini hendak berakhir? Sampai bila jam pasir itu perlu diterbalikkan semula bagi memuaskan diri yang sering terlupa dan mudah bosan? Kita mungkin mudah untuk memerhati proses itu pada awalnya, tapi sifat kita yang alpa menjadikan kita tak puas-puas untuk mengulanginya.

Sama pergi juga dengan kenangan atau memori. Kita nak hilangkan kenangan lama yang pahit, tapi bagaimana kalau kita asyik mengingati kenangan itu? Mampukah ia hilang selama-lamanya? Kita sendiri yang degil untuk nyahkan kenangan itu dari ingatan namun apabila kenangan itu datang menerpa, kita pula yang salahkan ingatan.

Jangan terbalikkan, pecahkan terus jam pasir itu.







mood:konpius dalam membuat keputusan.

20120217

Sayap yang bebas

Zaman sekarang ini perkataan bebas itu terlalu subjektif. Bebas itu boleh didefinasikan kepada macam-macam perkara. Pada homosapien abad ini, bebas itu adalah 'benda' yang sepatutnya tiada halangan daripada mana-mana pihak.

"Aku ada kebebasan suara, suka hati akulah nak cakap ape!"

Kita memang bebas, bebas melakukan apa sahaja yang kita suka. Kadangkala kita akan marah apabila ada autoriti lebih tinggi yang menafikan kebebasan kita. Tapi tahukah anda, kebebasan yang kamu semua katakan bukanlah sesuatu kebebasan yang mutlak? Kebebasan yang kita peroleh masih ada batasnya?

Kadang-kadang kita sebagai homosapien kurang mengerti atau terus bongkak dengan ilmu tentang sayap kebebasan yang kita tahu dari mana-mana sumber. Siapa yang tak excited bila sayap itu bisa menjadikan hidupnya bebas? Kebebasan bersuara, kebebasan bergerak atau kebebasan akademik, gua tak kata semua benda-benda ni salah. Sedangkan gua sendiri sokong unsur kebebasan seperti ini. Cuma gua rasa, kita kena sedar yang setiap unsur kebebasan kena ada limitasinya. Di sini gua bercakap bukan sebagai Pro mana-mana pihak, tapi gua hanya bercakap bagi pendapat gua. Lumrah makhluk darat yang bernama manusia, bukan semua benda betul.

Gua suka dengan kata-kata member gua, Si Pengejar Pelangi:

" Setinggi mana pun ia cuba terbang, tidakkan sampai ke hujung langit yang Maha Tinggi. Kerana dalam setiap kebebasan, ada limitasi. Ada pagar yang memutuskan mana-mana yang boleh kita terokai atau mana-mana yang perlu kita patuhi dengan saksamanya."
-Johan 'Champ' Radzi, 'Sayap untuk Kita Sama-Sama Terbang', October 2011.
Tiada orang yang tidak mendambakan sayap, tapi bukan semua orang yang mampu mengawalnya.
mood:seronok berehat hari nih. 

20120214

Diari Si Kepala

Naik turun, naik turun, naik turun. Bumi itu bulat, roda itu bulat, lebih kurang juga dengan kehidupan, dalam keadaan bulat. Bila bercakap tentang bentuk yang bernama 'bulat' ini, apa yang kita fikirkan adalah keseimbangan kerana bentuk ini tiada sudut dan menjadikannya tidak tetap di satu tempat. Ada bahagian di atas. Kadangkala kesimbangan tiada maka yang di atas tukar syif dengan yang di bawah. Itu namanya norma kehidupan. Tiada apa di dunia ini yang kekal biar setinggi mana kita berada. Kau Perdana Menteri? ada time jatuh juga. Kau diktator? tengok apa jadi kat Muammar Gadaffi. Sedangkan seorang ketua yang penuh dengan kuasa pun boleh jatuh, inikan seorang ketua yang asyik kena damned je dengan anak buah.

Apabila Si Kepala di atas, mungkin kesenangan sementara dapat dirasa. Tapi dalam proses untuk turun ke bawah, banyak luka yang dihadapi. Sebab untuk menggulingkan 'bola' itu, banyak tikaman, luka, nista, tusukan dan sepakterajang yang terlibat secara langsung atau di belakang tabir. Si Kepala mesti awas dengan proses ini sebab yang di bawah mungkin dah bosan dengan muka kau kat atas jer. Yang bawah dah kumpul banyak-banyak 'momentum' untuk menyempurnakan proses revolusi, supaya bola dapat bergerak senyap-senyap, tiba-tiba jer berguling bola tu. Terkejut tak? Hahaha.

Lumrah manusia bila ada kesilapan, umpama sehelai kertas putih dan setitik tanda noktah ditengah-tengahnya. "Selagi ada nyawa kita lawan!", ayat biasa, kah kah kah.

Si Kepala memerlukan sepasang sayap untuk terbang jauh dari permukaan bola itu, terbang terus pergi ke lembah persendirian mencari ketenangan. Sebab apa, atas permukaan bola itu dah ada de jure 'Si Kepala' yang baru. So, does that any meaning for Si Kepala to stay?


Corak yang pernah Si Kepala ukirkan atas permukaan bola itu akan
cuba dipadam atas sebab kotorkan bola. 
-Cangkul Emas





mood: me gusta! I'm back on blogger!