20111102

Astigmatisme

Setiap malam sekarang ni gegendang telinga aku bergetar dengan jeritan mak aku yang suruh aku tidur cepat. Aku bukan buat apa pun,
aku cuma main fesbuk je. Aku cuma blogging je. Aku cuma habiskan baca kisah-kisah gore dari Kontrol Histeria. Kadang-kadang je lawat fesbuk Jesse Jane ngan Maria Ozawa. Lawat page friends fesbuk kan, apa salahnya?

Biasanya aku tidur pukul 3 hingga 4 pagi, ataupun lebih cepat kalau aku rasa bulu roma meremang (aku bukan penakut ea..). Tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni, bila aku bangun tidur je, mesti mata aku rasa sakit yang teramat sangat. Bapak aku kata, kesihatan mata aku dah makin teruk sebab tiap-tiap hari menghadap komputer tanpa rehatkan mata dalam masa tertentu. Aku tak terkejut sangat, memang sebulan cuti semester ni aku asyik menghadap laptop je 20 jam. Aku berjaga malam kadang-kadang lepas tu jadik kelawar tidur siang.

Nak dijadikan cerita, aku pun memandulah ke sebuah kedai cermin mata untuk membuat satu lagi cermin mata menggantikan 4 cermin mata aku yang hilang, patah dan dijadikan sup (gurau je). Amoi tu suruh aku duduk dan meletakkan mata aku untuk melihat imej sebuah rumah untuk mengenal pasti betapa rabunnya aku. Selepas check, kertas entah ape nama dia tu pun keluar dan menunjukkan keputusan ujiannya. Ohmaigosh! Power rabun silau aku dah meningkat kepada 350 mata kiri dan 400 mata kanan!!

Aku sudah mengalami masalah rabun silau atau Astigmatisme yang agak teruk. Patutlah mata aku selalu gatal dan pening-pening.

yang kiri tu astigmatisme.

 "Kajian beberapa profesor telah membuktikan bahawa siapa yang banyak tengok gambar-gambar yang jelas menunjukkan lurah-lurah tersembunyi mempunyai risiko besar untuk mata mereka rosak. Ini kerana,  urat-urat mata akan rosak apabila memandang gambar-gambar mengghairahkan itu."
-Kawan aku, Gay (bukan nama sebenar) 

Statement di atas tiada kena mengena dengan aku. kih kih kih


mood:malam ni aku nak buat cermin mata tu.

20111031

Definisi cinta budak-budak

Bercinta di usia muda, topik tu nampak sangat out-to date tapi bagi aku, perkara ni adalah benda yang baru untuk diperbincangkan dalam usia aku yang makin meningkat dewasa. Aku pun pernah bercinta dan jadi jiwang karat tak tentu pasal dulu sampai kalau diingatkan balik, aku betul-betul malu nak jumpa dengan anak gadis idaman aku tu dulu. Time main surat-surat dengan homosapien berlainan jantina masa perasaan 'cinta' tu berkembang mekar (siallah, kan aku dah jiwang!) memang tak boleh dilupakan. Aku ingat lagi, dekat hostel aku buat bekas silinder Cadbury tu jadik bekas simpan surat-surat tak kiralah dari junior ataupun senior atau yang seumpama dengannya.

Tapi bila aku dah semakin matang dan dibenarkan merokok oleh kerajaan (tak memasal), aku mula berfikir yang zaman sekarang ni budak sekolah rendah pun sibuk bercinta macam budak sekolah menengah. Bukan aku nak condemn atau nak maki hamun Wadefakk kat diorang tapi pada pendapat aku golongan mereka ini tidak sesuai hendak berjiwang karat pada ketika pubic hair mereka baru nak tumbuh.

Perkara ni aku dapat saksikan bila ada si fulanah yang berumur 10 hingga 12 tahun dengan berbekalkan henpon-henpon mahal tajaan mak bapak mereka mula bermegah-megah tanpa malu dan segan yang mereka ini juga boleh bercinta sebagaimana remaja belasan tahun yang lain. Tidak dinafikan, cinta itu adalah perasaan yang lumrah bagi seorang hamba Allah tetapi ia juga boleh ditahan buat sementara waktu. Dapatkan kejayaan untuk dijadikan hadiah kepada mak bapak, barulah boleh bercinta. Jangan mudah terikut-ikut dengan budaya berkapel-kapel ni masa umur masih 'jagung leher' belum kering.

Jadi apakah definisi cinta orang muda? Jawapannya, takde pape. Tiada ape makna dalam percintaan yang terbina ketika umur masih budak-budaklah. Mungkin golongan kanak-kanak yang baca post ni akan sumpah seranah aku cakap aku cibai la, pantat la, tapi bila korang dah masuk umur macam aku, korang juga akan rasa jelik dengan kanak-kanak yang dah perasan baligh ni.

Percayalah, aku dah cukup makan garam dalam dos yang dibenarkan.
*lebih-lebih nanti boleh kena darah tinggi tau.

Cinta itu lebih indah kalau kedua-dua mampu berfikir lebih matang,
contohnya abam Johan Radzi kita.
keh keh keh.





mood:gua nak main Black Shot sambil dengar K-POP!