20120222

Jam Pasir itu diterbalikkan

Pasir tu berduyun-duyun turun. Barangkali mengambil masa satu jam atau lebih untuk menghabiskan semua butir-butir kecil pasir yang berasak-asakan untuk turun mengikut graviti bumi. Aku tunggu dan lihat proses ini berlaku. Sampai mata aku terlelap. Bangun sahaja, pasir-pasir itu sudah selamat tiba di bahagian bawah.

Bahagian atas kekosongan. Aku biarkan untuk seketika tapi perasaan untuk tengok proses itu berjalan yang berakhir dengan aku ketiduran tadi membuatkan aku terbalikkan semula jam pasir itu. Dan aku tertidur lagi. Aku bangun lagi, aku......

*********

Sampai bila proses ini hendak berakhir? Sampai bila jam pasir itu perlu diterbalikkan semula bagi memuaskan diri yang sering terlupa dan mudah bosan? Kita mungkin mudah untuk memerhati proses itu pada awalnya, tapi sifat kita yang alpa menjadikan kita tak puas-puas untuk mengulanginya.

Sama pergi juga dengan kenangan atau memori. Kita nak hilangkan kenangan lama yang pahit, tapi bagaimana kalau kita asyik mengingati kenangan itu? Mampukah ia hilang selama-lamanya? Kita sendiri yang degil untuk nyahkan kenangan itu dari ingatan namun apabila kenangan itu datang menerpa, kita pula yang salahkan ingatan.

Jangan terbalikkan, pecahkan terus jam pasir itu.







mood:konpius dalam membuat keputusan.

2 comments:

  1. Kita selalu terperangkap didalam khayalan masa lampau dan menyesali atas apa yang sudah terlanjurkan.

    kalau bagi aku, aku lebih selesa dengan hidup 'sekarang' dan lupakan yang 'lepas'.

    Anyway,kau banyak idea sebenarnya syamil. Bm pun bagus. Mungkin one day kau boleh publish buku indie. Hew hew.

    ReplyDelete
  2. janganlah puji saya abang. malulah.
    masakan boleh dilawan abang yang suka kejar pelangi. kih kih kih

    ReplyDelete

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.