#1
Gerak dari bandar metropolis Jahor Bahru dari pukul 4 pagi. Ini semua sebab nak ikutkan untuk dapat satu bilik ngan geng-geng gamers (rujuk posts sebelum-sebelum ni). Akhirnya aku satu bilik dengan budak-budak jahanam ni. Bulat, Sasha, Sakaki, Hunterz, Bidi, Botak, dan Killer (aku bagi nama diorang dalam clan gamers je). Malam-malam kami sangat dipenuhi dengan sesi latihan peperangan maya.
#2
Kali pertama aku naik kereta api. Sejujurnya aku jakun. Lagi pulak aku ni cuma pernah singgah KL dua kali seumur hidup. Noob kan aku? Biasalah, orang kampung. Singgah Mid Valley, nak cari game Counter Strike: Global Offensive tapi dah habis. Nak buat macam mana, balik tangan kosong jelah. Sekurang-kurangnya ada jugak pengalaman naik KTM.
#3
Sesi taklimat fakulti dan bahagi group. Aku dapat satu kumpulan dengan dua orang classmate aku masa asasi dulu, Polyn dan Dila. Ye, seronok satu kelas dengan mereka ini. Ramai kenalan baru. Yang over-acting, yang stylo, yang retis, yang cun, yang membantu dan juga yang lain-lain. Lepas tu, kenalan baru, Wan ajak tengok tempat kuliah. Aku pun gembira mengikut. Rupa-rupanya nak sampai ke sana memerlukan ketabahan yang mencukupi. Naik bukit curam kot. Aku ada kuliah di menara SAAS dalam kawasan UiTM Shah Alam. Tambah pulak department APB ada kat tingkat 9! Bergetar lutut aku. Biasalah, 'lori' naik bukit.
#4
Di sini, aku paling malas kalau hendak turun makan. Memanglah kat dalam kolej ada kafe, tapi tak kena dek lidah rasanya. Kena jugak menapak ke Dataran Cendekia untuk dapatkan makanan-makanan berkualiti tinggi (kalau dibandingkan dengan kat kafe kolej lah). Bukan aku sorang, budak bilik aku semua pun malas, almaklumlah bilik kat tingkat 4. Malas nak turun naik bukit lagi. Kami semua memutuskan, setiap petang, dua orang dari bilik kami akan tapau makanan kat Dataran Cendekia untuk semua roommate. Satu pasangan bergilir-gilir tiap-tiap hari. Settle problem!
#5
Sesi belajar. Aku dapat jadual yang agak sucks sebab kelas tiap-tiap hari start pukul 8 pagi. Walaubagaimanapun, bagus jugak. Takdelah aku bangun lambat tiap-tiap pagi. Aku nak cerita masa aku ada kelas kat menara SAAS.
ini bangunannya, tambah pula atas bukit. |
#6
Aku diwajibkan ambil satu badan beruniform untuk ko-kurikulum dan elektif. Aku ambillah Kesatria Negara sebab ni je yang memerlukan penyertaan selama satu semester. Sem dua dengan tiga boleh tukar kelab lain. Aku memang tak suka kawad. Tambah pulak ada ujian jasmani, round padang kawad 6 kali dalam masa 15 minit! Ada sorang dalam kompeni aku yang eager sangat nak jadik komander. Punyalah jerit-jerit bila menjawab. Tanya soalan pun bajet dia tu pulak askar betul. Nak jadik komander, jadiklah. Tak payahlah nak show-off and being annoying. Tak payah nak kipas komander sangatlah. Yang penting aku memang tak suka berkawad. Paling sadis bila aku diarahkan untuk cukur janggut. Goodbye janggut!
#7
Aku ada crush kat sorang classmate aku. Baik budaknya, sopan santun, berhijab dan lembut tingkah gayanya. Betullah orang kata, kat degree ni lagi melambak. Cuma aku tak berani nak approach kerana dia baik sangat. Aku pun taknak jadik hipokrit berjubah bagai untuk ambil hati gadis muslimah ni. Just being myself. That's a true man will do!
mood: Aku target untuk dapat DL sem ni. Baru boleh bawak kereta sem depan.
Amboi~
ReplyDeletebest dgr citer ko...
ReplyDeleteWahh wahh Syamil ada suka budak class kita ye? :P kantoiii tak lama lagi kitorg tau lah siapa. haha
ReplyDeleteapa maksud kau budak-budak jahanam tu sialll ??!!!!
ReplyDelete@Omar
ReplyDeleteOrang tu kan dah pergi jauh~~~~
@Iti Nuyul
Tulah, sape sauruh mintak jauh-jauh.
@Shahida
Janganlah carik. haha
@Shah
Tak puas hati jomlah lawan kat map Killhouse malam ni! Hahahaha
Dah pro English,kalah aku,hahaha.
ReplyDeleteOklaa suma,dalam beberapa semester nanti kau biasa gak harungi hidup USA