20120821

Kanak-kanak dan duit raya.

Bila hari raya aidilfitri datang, perkara pertama yang terfikir adalah duit raya. Aku pun tak tahu dari bila mulanya budaya bagi duit raya ni di kalangan orang melayu tapi yang pasti budaya ni datangnya dari kaum cina. Sebagai seorang yang pernah melalui fasa kanak-kanak, aku memang arif sungguh tentang budaya ni.

Pada orang melayu di tanah Malaya ni, duit raya adalah satu kemestian. kalau takde duit raya, memang tak senang duduk lah. Jadi di sini sebenarnya, ingin aku terangkan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'pemberian duit raya di hari raya'.

Pada aku, konsep duit raya ni sebenarnya adalah satu sedekah kepada golongan anak-anak atau yang sewaktu dengannya. Orang melayu ni memang suka bersedekah bila hari raya ni. Tapi, yang menjadi satu permasalahan di kalangan kanak-kanak melayu kita adalah mereka menganggap pemberian duit raya itu adalah perlu di bulan Syawal.

Hari raya sebenarnya adalah hari untuk kita meziarahi sanak-saudara, kawan-kawan dan juga jiran-jiran. Jadi ketika berziarah itulah duit raya akan diberi kepada anak-anak mereka. Kanak-kanak sekarang pula menganggap hari raya itu adalah hari mereka mengumpul duit. Bukannya niat nak berziarah, tapi yang diorang tahu cuma, " Semekom, pakcik..nak raya!"... kalau anak jiran-jiran aku tak kisah, ni semua budak-budak yang aku tak pernah nampak dalam kawasan kejiranan aku. Wadefak man? Bila orang jemput masuk bagi makan kuih tapi tak bagi duit raya, diorang kutuk-kutuk kita. Kata nak beraya, abeh tu aku bagi la beraya. Ada yang lagi tak tahu malu beraya time saudara-mara tuan rumah tengah penuh kat rumah tu. Come on la, mak bapak tu miskin sangat ke sampai nak kena beraya jauh-jauh semata-mata nakkan duit? Bukan aku ni kedekut ke apa, cuma perlu bersuara kerana budaya semakin lama semakin merendahkan taraf kaum melayu. Jangan salah anggap dengan duit raya yang diberi kepada anak-anak yang berziarah dengan mak bapak. Itu lain. Yang ni aku cakap pasal budak-budak yang main hembus beraya kat rumah orang yang tak dikenali.

Aku bercakap ni sebab seumur hidup aku tak pernah la aku diajar oleh mak bapak aku untuk meminta-minta di rumah orang. Adik aku yang pernah buat camtu pun pernah kena sebat dengan bapak aku sebab beraya macam budak-budak ni. Bukan apa, perbuatan macam ni sebenarnya macam memalukan keluarga. Tuan rumah memang bagi, tapi kita tak pernah tahu apa yang disebut dalam hati diorang. Kalau beraya rumah member sendiri tu lain lah.. Dah tentu-tentu kawan kita.

Jadi, apa yang nak aku ketengahkan kat sini adalah, kalau boleh lenyapkanlah budaya ni. Aku teringat kata-kata Ustaz Asrul masa belajar kat MRSM dulu,

"Janganlah kita menjadi umat Islam yang meminta-minta kerana tangan yang menerima di bawah itu sebenarnya adalah tangan orang Islam kelas kedua."

Kerana itulah, Rasulullah S.A.W tidak menerima pemberian sahabat-sahabat baginda jika itu dianggap sedekah sebaliknya menerima jika itu dianggap sebagai hadiah.

Aku tak tahulah kalau mak bapak diorang suruh beraya rumah orang untuk kumpul duit beli baju ngan buku sekolah. HAHAHAHA!


Lebih baik bagi duit raya pada anak-anak yatim kerana mereka lebih memerlukan.



Oh ya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin!



mood: sedang menikmati keindahan flora di Cameron Highlands.

No comments:

Post a Comment

Aku dah gali gune cangkul, kau cuma perlu letak benih dan kambus tanah itu.