20110622

Di Antara Kalian.



G-Shock buatan China kau tatap.

2.30 p.m.


Kau rancang nak ke pusat karaoke.
Aku tahu kau memang boros.
Apatah lagi bila kau tahu duit elaun dari kerajaan sudah masuk.
Kau berjalan ke tempat penuh muzik itu.

Apple K.


Perlahan kau sebut nama itu.
Tanpa berfikir panjang kau terus menyapa Si Fulanah di Kaunter.
"RM 3.90 satu kepala.Tapi kena order apa-apa cool beverages."
Jumlah itu kau beri kepada gadis berambut perang tadi.
"Sila.Room number 26."

Masuk sahaja kau terus mencari mikrofon walaupun tiada sebarang lagu sudah dipilih.

"Oh,takde lagu lagi!"
*bodoh juga kau ni*

Kau menekan-nekan skrin sentuh pemilih lagu di dalam bilik gelap itu.
Beransur-ansur nama artis pujaan ramai terpamer tapi kau masih belum puas hati.

Tiba-tiba,
Kau nampak nama sebuah kumpulan muzik dari Indonesia.


"D'MASIV."


Kau tekan wajah kumpulan itu.
Satu idea menerawang di dalam kotak fikiran kau.
Kau tekan lagi pada satu lagu kumpulan itu.

"DI ANTARA KALIAN"


muzik berbunyi.
Kau pun mula menyanyi.
Kau nyanyi dengan penuh perasaan.
Aku tahu kau memikirkan sesuatu sambil menyanyikan lagu seberang itu.

Apa yang kau fikir?
Sudahlah!
Tak perlu untuk sembunyi dari aku.
Kau tahu bukan?

Kau di antara kalian.

Jangan kusutkan hati kau kerana angan-angan mat jenin yang bisa membuat kau jatuh pokok!
Kau masih tak boleh lupakan?
Aku tak mahu dengar alasan bodoh kau lagi.
Yang aku tahu,

Kau di antara kalian!
Cuba tuturkan 1000 kali sebelum tidur.
Confirm!
Kau akan rasa bersalah.


Huh!

*aku kesat air mata dalam jiwa kau.*

Jangan menangis lagi.
Hati kau sudah cukup berdarah bukan?
Jangan biarkan hidup kau terasing kerana dia.

Cubalah lupakan dia.




mood: terfikir nak tengok robot boleh tukar-tukar!hahahahahah*ketawa ala syaitan*

1 comment:

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.