20120921

Pangkah anda itu berharga

Aku baru masuk UiTM Shah Alam lebih kurang dua minggu, tapi aku sudah rasa salah satu pengalaman berharga bagi seorang mahasiswa. Baru sahaja siang tadi diadakan Pilihanraya Kampus (kali keberapa pun aku tak ambil tahu) untuk UiTM ni. Ini untuk menobatkan wakil-wakil pelajar baru bagi setiap fakulti. Untuk fakulti aku, Akademi Pengajian Bahasa, kami ada 4 calon.

Di sini tiada Pro Mahasiwa dan Aspirasi Mahasiswa. Pada aku, tanpa elemen ini piihanraya kampus akan sedikit hambar. Tiada pengundi-pengundi yang radikal. Di UiTM, semua calon adalah calon bebas tetapi membawa misi dan visi masing-masing. Senang cerita, mereka sebenarnya seperti wakil kepada course masing-masing. Tanpa mereka ini, kemungkinan course yang tiada wakil dalam Majlis Perwakilan Kampus tidak akan langsung mempunyai pengaruh untuk menyuarakan pendapat mereka dalam mana-mana keputusan yang dibuat oleh Sekretariat Mahasiswa Fakulti. Dan kelak akan timbul masalah dalam penyatu-paduan diantara pelajar yang jelas sekali berlainan course dalam satu fakulti.

Kalau aku, aku lebih suka kepada calon yang 'mesra pengguna' ni. Dan aku tak mahu jurang umur yang jauh kalau boleh dengan pelajar semester satu (memandangkan aku budak freshie). Mereka semestinya akan lebih mendengar pada kata-kata mereka yang sebaya berbanding calon yang lebih tua. Perkara biasa bagi budak freshie adalah mereka tidak suka dilayan seperti budak-budak sekolah dan malangnya, bila masuk  sahaja, mereka dilayan sebegitu. Tetapi kalau orang yang sebaya, mereka ini lebih kurang potensinya untuk melayan freshie sebegitu. Aku terasa dihormati sebagai seorang pelajar universiti.

Tak bolehlah aku cakap siapa yang aku undi. Undi kan rahsia (ah, ramai je yang terang-terang cakap diorang undi siapa). Aku tak berapa kenal semua calon, so aku undi jelah yang mana kempen (yang aku nampaklah). Sebab apa, dengar-dengarnya waktu berkempen hannya 3 hari diberikan. So, it's not much time actually for them. Calon yang aku undi menang pulak tu. Sukanya. Hahaha!

Kesimpulannya di sini adalah, pilihanraya kampus adalah sangat-sangat penting. lebih-lebih lagi kalau ada kehadiran parti seperti Aspirasi dan Pro-M. Mereka inilah yang akan meneraju universiti mereka dan menentukan layakkah mereka memegang title sebagai universiti terbaik Malaysia. Saya sudah, anda bila lagi?

Vote for peace, yo!





mood: ngantuk, ngantuk, ngantuk di dalam bilik audi.

20120916

Sang Rama-rama

Aku nampak seekor rama-rama kat taman. Cantik warna kepaknya, cara terbangnya juga boleh buat aku kagum dengan ciptaan Illahi. Aku suka, betul-betul suka. Mungkin dah banyak rama-rama aku jumpa sebelum ni, tapi tak pernah aku betul-betul suka.

Hari esok aku pergi lagi ke taman itu. Dia tetap di sana. Kerana hendak sentiasa melihat keindahan rama-rama itu, aku sanggup ke taman setiap hari. Semata-mata. Hari demi hari, aku tiba-tiba berkeinginan untuk mempunyai rama-rama itu.

Aku fikir, sudah tiba masa aku mengejar rama-rama itu dan cuba menangkapnya. Takut nanti ramai lagi orang yang nak tangkap rama-rama ni. Aku sediakan jala dan bunga sebagai umpan, mana tahu mengena. Tapi gampang sekali sebab rama-rama ini tidak mudah jatuh pada pujuk rayu pria seperti aku. Aku kejar bagai nak mati tapi dia tetap mengelak dengan bersahaja. Nak sakit hati pun tak boleh, dah tentu-tentu aku yang cuba nak tangkap dia. Memang dia perlu elak pun.

Akhirnya, aku tak dapat tahan. Aku campak jala dan bunga di tangan ke tanah. Aku capek. Rama-rama ni memang betul punya mahal. Aku terbaring kat atas taman. Lepaskan lelah yang ada.

Aku mula berfikir sejenak, rama-rama ini akan lari kalau aku kejar, apa kata aku rilek je. Aku pun cuba duduk diam bersahaja dan menikmati keindahan rama-rama itu. Kadang-kadang aku berkata-kata seorang diri memuji kecantikannya. Aku sudah angau mungkin namun masih mampu kawal diri supaya tidak mengejar rama-rama itu.

Mungkinkah rama-rama itu akan singgah di atas tanganku dan cuba berkomunikasi dengan aku setelah aku duduk bersahaja dan tidak mengejarnya? Aku masih duduk di situ menunggu sang rama-rama menghampiri aku pula. Biarlah selamanya kerana aku tak mahu dia ditangkap orang lain.


Sang Rama-rama (gambar hiasan ihsan Google)

Aku sudah buta mungkin.









mood: sedang cuba habiskan game Sleeping Dogs. Gampang susah!

20120915

Bab satu: buku baru

Habis sudah cuti beberapa bulan selepas program asasi. Aku kini sempurna bergelar pelajar ijazah sarjana muda course Applied Language (English for Professional Communication) di Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam. Walaupun tak dapat sambung pengajian undang-undang,aku tetap terima takdir yang telah ditetapkan untuk aku (pergghhh, ayat gampang syial). Nak jugak cerita apa yang terjadi sepanjang minggu pertama aku kat sini:

#1
Gerak dari bandar metropolis Jahor Bahru dari pukul 4 pagi. Ini semua sebab nak ikutkan untuk dapat satu bilik ngan geng-geng gamers (rujuk posts sebelum-sebelum ni). Akhirnya aku satu bilik dengan budak-budak jahanam ni. Bulat, Sasha, Sakaki, Hunterz, Bidi, Botak, dan Killer (aku bagi nama diorang dalam clan gamers je). Malam-malam kami sangat dipenuhi dengan sesi latihan peperangan maya.

#2
Kali pertama aku naik kereta api. Sejujurnya aku jakun. Lagi pulak aku ni cuma pernah singgah KL dua kali seumur hidup. Noob kan aku? Biasalah, orang kampung. Singgah Mid Valley, nak cari game Counter Strike: Global Offensive tapi dah habis. Nak buat macam mana, balik tangan kosong jelah. Sekurang-kurangnya ada jugak pengalaman naik KTM.

#3
Sesi taklimat fakulti dan bahagi group. Aku dapat satu kumpulan dengan dua orang classmate aku masa asasi dulu, Polyn dan Dila. Ye, seronok satu kelas dengan mereka ini. Ramai kenalan baru. Yang over-acting, yang stylo, yang retis, yang cun, yang membantu dan juga yang lain-lain. Lepas tu, kenalan baru, Wan ajak tengok tempat kuliah. Aku pun gembira mengikut. Rupa-rupanya nak sampai ke sana memerlukan ketabahan yang mencukupi. Naik bukit curam kot. Aku ada kuliah di menara SAAS dalam kawasan UiTM Shah Alam. Tambah pulak department APB ada kat tingkat 9! Bergetar lutut aku. Biasalah, 'lori' naik bukit.

#4
Di sini, aku paling malas kalau hendak turun makan. Memanglah kat dalam kolej ada kafe, tapi tak kena dek lidah rasanya. Kena jugak menapak ke Dataran Cendekia untuk dapatkan makanan-makanan berkualiti tinggi (kalau dibandingkan dengan kat kafe kolej lah). Bukan aku sorang, budak bilik aku semua pun malas, almaklumlah bilik kat tingkat 4. Malas nak turun naik bukit lagi. Kami semua memutuskan, setiap petang, dua orang dari bilik kami akan tapau makanan kat Dataran Cendekia untuk semua roommate. Satu pasangan bergilir-gilir tiap-tiap hari. Settle problem!

#5
Sesi belajar. Aku dapat jadual yang agak sucks sebab kelas tiap-tiap hari start pukul 8 pagi. Walaubagaimanapun, bagus jugak. Takdelah aku bangun lambat tiap-tiap pagi. Aku nak cerita masa aku ada kelas kat menara SAAS.

ini bangunannya, tambah pula atas bukit.
Aku ingat cabarannya hanya sikit-sikit. Tapi penatnya hanya tuhan yang tahu. Kena pulak nasib malang bila sampai, lif penuh. Jam terus berjalan. Aku terpaksa naik tangga sampai tingkat 9. Sampai atas je, kaki aku dah tak berdaya nak berjalan. Nasib baik air-cond. Tapi, it still shits. Baru minggu pertama, belum lagi lepas-lepas ni.

#6
Aku diwajibkan ambil satu badan beruniform untuk ko-kurikulum dan elektif. Aku ambillah Kesatria Negara sebab ni je yang memerlukan penyertaan selama satu semester. Sem dua dengan tiga boleh tukar kelab lain. Aku memang tak suka kawad. Tambah pulak ada ujian jasmani, round padang kawad 6 kali dalam masa 15 minit! Ada sorang dalam kompeni aku yang eager sangat nak jadik komander. Punyalah jerit-jerit bila menjawab. Tanya soalan pun bajet dia tu pulak askar betul. Nak jadik komander, jadiklah. Tak payahlah nak show-off and being annoying. Tak payah nak kipas komander sangatlah. Yang penting aku memang tak suka berkawad. Paling sadis bila aku diarahkan untuk cukur janggut. Goodbye janggut!

#7
Aku ada crush kat sorang classmate aku. Baik budaknya, sopan santun, berhijab dan lembut tingkah gayanya. Betullah orang kata, kat degree ni lagi melambak. Cuma aku tak berani nak approach kerana dia baik sangat. Aku pun taknak jadik hipokrit berjubah bagai untuk ambil hati gadis muslimah ni. Just being myself. That's a true man will do!










mood: Aku target untuk dapat DL sem ni. Baru boleh bawak kereta sem depan.

20120905

Kata-kata seorang Singapura

2 Syawal, dari kampung di Parit Sulong, aku dan famili terus ke Melaka. Abah kata nak melawat kawan baik dia masa kecik-kecik dulu. Aku pun ikut la sekali, mana tau dah tua bangka pun boleh kumpul duit poket raya-raya ni. Kawan baik abah, aku panggil Cik Isa je. Dia suruh terus je melawat rumah bondanya di Kesang(mungkin).

Sampai saja di sana, kami disambut mesra. Bukan Cik Isa je ada, adik ipar dia pun ada sekali di sana. Macam biasa adat orang beraya, abah sibuk berbual dengan Cik Isa. Aku dengan adik-adik aku pun macam biasa jugak awkwardnya pabila di rumah orang. Seusai sahaja adik ipar Cik Isa menghidangkan air, dia duduk di depan aku. Oh, dia ni lelaki tau. Orang Singapura.

Dia tanya berapa umur aku. Alhamdulillah aku ni dilahirkan bermulut kecoh, aku pun menjawab soalan dia dengan senang. Bagus jugak, hilang sikit-sikit ke'awkward'an aku. Kami mula galak berbual. Dari bercerita tentang apa yang aku belajar hinggalah ke isu-isu nasional.

Dia mula bercerita pada aku tentang betapa rakyat Singapura sebenarnya tidak gemar dengan sistem Military Enlistment yang diwajibkan kepada remaja-remaja seawal 18 tahun. Pada mereka, program itu sebenarnya mengendurkan kreativiti anak-anak muda di sana. Mereka percaya, pada umur semuda inilah belia-belia mampu generate idea-idea bernas dalam membangunkan negara. Tapi sayang, minda mereka dibasuh selama dua hingga tiga tahun. Aku tanya, "Tak pernah ke ada rally or demonstration untuk protes benda ni?". Dia geleng kepala.

Dia kata, politik Singapura lembik dan tidak sehebat politik Malaysia. Pembangkang di Singapura tak ade banyak poin untuk hentam kerajaan. Dai bercerita tentang Singapura, dia mula bercerita tentang politik Malaysia. "I'm always take a look at Malaysia Today. Malaysians politics had always been my favourite." Aku tersenyum. Ini jugak kegemaran aku. Dia mula komen tentang media di Malaysia yang sememangnya sentiasa di bawah telunjuk kerajaan. Dia kata, kerajaan mana memerintah pun, diorang takkan kasik chance for media to reveal their weakness. Apa yang keluar di media, itulah apa yang kerajaan mahu rakyat tahu. Kuasa media itu sangat besar. Itulah sebab kita kena adil, baca kedua-dua belah pihak dan nilai. That's why Astro Awani tak tunjuk full cerita kereta polis terbalik kat Bersih 3.0 tapi BBC tunjuk. Nak harap TV3, hurmmmm lagilah. Kuat kipas punggung kerajaan je. Aku mengangguk sambil bercerita tentang apa yang terlintas dalam minda. Kami berbual tentang Bersih 3.0, Najib dan Anuar, sistem demokrasi dan bermacam lagi. Aku tanya pendapatnya tentang peralihan tampuk pemerintahan. Adakah itu boleh menyebabkan pergolakan. Dia menggeleng. Dia kata, Amerika Syarikat itu tidak pernah berkekalan lama parti pemerintahnya, kekal juga sebagai kuasa besar dunia. Pucuk pangkalnya, kalau tidak diberi peluang, bagaimana mereka hendak tunjukkan kelebihan mereka? Kita test dulu, baru tahu boleh ke tak. Agak-agak tak suka, 5 tahun lagi tukar jelah.

Selepas dua jam setengah kami berbual, abah kata kami dah nak balik. Nak singgah rumah sedara kat Seremban. Besok sudah nak singgah Cameron Highlands. Aku rasa berat nak tutup perbualan tu. Bukan selalu dapat berbual sebegini. Last aku berbual tentang isu-isu ni hanyalah ketika di UiTM Kuantan dulu. Cerita dengan mak aku pulak, biasnye kat kerajaan menyakitkan hati. Aku salam tangan dia, memandangkan dia dah ada 5 anak dan umurnya jauh lebih tua dari aku. Aku masuk kereta dan kira duit raya.

Aku takkan lupakan orang Singapura ini.









mood: Bukan semua orang Singapura macam Nur Feetri.