20121004

Perjalanan

13 tahun mencari ilmu, tapi kini ilmu yang dicari masih belum ada penghujungnya. Setiap yang berlaku pasti ada natijahnya. Begitu juga dengan perjalanan cita-cita aku. Sejak dari kecil, aku sentiasa dikobarkan dengan kata-kata dan pesanan abah yang menyuruh aku menjadi tuan doktor satu hari nanti. Sampaikan mak abah kata yang nama aku ini diambil dari tag nama seorang doktor yang berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Dan aku sebagai anak kecil yang masih menyonyot puting botol susu percaya bulat-bulat dengan kisah dongeng itu lantas menyimpan cita-cita untuk  menjadi seorang doktor pakar bedah.

Zaman sekolah rendah pabila ditanyakan pada kita tentang soal cita-cita, itulah soalan yang paling membuatkan kita terkinja-kinja menjawabnya. Pada masa itu, aku memang sangat bangga menjawab "Saya nk jadik doktor pakar bedah, cikgu!". Aku mula menunjukkan minat terhadap unsur saintifik dan matematik ketika waktu itu. Tetapi lama kelamaan, aku mula menemui bakat aku dalam dunia seni. Bermula dengan penglibatan aku dalam pertandingan deklamasi sajak, sehinggalah ke saat aku mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian irama Malaysia. Aku mula minat dengan dunia muzikal. Aku terlalu minat sehinggakan aku minta satu gitar tong sebagai hadiah aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Bila Abah tanya aku hendak jadi apa, aku cakap aku nak jadik penyanyi ataupun komposer. Aku rasa dah banyak kali rasanya Abah buat facepalm bila aku cakap dengan dia cita-cita aku.

Ketika di MRSM, aku terpaksa jadi hipokrit. Maklumlah, di sini semuanya hebat-hebat. Cita-cita mereka pun hebat-hebat. Jadi untuk menjadi setaraf mereka, aku cakaplah yang cita-cita aku adalah doktor pakar bedah semula. Tapi selepas beberapa tahun aku bercerita impian palsu, aku kembali semula ke cita-cita aku dalam bidang seni. Sehinggalah aku mula faham apa itu erti realiti.

Habis SPM, sudah tiba masa aku berfikir secara logikal. Aku takkan berjaya dengan hanya menjadi seorang anak seni dalam dunia yang penuh saingan ni. Lantas atas saranan seorang guruku, aku apply untuk Asasi Undang-undang di UPU. Aku rasa mungkin aku sesuai menjadi seorang peguam kerana mulut aku yang becok tak hengat dunya. Lagipun aku sedikit minat pada politik dan isu undang-undang. Dalam fikiran aku, cita-cita bertukar sekali lagi.

Setahun melalui fasa asasi, ternyata nasib tidak menyebelahi aku kerana aku tidak pass kelayakan untuk sambung dalam ijazah sarjana muda undang-undang. Aku kini dalam degree English for Professional Communication, jauh lari dari apa yang aku inginkan sejak aku kecil.
Ataupun sebenarnya aku kembali ke minat aku terhadap dunia sastera masa sekolah rendah dulu.

Aku masih gembira dengan pilihan aku sekarang, dan macam biasa, cita-cita aku bertukar sekali lagi mungkin juga akan lagi bertukar pada masa akan datang kerana kita tak pernah tahu apa lagi yang ada di depan sana.
Oh ya, aku juga kembali ke dunia seni.
Aku sedar kini, betullah kata Ustaz aku kat MRSM dulu,

"Perjalanan masih jauh lagi"
-Ustaz Jawwad
#P.S: Sebut dengan gaya dia sekali.



Matahari itu memang nampak seakan dekat, tetapi sebenarnya
 ia jauh lagi untuk dicapai. Sangat jauh
-Cangkul Emas








mood: It's a busy month I guess! So tired!

2 comments:

  1. Kalau kau dah sampai sini, kau boleh pergi jauh lagi Mil.

    Pergi jauh lagi.

    ReplyDelete
  2. " masih jauh lagi para pelajar "
    aku takan lupa acane dia cakap .
    haha .
    wei Samil , kau tukarlah setting comment ni jadi pop up senang sikit nak komen . hihi

    ReplyDelete

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.