20130112

Rama-Rama itu hilang dari pandangan,

Aku pernah bercerita tentang rama-rama yang aku kejar dulu. Rama-rama yang begitu memilih tentang penjaganya. Aku juga ceritakan betapa susahnya untuk aku memujuk rama-rama itu ke pangkuan aku. Susah, memang susah.

Setelah sekian lama aku menunggu. Hati aku sudah tak tersabar lagi. Rama-rama itu masih menari dengan kepaknya yang cantik terliuk-liuk mengikut irama. Aku, walau bagaimanapun masih di situ menanti harapan yang takkan pernah datang. Rama-rama itu takkan pernah pandang aku kerana dia begitu istimewa. Dia ibarat puteri di dunia rama-rama. Aku pulak, ishhhhh tak tau nak sifatkan aku ni apa. Aku tekad dalam hati. Aku perlu berundur dari taman ini. Mungkin tuhan nak tunjukkan pada aku yang aku memang susah nak tawan hati rama-rama istimewa ini.

Lalu aku pun pergi, jauh dari taman tempat tinggal puteri rama-rama ini. Mungkin sampai satu masa, ada lagi rama-rama lain yang ingin menjadi teman diri. Belum masa lagi.

Bak kata Ustaz Jawwad, cikgu aku kat maktab dulu,

"Masih Jauh lagi"
-Ustaz Jawwad.

Terbanglah kau. (sumbangan al-Google)







mood: exam dah habes. yabedabedu!

20121211

Proses Menyedarkan Diri Sendiri

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku rasa semacam aku ni tiada tujuan dalam hidup. Aku menjadi semakin malas dalam mengejar kejayaan akademia. Hati mengatakan aku masih berlari ingin menuju kecemarlangan tapi otak seringkali menafikannya. Aku menjadi semakin malas. Malas buat esaimen, malas pergi kelas, malas bergaul, sampai pergi makan pun kadang malas. Aku tak tahu kenapa.

Aku makin lupa jalan yang lurus. Walaupun sejadah terbentang di depan mata, aku masih lalai melaksanakan apa yang sepatutnya seorang hamba lakukan pada tuhannya. Aku lebih gemar buat perkara-perkara yang lagha. Seakan-akan aku ni tak tahu apa balasannya di akhirat sana.

Aku masih cuba untuk menyedarkan diri sendiri yang sekian lama terpesong dari jalan yang sepatutnya. Semoga tuhan membantu hambanya yang sesat ini.









mood: rasa hati ini tak bercahaya langsung.