"Aku ada kebebasan suara, suka hati akulah nak cakap ape!"
Kita memang bebas, bebas melakukan apa sahaja yang kita suka. Kadangkala kita akan marah apabila ada autoriti lebih tinggi yang menafikan kebebasan kita. Tapi tahukah anda, kebebasan yang kamu semua katakan bukanlah sesuatu kebebasan yang mutlak? Kebebasan yang kita peroleh masih ada batasnya?
Kadang-kadang kita sebagai homosapien kurang mengerti atau terus bongkak dengan ilmu tentang sayap kebebasan yang kita tahu dari mana-mana sumber. Siapa yang tak excited bila sayap itu bisa menjadikan hidupnya bebas? Kebebasan bersuara, kebebasan bergerak atau kebebasan akademik, gua tak kata semua benda-benda ni salah. Sedangkan gua sendiri sokong unsur kebebasan seperti ini. Cuma gua rasa, kita kena sedar yang setiap unsur kebebasan kena ada limitasinya. Di sini gua bercakap bukan sebagai Pro mana-mana pihak, tapi gua hanya bercakap bagi pendapat gua. Lumrah makhluk darat yang bernama manusia, bukan semua benda betul.
Gua suka dengan kata-kata member gua, Si Pengejar Pelangi:
" Setinggi mana pun ia cuba terbang, tidakkan sampai ke hujung langit yang Maha Tinggi. Kerana dalam setiap kebebasan, ada limitasi. Ada pagar yang memutuskan mana-mana yang boleh kita terokai atau mana-mana yang perlu kita patuhi dengan saksamanya."
-Johan 'Champ' Radzi, 'Sayap untuk Kita Sama-Sama Terbang', October 2011.
Tiada orang yang tidak mendambakan sayap, tapi bukan semua orang yang mampu mengawalnya. |
mood:seronok berehat hari nih.
Aku kenal si pengejar pelangi tu. khabarnya dia seorang ulama yang berwibawa.
ReplyDeletekau pernah dengar tentang kebebasan yang dipolitikkan selepas disosialkan?
ReplyDelete