Di sini tiada Pro Mahasiwa dan Aspirasi Mahasiswa. Pada aku, tanpa elemen ini piihanraya kampus akan sedikit hambar. Tiada pengundi-pengundi yang radikal. Di UiTM, semua calon adalah calon bebas tetapi membawa misi dan visi masing-masing. Senang cerita, mereka sebenarnya seperti wakil kepada course masing-masing. Tanpa mereka ini, kemungkinan course yang tiada wakil dalam Majlis Perwakilan Kampus tidak akan langsung mempunyai pengaruh untuk menyuarakan pendapat mereka dalam mana-mana keputusan yang dibuat oleh Sekretariat Mahasiswa Fakulti. Dan kelak akan timbul masalah dalam penyatu-paduan diantara pelajar yang jelas sekali berlainan course dalam satu fakulti.
Kalau aku, aku lebih suka kepada calon yang 'mesra pengguna' ni. Dan aku tak mahu jurang umur yang jauh kalau boleh dengan pelajar semester satu (memandangkan aku budak freshie). Mereka semestinya akan lebih mendengar pada kata-kata mereka yang sebaya berbanding calon yang lebih tua. Perkara biasa bagi budak freshie adalah mereka tidak suka dilayan seperti budak-budak sekolah dan malangnya, bila masuk sahaja, mereka dilayan sebegitu. Tetapi kalau orang yang sebaya, mereka ini lebih kurang potensinya untuk melayan freshie sebegitu. Aku terasa dihormati sebagai seorang pelajar universiti.
Tak bolehlah aku cakap siapa yang aku undi. Undi kan rahsia (ah, ramai je yang terang-terang cakap diorang undi siapa). Aku tak berapa kenal semua calon, so aku undi jelah yang mana kempen (yang aku nampaklah). Sebab apa, dengar-dengarnya waktu berkempen hannya 3 hari diberikan. So, it's not much time actually for them. Calon yang aku undi menang pulak tu. Sukanya. Hahaha!
Kesimpulannya di sini adalah, pilihanraya kampus adalah sangat-sangat penting. lebih-lebih lagi kalau ada kehadiran parti seperti Aspirasi dan Pro-M. Mereka inilah yang akan meneraju universiti mereka dan menentukan layakkah mereka memegang title sebagai universiti terbaik Malaysia. Saya sudah, anda bila lagi?
Vote for peace, yo! |
mood: ngantuk, ngantuk, ngantuk di dalam bilik audi.
kalau aku, aku akan undi siapa yang baik dengan aku jer.
ReplyDelete