Siri keenam dan terakhir trilogi Laksamana Sunan. |
Pada mulanya, aku tak tahu langsung yang Trilogi Laksamana Sunan ni dah sampai bahagian terakhirnya. Sebelum ini aku dah habiskan Sutera Bidadari, siri kelima dari trilogi ini tapi tak dengar pula yang Ramlee Awang Murshid akan tulis Sunan Musafir sebagai penamat. Aku tahu pun sebab terserempak masa singgah kedai buku kat Pusat Bandar Pasir Gudang. Nasib baik poket aku tak kering sangat, terus aku beli. Mana boleh tahan tengok depan mata. Macam perempuan tengok beg Gucci lah lebih kurang.
Macam biasa, Ramlee Awang Murshid dah bagi petunjuk-petunjuk jalan cerita novel ini di dalam bab terakhir Sutera Bidadari. Peristiwa di mana Saifudin mendengar bisikan arwah (dipercayai) isterinya, Ratna Sang Ratu Sulaman dan ini telah dijadikan sebagai pengembaraan terakhir Sunan yang perlu untuknya merentas lautan dan benua.
Pada aku, teknik penceritaan yang ditonjolkan oleh Ramlee Awang Murshid pada kali ini lebih seronok dibaca kerana pembaca pasti akan tertanya-tanya akan apa yang berlaku seterusnya. Kalau korang baca ending terus, memang tak akan faham lah. Ia memerlukan anda untuk tidak melepaskan satu pun muka surat di dalam novel ini. Kisah bermula dengan Saifudin yang menggunakan nama gelaran baru, Kiai Kelana dan menetap di pinggir Kampung Punggor bersama anaknya, Anduka. Hidup hanya sebagai seorang imam musolah dan mengabdikan diri kepada tuhan sehinggakan anaknya menganggap Saifudin ini hanya tahu mengaji. Krisis berlaku di antara Saifudin dan pembesar atau barua Portugis di Kampung Punggor, Panglima Deris yang memberi masa selama tiga hari untuk Saifudin menyediakan diri untuk bertempur dengan Harimau Berantai bagi menebus Anduka yang ditahan mereka. Dalam masa tiga hari itulah, Saifudin meluangkan masa bercerita kepada Anduka tentang pengembaraan Panglima Sunan dalam misi menyelamatkan Ratna, isterinya. Anduka tidak pernah tahu bahawa Saifudin itulah Panglima Sunan lantas risau bapanya akan mati ditangan Harimau Berantai. Tidak dilupakan juga, novel ini menampilkan sekali lagi kemunculan watak Haryani dan Dani di abad ke-21 yang kisahnya sudah tamat di siri ketiga trilogi ini, Hijab Sang Pencinta.
Bagi pembaca yang baru belajar untuk membaca trilogi ini, ketahuilah bahawa ini bukanlah trilogi cinta jiwang sangat. Trilogi ini merangkumi hal cinta, ketuhanan(paling penting), mitos, sejarah dan pertarungan epik. Saya sarankan anda baca siri ini dari novel pertamanya, Bagaikan Puteri. Insyaallah anda akan faham jalan cerita epik ini. Saya merasakan novel ini mempunyai reputasi untuk dijadikan sebagai filem seperti mana novel Harry Porter. Pasti akan menjadi sebuah karya yang epik.
Secara jujurnya, saya agak tidak puas hati dengan ending novel ini yang tidak berapa kuat. Pengertian 'Sunan Musafir' yang dinyatakan itu tidak ditonjolkan dengan lengkap. Pembaca mungkin faham akan maksud 'Sunan Musafir' tetapi tidak nampak di mana perlaksanaan untuk mencapai ke tahap itu. Tetapi saya masih berpuas hati dengan elemen-elemen triller yang ditonjolkan oleh Ramlee Awang Murshid.
mood: Ramlee Awang Murshid is my favourite tau!
Ini yang aku nak cari ni...
ReplyDeleteaku cuma ada dua buku RAM. satu, Ranggau dan satu lagi, Fiksyen 306. Ranggau aku lengah2kan baca dan Fiksyen 306 aku habiskan dalam masa sehari setengah. sebenarnya aku bukan tak minat cara penulisan RAM, aku tau dia merupakan seorang penulis thriller no 1 di malaysia. tapi nampaknya aku lebih sukakan lenggok bahasa penulisan itu sendiri. bagi aku, RAM punya kekuatan dari plot dan susunan ceritanya. tidak dinafikan itulah xfaktor dia, ditambah dengan betapa luasnya dia melakukan research untuk bikin cerita. dan pada RAM, kekuatan pada lenggok bahasanya rapuh. malah terlalu banyak stereotaipnya. buat masa nih, aku anggap kehebatan cerita yang dia bikin menutup kelemahannya itu.
ReplyDelete@jhnrdzi
ReplyDeletehaha, dari dulu aku dah bilang sama kau suruh test baca.
@ghost writer
Aku tak baca lagi Fiksyen 306, tapi Ranggau dah baca. Kalau tengok pada bahasa, memang Ramlee ini biasa-biasa sahaja. Tapi novel dia penuh dengan ilmu. Itu yang buatkan aku tak putus-putus membaca semua karya dia.
aku tk penah baca buku-buku ramlee awang murshid . selak - selak gitu je adalah . wei baca lelaki eksistensial . best wei ! kehkehkeh
ReplyDelete