20120429

Perihal pisang.

Bila disebut tentang pisang, hanya ada satu peribahasa yang ada nama buah ni. "Jangan sampai pisang berbuah dua kali". Itulah satu peribahasa yang sering digunakan oleh orang melayu kita untuk menasihati orang melayu (yang faham peribahasa ini) yang lain supaya menyerikkan diri dari melakukan sesuatu perkara yang pada suatu ketika dahulu pernah membawa mudarat pada mereka.

Gua search kat Google. "Kenapa pisang tidak berbuah dua kali". Pisang memang tidak berbuah dua kali. Tapi gua pelik bila ada oraang sebut "Jangan sampai pisang berbuah dua kali". Pastu baru gua tahu yang gua dah silap belajar peribahasa Melayu (susah betul jadik orang Melayu nih). Orang sebut "takkan pisang berbuah dua kali" yang bermaksud takkan melakukan kesilapan yang sama kerana serik.

Kenapa gua timbulkan tentang peribahasa ni? Takkan pisang berbuah dua kali? Bukan semua orang yang amalkan konsep sepertimana peribahasa ini katakan. Dan gua tak percaya bila 'pisang' ni boleh pulak berbuah dua kali. Ceritanya begini, kawan gua ni dulu pernah bercinta dengan si polan (gua tak pernah kenal ngan dia ni). Diorang ni memang bahagia sangatlah sampai dunia ni dah macam takde orang lain di sekeliling. Tapi biasalah bila hidup berpasangan ni dah bahagia sangat, maka kehidupan 'post-married' akan diimplementasikan. Dia bagi 'tu', yang satu lagi bagi 'ni'. Dialog biasa dalam drama: "I janji nanti kita kahwin ye..". Bahagia betul masa tu sampai kat fesbuk buat status married dengan si polan. Gua pun malas nak masuk campur sebab bukan hidup gua.

Nak dijadikan cerita hindustan, yang dia ni pun terlajak takde brek dah. Memang dah konpem 'accident' dah pun. Si polan tiba-tiba nak putus (nampak tak unsur drama di sini?). Yang kawan gua ni pun mulalah meracau-racau. Tiap-tiap hari kalau boleh status fesbuk semua nak maki-hamun, sedih, dan frust. Mana taknya, sebabkan si polan ni, dia sanggup berhenti belajar kat universiti. Fuhh, hebatnya kuasa cinta..

So, gua pun datang to the rescue. Bila gua tahu perkara sebenar, gua pun kesianlah dengan dia ni. Dah kata kawan, gua nasihat dia dan dia kata dia takkan buat macam tu lagi. Kan 'pisang' tak boleh berbuah dua kali kan? Sebenarnya pun, si polan tu dah pernah kapel dengan dia sebelum ni. Dah habis duit dia dilebur, maka si polan ni larilah. Cuma bezanya masa tu tak pernah 'accident' kot. (Nampak macam 'pisang' dah berbuah dua kali kan?)

Dia pun berikrar untuk mulakan hidup baru. Jauh dari tempat tinggalnya dan mula bekerja untuk bayar balik semua hutang-hutang si polan tu (yang ni cerita lain, malas nak cerita kat sini). Gua pun tak tahu kenapa mesti dia yang bayar semua hutang-hutang tu. Dia pun berjumpa dengan lelaki yang baru. Lelaki ni selalu ambil dan hantar dia balik kerja, bawa dia bersiar-siar, hitchhiking bersama-sama. Sampai satu masa, dia pun terima lamaran untuk berkapel bersama lelaki ini. Kali ini gua dapat rasakan lelaki itu merupakan seorang yang bertanggungjawab. Gua dan lelaki itu kadang-kala ada berbual melalui fesbuk dan gua dapat rasakan dia dah berjumpa dengan lelaki yang baik.

Tiba-tiba, seminggu atau dua minggu kemudian, gua tengok si kawan gua ni upload gambar dia dan seorang lelaki bermesraan di shopping mall. Dan yang lebih terkesima, lelaki itu adalah si polan yang kecewakan dia dahulu! Gua pun macam terkedu. Malam tu, lelaki yang kapel dengan dia sebelum ni pun IM aku. Dia ceritakan perihal dia dikecewakan oleh kawan aku ni dan si polan tak habis-habis mesej dia yang rata-ratanya berbunyi:

"Sorry bro, aku cuma nak hak aku balik."

Gua macam tak boleh terima benda ni. Bila gua update status perli kawan gua ni kat fesbuk, dia lawan balik dengan,

 "Hidup aku bukan urusan kau untuk masuk campur. Aku lah pelakon dalam hidup aku, kau penonton tak layakkan nak tentukan apa yang betul untuk aku. Sekarang baru aku tau sifat sebenar kau!"

Gua pun dah rasa suka hati kau lah kawan nak buat apa pun. Gua cuma nasihat apa yang terbaik untuk kau. Lepas ni, kau nak buat apa pun lantak kaulah. Kau bunting ke, kena tipu ke, kena 'dumped' ke, aku dah taknak masuk campur. Dulu mungkin kau masih belum mentah  dengan selok-belok dunia. I have no words for you fella. 
Kau kan ada hidup sendiri..Hahahahaah!


Nampaknya 'pisang' memang sudah berbuah dua kali.






mood:apasal aku dah malas sangat nak update blog nih!

2 comments:

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.