20111107

Manjakanlah anak-anak lagi.

Mak bapak aku adalah pasangan ibu bapa yang garang. Rotan mesti jadi peneman bila aku belajar dengan diorang. Lebih-lebih lagi kalau belajar Matematik. Sebagai balasannya dulu, tiap-tiap tahun masa sekolah rendah aku dapat jadi penerima Anugerah Matapelajaran Terbaik Matematik. Dengan pencapaian yang cemerlang dalam UPSR, aku telah menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maktab Rendah Sains MARA (bontot kembang kempis). Tapi apa yang aku nak tegaskan kat sini adalah, bukan pasal diri aku atau kehebatan aku di zaman silam, tapi aku nak ceritakan kenangan aku pabila aku menginginkan sesuatu barang berharga.

Aku tersangatlah cintakan muzik sampai aku sudah mula mencipta lagu semenjak umur aku 10 tahun. Kagum tak? Masa itu aku masih belum mengenali secukupnya apakah maksud 'junub', dan lain-lain lagi isu ke'baligh'an (siallah, kan aku dah merepek lagi!). Jadi, cara bapak aku mungkin sama dengan ibu bapa yang lain. Mereka menawarkan ganjaran jika anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Bapak aku tanya,"Kau nak apa kalau dapat 5A masa UPSR?". Aku senang je jawab sambil membuat gaya seperti seorang gitaris sedang head-banging terkinja-kinja atas pentas. Bapak aku faham. Dan akhirnya impian aku pun tercapai setelah mendapat setong gitar Kapok selepas dengan gah mendapat 5A dalam UPSR.

Aku bukanlah dari sebuah keluarga yang senang. Bapak aku dulu ada Kancil je tapi sekarang senanglah sikit. Jadi memang cara aku susah nak meminta-minta bapak aku barang yang mahal-mahal. Bapak aku belikan Playstation 1 untuk aku pun dulu sebab dia nak main sekali. Bapak aku cuma akan belikan barang-barang yang berharga untuk aku kalau aku dapat nombor satu dalam kelas. Itupun tak lebih seratus ringgit. Apatah lagi mengenal erti sebiji henpon waktu sekolah dulu.

Ah, ini sampai kemuncaknya.

Yang ingin aku bicarakan adalah, kanak-kanak sekarang begitu mudah dimanjakan dengan bermacam-macam kemewahan. Tak payah aku cari jauh-jauh la, saudara-mara aku pun ramai yang macam ni. Diberikan macam-macam sebagai hadiah sambil diselangi dengan kata-kata penuh harapan ibu bapa,"nanti UPSR dapat 5A ea..". Tengok-tengok bila dapat keputusan, meratap sendirian menyesal. Lepas tu cover cakap hadiah-hadiah tu sebagai pendorong, tak rugi pun padahal hati tengah menangis sebab duit dah melambak habis. kih kih kih. Hadiah bukan murah-murah lak tu, DLSR la, henpon mahal la, gitar elektrik(?!), gila betul lah...

Cuba fikir kembali, ada ke pemenang dapat hadiah sebelum kemenangan mereka diumumkan? Kalau hadiah dah dapat, takkan lah diorang perlukan kemenangannya kan. Itulah yang aku pelik dengan ibu bapa yang jenis ni. Alhamdulillah aku dikurniakan ibu bapa yang begitu  humble dengan kejayaan anak-anak mereka. Kadang-kadang adik aku jealous dengan aku sebab aku ada macam-macam, tapi aku senang je jawab balik kat diorang,"Kau ada usaha macam aku untuk dapat apa yang aku ada?". Mana tak, diorang lahir-lahir je, dah nampak PS2 aku!

Ingatlah, sebab tu orang dulu-dulu yang susah lebih berjaya di masa hadapan mereka, kerana mereka itu lebih mengerti erti kepayahan dan usaha untuk mendapatkan sesuatu. Adios!

*gambar ni tangkap sendiri tau. Sekolah yang sumbang banyak kenangan
dalam hidup aku.



mood:cermin mata baru, muka baru. kih kih kih.

5 comments:

  1. dulu result saya tak la gempak sangat. tapi parent bagi hadiah jugak. hihihi. tapi sib baik sekarang dah berjaya tamatkan alam university. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. ceh, adik gua mintak blackberry kalau dapat 5a. Cilakak.

    ReplyDelete
  3. aku rasa itu bukan lah dimanjakan,cuma makin besar gift tuh makin besar semangat dorang nak dapatkan result terbaik.

    takde salahnya kalau dorang mampu.

    zaman kita dulu tak sama dengan zaman dorang.mereka lahir dgn kenal macam2 gajet.

    ReplyDelete
  4. @rainyscream

    yang itu lagi bagus.kih kih kih.

    @champ

    mintak takpe kot. kau je yang pakai henpon buruk lagi.kah kah kah

    @ghost writer

    mungkin ye, tapi alangkah bagus kalau gift tu dapat selepas mereka kecapi apa yang ibu bapa hendakkan.

    ReplyDelete
  5. sho sweet bile smgat mintak gtar tok myambung minat kat music.. ohseemm..

    ReplyDelete

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.