20121211

Proses Menyedarkan Diri Sendiri

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku rasa semacam aku ni tiada tujuan dalam hidup. Aku menjadi semakin malas dalam mengejar kejayaan akademia. Hati mengatakan aku masih berlari ingin menuju kecemarlangan tapi otak seringkali menafikannya. Aku menjadi semakin malas. Malas buat esaimen, malas pergi kelas, malas bergaul, sampai pergi makan pun kadang malas. Aku tak tahu kenapa.

Aku makin lupa jalan yang lurus. Walaupun sejadah terbentang di depan mata, aku masih lalai melaksanakan apa yang sepatutnya seorang hamba lakukan pada tuhannya. Aku lebih gemar buat perkara-perkara yang lagha. Seakan-akan aku ni tak tahu apa balasannya di akhirat sana.

Aku masih cuba untuk menyedarkan diri sendiri yang sekian lama terpesong dari jalan yang sepatutnya. Semoga tuhan membantu hambanya yang sesat ini.









mood: rasa hati ini tak bercahaya langsung.

20121205

Sailang Menyailang Disailangi


Saya nak makan aiskrim. Aiskrim tu memang nampak sedap dan menyelerakan. Aiskrim tu sangat mahal tau. Lebih mahal dari Cornetto, Mat Kool dan aiskrim-aiskrim yang lain. Kawan-kawan saya semua tahu yang saya nak sangat beli aiskrim tu. Orang terpilih je yang boleh beli aiskrim tu. Bak kata oldies, aiskrim tu pandai pilih siapa yang dia suka. So, saya pun berusaha sedaya upaya nak buat aiskrim tu pilih saya.

Dalam perjalanan nak cuba beli aiskrim tu, ramai kawan saya yang cuba mengiringi saya. Yang bagi sokongan pada saya ramai, tak kurang juga yang kata aiskrim tu takkan pilih saya. Saya peduli apa. Janji saya dapat makan, hahahahahah! (suara gelak budak gedempol).

Sekarang ni, saya masih lagi dalam perjalanan dan masih ada yang teman saya. Tetapi lama-kelamaan, saya tengok bertambah ramai pulak yang teringin nak aiskrim tu. Saya rasa tercabar pun ada, sebab sebelum ni semua sokong saya untuk beli aiskrim ni. Terasa seperti dicucuk duri sembilu kat punggung (literally tikam belakang sebenarnya). Ada sorang kawan saya ni, dulu nak sangat beli aiskrim lain tapi sekarang dia pun nak aiskrim sama dengan saya. Saya menci tau! Dah la tu, dekat tangan dia pun ada aiskrim lain. Ciss. Saya rasa tercabar lagi sekali.

Tapi nak buat camne, aiskrim tu belum lagi dibeli saya atau dalam maksud lain, belum jadi hak milik saya. Saya tiada hak nak halang orang lain beli aiskrim tu. Yang saya tau, siapa cepat dia dapat. Oh bukan, untuk aiskrim ni, siapa yang layak dia yang dapat. Kerana aiskrim ini sangatlah spesial dan saya rasa barangkali tiada tolok bandingannya dengan Mat Kool, Cornetto mahupun aiskrim Rohani yang 30 sen kat Kedai Runcit Abdul Rahman (Ah, rindu kat mamak Rahman tu..).




Jadi, konsep ‘sailang menyailang dan disailangi’ tidaklah boleh digunakan kerana aiskrim tu belum jadi hak milik saya. Tapi, saya tetap akan cuba untuk membuatkan aiskrim itu memilih saya.

Lebih sedap dari aiskrim ini. Lebih elok dan sopan rupanya. haha.



 Ikhlas saya katakan, saya nak sangat beli aiskrim itu.











Mood: dia sangat cantik berhijab.

20121005

Jilakanya hidup.`

Malam tadi gua main game,
Gua main game COD sampai tengah malam nak mampus,
Kalau orang boleh tagih ngan dadah,
Gua ketagih ngan game,
Kenapa mesti aku begini,
Jilakanya hidup.

Pagi ni gua ada kelas,
Kelas gua memang tiap-tiap hari awal pagi,
Gua dah berazam gila babi,
Bertekad nak pergi kelas hari ni,
Gua tidur set alarm letak sebelah kiri,
Ingat nak bangun pukul 7 pagi,
Tapi bila mata gua dapat detect matahari,
Gua tengok jam dah 10 suku pagi,
Kenapa mesti aku begini,
Jilakanya hidup.

Gua bangun tadi,
Tengok fon ada mesej dalam peti,
Ada bestie tanya empunya diri,
"Apa lu memang taknak gi kelas harini?"
Gua rasa bersalah lalu terus mandi,
Tak lupa gosok gigi,
Ambik baju melayu hiasi diri,
Lalu gua bayangkan bukit yang bakal didaki,
Kelas tinggal 10 minit lagi,
Gua berlari macam Usain Bolt tiga kaki,
Sumpah penat macam maraton 14 hari,
Kenapa mesti aku begini,
Jilakanya hidup,
Jilakanya hidup,
Jilakanya.


Dewan Bahasa Mak Hang (2012)

20121004

Perjalanan

13 tahun mencari ilmu, tapi kini ilmu yang dicari masih belum ada penghujungnya. Setiap yang berlaku pasti ada natijahnya. Begitu juga dengan perjalanan cita-cita aku. Sejak dari kecil, aku sentiasa dikobarkan dengan kata-kata dan pesanan abah yang menyuruh aku menjadi tuan doktor satu hari nanti. Sampaikan mak abah kata yang nama aku ini diambil dari tag nama seorang doktor yang berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Dan aku sebagai anak kecil yang masih menyonyot puting botol susu percaya bulat-bulat dengan kisah dongeng itu lantas menyimpan cita-cita untuk  menjadi seorang doktor pakar bedah.

Zaman sekolah rendah pabila ditanyakan pada kita tentang soal cita-cita, itulah soalan yang paling membuatkan kita terkinja-kinja menjawabnya. Pada masa itu, aku memang sangat bangga menjawab "Saya nk jadik doktor pakar bedah, cikgu!". Aku mula menunjukkan minat terhadap unsur saintifik dan matematik ketika waktu itu. Tetapi lama kelamaan, aku mula menemui bakat aku dalam dunia seni. Bermula dengan penglibatan aku dalam pertandingan deklamasi sajak, sehinggalah ke saat aku mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian irama Malaysia. Aku mula minat dengan dunia muzikal. Aku terlalu minat sehinggakan aku minta satu gitar tong sebagai hadiah aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Bila Abah tanya aku hendak jadi apa, aku cakap aku nak jadik penyanyi ataupun komposer. Aku rasa dah banyak kali rasanya Abah buat facepalm bila aku cakap dengan dia cita-cita aku.

Ketika di MRSM, aku terpaksa jadi hipokrit. Maklumlah, di sini semuanya hebat-hebat. Cita-cita mereka pun hebat-hebat. Jadi untuk menjadi setaraf mereka, aku cakaplah yang cita-cita aku adalah doktor pakar bedah semula. Tapi selepas beberapa tahun aku bercerita impian palsu, aku kembali semula ke cita-cita aku dalam bidang seni. Sehinggalah aku mula faham apa itu erti realiti.

Habis SPM, sudah tiba masa aku berfikir secara logikal. Aku takkan berjaya dengan hanya menjadi seorang anak seni dalam dunia yang penuh saingan ni. Lantas atas saranan seorang guruku, aku apply untuk Asasi Undang-undang di UPU. Aku rasa mungkin aku sesuai menjadi seorang peguam kerana mulut aku yang becok tak hengat dunya. Lagipun aku sedikit minat pada politik dan isu undang-undang. Dalam fikiran aku, cita-cita bertukar sekali lagi.

Setahun melalui fasa asasi, ternyata nasib tidak menyebelahi aku kerana aku tidak pass kelayakan untuk sambung dalam ijazah sarjana muda undang-undang. Aku kini dalam degree English for Professional Communication, jauh lari dari apa yang aku inginkan sejak aku kecil.
Ataupun sebenarnya aku kembali ke minat aku terhadap dunia sastera masa sekolah rendah dulu.

Aku masih gembira dengan pilihan aku sekarang, dan macam biasa, cita-cita aku bertukar sekali lagi mungkin juga akan lagi bertukar pada masa akan datang kerana kita tak pernah tahu apa lagi yang ada di depan sana.
Oh ya, aku juga kembali ke dunia seni.
Aku sedar kini, betullah kata Ustaz aku kat MRSM dulu,

"Perjalanan masih jauh lagi"
-Ustaz Jawwad
#P.S: Sebut dengan gaya dia sekali.



Matahari itu memang nampak seakan dekat, tetapi sebenarnya
 ia jauh lagi untuk dicapai. Sangat jauh
-Cangkul Emas








mood: It's a busy month I guess! So tired!

20120921

Pangkah anda itu berharga

Aku baru masuk UiTM Shah Alam lebih kurang dua minggu, tapi aku sudah rasa salah satu pengalaman berharga bagi seorang mahasiswa. Baru sahaja siang tadi diadakan Pilihanraya Kampus (kali keberapa pun aku tak ambil tahu) untuk UiTM ni. Ini untuk menobatkan wakil-wakil pelajar baru bagi setiap fakulti. Untuk fakulti aku, Akademi Pengajian Bahasa, kami ada 4 calon.

Di sini tiada Pro Mahasiwa dan Aspirasi Mahasiswa. Pada aku, tanpa elemen ini piihanraya kampus akan sedikit hambar. Tiada pengundi-pengundi yang radikal. Di UiTM, semua calon adalah calon bebas tetapi membawa misi dan visi masing-masing. Senang cerita, mereka sebenarnya seperti wakil kepada course masing-masing. Tanpa mereka ini, kemungkinan course yang tiada wakil dalam Majlis Perwakilan Kampus tidak akan langsung mempunyai pengaruh untuk menyuarakan pendapat mereka dalam mana-mana keputusan yang dibuat oleh Sekretariat Mahasiswa Fakulti. Dan kelak akan timbul masalah dalam penyatu-paduan diantara pelajar yang jelas sekali berlainan course dalam satu fakulti.

Kalau aku, aku lebih suka kepada calon yang 'mesra pengguna' ni. Dan aku tak mahu jurang umur yang jauh kalau boleh dengan pelajar semester satu (memandangkan aku budak freshie). Mereka semestinya akan lebih mendengar pada kata-kata mereka yang sebaya berbanding calon yang lebih tua. Perkara biasa bagi budak freshie adalah mereka tidak suka dilayan seperti budak-budak sekolah dan malangnya, bila masuk  sahaja, mereka dilayan sebegitu. Tetapi kalau orang yang sebaya, mereka ini lebih kurang potensinya untuk melayan freshie sebegitu. Aku terasa dihormati sebagai seorang pelajar universiti.

Tak bolehlah aku cakap siapa yang aku undi. Undi kan rahsia (ah, ramai je yang terang-terang cakap diorang undi siapa). Aku tak berapa kenal semua calon, so aku undi jelah yang mana kempen (yang aku nampaklah). Sebab apa, dengar-dengarnya waktu berkempen hannya 3 hari diberikan. So, it's not much time actually for them. Calon yang aku undi menang pulak tu. Sukanya. Hahaha!

Kesimpulannya di sini adalah, pilihanraya kampus adalah sangat-sangat penting. lebih-lebih lagi kalau ada kehadiran parti seperti Aspirasi dan Pro-M. Mereka inilah yang akan meneraju universiti mereka dan menentukan layakkah mereka memegang title sebagai universiti terbaik Malaysia. Saya sudah, anda bila lagi?

Vote for peace, yo!





mood: ngantuk, ngantuk, ngantuk di dalam bilik audi.

20120916

Sang Rama-rama

Aku nampak seekor rama-rama kat taman. Cantik warna kepaknya, cara terbangnya juga boleh buat aku kagum dengan ciptaan Illahi. Aku suka, betul-betul suka. Mungkin dah banyak rama-rama aku jumpa sebelum ni, tapi tak pernah aku betul-betul suka.

Hari esok aku pergi lagi ke taman itu. Dia tetap di sana. Kerana hendak sentiasa melihat keindahan rama-rama itu, aku sanggup ke taman setiap hari. Semata-mata. Hari demi hari, aku tiba-tiba berkeinginan untuk mempunyai rama-rama itu.

Aku fikir, sudah tiba masa aku mengejar rama-rama itu dan cuba menangkapnya. Takut nanti ramai lagi orang yang nak tangkap rama-rama ni. Aku sediakan jala dan bunga sebagai umpan, mana tahu mengena. Tapi gampang sekali sebab rama-rama ini tidak mudah jatuh pada pujuk rayu pria seperti aku. Aku kejar bagai nak mati tapi dia tetap mengelak dengan bersahaja. Nak sakit hati pun tak boleh, dah tentu-tentu aku yang cuba nak tangkap dia. Memang dia perlu elak pun.

Akhirnya, aku tak dapat tahan. Aku campak jala dan bunga di tangan ke tanah. Aku capek. Rama-rama ni memang betul punya mahal. Aku terbaring kat atas taman. Lepaskan lelah yang ada.

Aku mula berfikir sejenak, rama-rama ini akan lari kalau aku kejar, apa kata aku rilek je. Aku pun cuba duduk diam bersahaja dan menikmati keindahan rama-rama itu. Kadang-kadang aku berkata-kata seorang diri memuji kecantikannya. Aku sudah angau mungkin namun masih mampu kawal diri supaya tidak mengejar rama-rama itu.

Mungkinkah rama-rama itu akan singgah di atas tanganku dan cuba berkomunikasi dengan aku setelah aku duduk bersahaja dan tidak mengejarnya? Aku masih duduk di situ menunggu sang rama-rama menghampiri aku pula. Biarlah selamanya kerana aku tak mahu dia ditangkap orang lain.


Sang Rama-rama (gambar hiasan ihsan Google)

Aku sudah buta mungkin.









mood: sedang cuba habiskan game Sleeping Dogs. Gampang susah!

20120915

Bab satu: buku baru

Habis sudah cuti beberapa bulan selepas program asasi. Aku kini sempurna bergelar pelajar ijazah sarjana muda course Applied Language (English for Professional Communication) di Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam. Walaupun tak dapat sambung pengajian undang-undang,aku tetap terima takdir yang telah ditetapkan untuk aku (pergghhh, ayat gampang syial). Nak jugak cerita apa yang terjadi sepanjang minggu pertama aku kat sini:

#1
Gerak dari bandar metropolis Jahor Bahru dari pukul 4 pagi. Ini semua sebab nak ikutkan untuk dapat satu bilik ngan geng-geng gamers (rujuk posts sebelum-sebelum ni). Akhirnya aku satu bilik dengan budak-budak jahanam ni. Bulat, Sasha, Sakaki, Hunterz, Bidi, Botak, dan Killer (aku bagi nama diorang dalam clan gamers je). Malam-malam kami sangat dipenuhi dengan sesi latihan peperangan maya.

#2
Kali pertama aku naik kereta api. Sejujurnya aku jakun. Lagi pulak aku ni cuma pernah singgah KL dua kali seumur hidup. Noob kan aku? Biasalah, orang kampung. Singgah Mid Valley, nak cari game Counter Strike: Global Offensive tapi dah habis. Nak buat macam mana, balik tangan kosong jelah. Sekurang-kurangnya ada jugak pengalaman naik KTM.

#3
Sesi taklimat fakulti dan bahagi group. Aku dapat satu kumpulan dengan dua orang classmate aku masa asasi dulu, Polyn dan Dila. Ye, seronok satu kelas dengan mereka ini. Ramai kenalan baru. Yang over-acting, yang stylo, yang retis, yang cun, yang membantu dan juga yang lain-lain. Lepas tu, kenalan baru, Wan ajak tengok tempat kuliah. Aku pun gembira mengikut. Rupa-rupanya nak sampai ke sana memerlukan ketabahan yang mencukupi. Naik bukit curam kot. Aku ada kuliah di menara SAAS dalam kawasan UiTM Shah Alam. Tambah pulak department APB ada kat tingkat 9! Bergetar lutut aku. Biasalah, 'lori' naik bukit.

#4
Di sini, aku paling malas kalau hendak turun makan. Memanglah kat dalam kolej ada kafe, tapi tak kena dek lidah rasanya. Kena jugak menapak ke Dataran Cendekia untuk dapatkan makanan-makanan berkualiti tinggi (kalau dibandingkan dengan kat kafe kolej lah). Bukan aku sorang, budak bilik aku semua pun malas, almaklumlah bilik kat tingkat 4. Malas nak turun naik bukit lagi. Kami semua memutuskan, setiap petang, dua orang dari bilik kami akan tapau makanan kat Dataran Cendekia untuk semua roommate. Satu pasangan bergilir-gilir tiap-tiap hari. Settle problem!

#5
Sesi belajar. Aku dapat jadual yang agak sucks sebab kelas tiap-tiap hari start pukul 8 pagi. Walaubagaimanapun, bagus jugak. Takdelah aku bangun lambat tiap-tiap pagi. Aku nak cerita masa aku ada kelas kat menara SAAS.

ini bangunannya, tambah pula atas bukit.
Aku ingat cabarannya hanya sikit-sikit. Tapi penatnya hanya tuhan yang tahu. Kena pulak nasib malang bila sampai, lif penuh. Jam terus berjalan. Aku terpaksa naik tangga sampai tingkat 9. Sampai atas je, kaki aku dah tak berdaya nak berjalan. Nasib baik air-cond. Tapi, it still shits. Baru minggu pertama, belum lagi lepas-lepas ni.

#6
Aku diwajibkan ambil satu badan beruniform untuk ko-kurikulum dan elektif. Aku ambillah Kesatria Negara sebab ni je yang memerlukan penyertaan selama satu semester. Sem dua dengan tiga boleh tukar kelab lain. Aku memang tak suka kawad. Tambah pulak ada ujian jasmani, round padang kawad 6 kali dalam masa 15 minit! Ada sorang dalam kompeni aku yang eager sangat nak jadik komander. Punyalah jerit-jerit bila menjawab. Tanya soalan pun bajet dia tu pulak askar betul. Nak jadik komander, jadiklah. Tak payahlah nak show-off and being annoying. Tak payah nak kipas komander sangatlah. Yang penting aku memang tak suka berkawad. Paling sadis bila aku diarahkan untuk cukur janggut. Goodbye janggut!

#7
Aku ada crush kat sorang classmate aku. Baik budaknya, sopan santun, berhijab dan lembut tingkah gayanya. Betullah orang kata, kat degree ni lagi melambak. Cuma aku tak berani nak approach kerana dia baik sangat. Aku pun taknak jadik hipokrit berjubah bagai untuk ambil hati gadis muslimah ni. Just being myself. That's a true man will do!










mood: Aku target untuk dapat DL sem ni. Baru boleh bawak kereta sem depan.

20120905

Kata-kata seorang Singapura

2 Syawal, dari kampung di Parit Sulong, aku dan famili terus ke Melaka. Abah kata nak melawat kawan baik dia masa kecik-kecik dulu. Aku pun ikut la sekali, mana tau dah tua bangka pun boleh kumpul duit poket raya-raya ni. Kawan baik abah, aku panggil Cik Isa je. Dia suruh terus je melawat rumah bondanya di Kesang(mungkin).

Sampai saja di sana, kami disambut mesra. Bukan Cik Isa je ada, adik ipar dia pun ada sekali di sana. Macam biasa adat orang beraya, abah sibuk berbual dengan Cik Isa. Aku dengan adik-adik aku pun macam biasa jugak awkwardnya pabila di rumah orang. Seusai sahaja adik ipar Cik Isa menghidangkan air, dia duduk di depan aku. Oh, dia ni lelaki tau. Orang Singapura.

Dia tanya berapa umur aku. Alhamdulillah aku ni dilahirkan bermulut kecoh, aku pun menjawab soalan dia dengan senang. Bagus jugak, hilang sikit-sikit ke'awkward'an aku. Kami mula galak berbual. Dari bercerita tentang apa yang aku belajar hinggalah ke isu-isu nasional.

Dia mula bercerita pada aku tentang betapa rakyat Singapura sebenarnya tidak gemar dengan sistem Military Enlistment yang diwajibkan kepada remaja-remaja seawal 18 tahun. Pada mereka, program itu sebenarnya mengendurkan kreativiti anak-anak muda di sana. Mereka percaya, pada umur semuda inilah belia-belia mampu generate idea-idea bernas dalam membangunkan negara. Tapi sayang, minda mereka dibasuh selama dua hingga tiga tahun. Aku tanya, "Tak pernah ke ada rally or demonstration untuk protes benda ni?". Dia geleng kepala.

Dia kata, politik Singapura lembik dan tidak sehebat politik Malaysia. Pembangkang di Singapura tak ade banyak poin untuk hentam kerajaan. Dai bercerita tentang Singapura, dia mula bercerita tentang politik Malaysia. "I'm always take a look at Malaysia Today. Malaysians politics had always been my favourite." Aku tersenyum. Ini jugak kegemaran aku. Dia mula komen tentang media di Malaysia yang sememangnya sentiasa di bawah telunjuk kerajaan. Dia kata, kerajaan mana memerintah pun, diorang takkan kasik chance for media to reveal their weakness. Apa yang keluar di media, itulah apa yang kerajaan mahu rakyat tahu. Kuasa media itu sangat besar. Itulah sebab kita kena adil, baca kedua-dua belah pihak dan nilai. That's why Astro Awani tak tunjuk full cerita kereta polis terbalik kat Bersih 3.0 tapi BBC tunjuk. Nak harap TV3, hurmmmm lagilah. Kuat kipas punggung kerajaan je. Aku mengangguk sambil bercerita tentang apa yang terlintas dalam minda. Kami berbual tentang Bersih 3.0, Najib dan Anuar, sistem demokrasi dan bermacam lagi. Aku tanya pendapatnya tentang peralihan tampuk pemerintahan. Adakah itu boleh menyebabkan pergolakan. Dia menggeleng. Dia kata, Amerika Syarikat itu tidak pernah berkekalan lama parti pemerintahnya, kekal juga sebagai kuasa besar dunia. Pucuk pangkalnya, kalau tidak diberi peluang, bagaimana mereka hendak tunjukkan kelebihan mereka? Kita test dulu, baru tahu boleh ke tak. Agak-agak tak suka, 5 tahun lagi tukar jelah.

Selepas dua jam setengah kami berbual, abah kata kami dah nak balik. Nak singgah rumah sedara kat Seremban. Besok sudah nak singgah Cameron Highlands. Aku rasa berat nak tutup perbualan tu. Bukan selalu dapat berbual sebegini. Last aku berbual tentang isu-isu ni hanyalah ketika di UiTM Kuantan dulu. Cerita dengan mak aku pulak, biasnye kat kerajaan menyakitkan hati. Aku salam tangan dia, memandangkan dia dah ada 5 anak dan umurnya jauh lebih tua dari aku. Aku masuk kereta dan kira duit raya.

Aku takkan lupakan orang Singapura ini.









mood: Bukan semua orang Singapura macam Nur Feetri.

20120831

Tentang Janji yang Ditepati.

Kalau bercerita tentang sambutan hari kemerdekaan, memang dari dulu  lagi aku sangat semangat. buktinya dulu, aku pernah dipanggil untuk mendeklamasikan sajak kat dataran tempat aku masa  aku darjah empat dengan lima. Biasalah, champion sajak kan (riak la pulak). Dua tahun berturut-turut wooo.

Hang nampak tak muka aku bersungguh?


Ha ni member geng puisidra masa tuh. fuhhhhh..

Memang semangat kan? Tapi bukan tu yang aku nak tekankan dalam post ni. Aku nak cakap pasal sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke 55 tahun 2012 ni. Wah, ramai betul yang aku tengok berjiwa patriotik masa merdeka kali ni. Semua pakat nak ikut ajakan Najib Razak untuk trending #Merdeka55 kat Twitterjaya.

Dalam kita berjiwa patriotik dengan ini semua, mood aku agak lari dalam keseronokan menyambut hari bersejarah ni. Kerana apa? Kerana tema (slogan kot) tahun ni yang agak nokhorom bunyinya. Ada ke patut tema tahun ni 'Janji Ditepati'? Wadefak meng? Apa kejadahnya tema macam tu  pulak. Bukannya aku nak bash kerajaan, tapi tak sepatutnya tema macam tu dibuat untuk satu hari yang dinamakan Hari Kemerdekaan Malaysia! Mentang-mentanglah pilihanraya dah nak dekat, punyalah mereka ini nak buat janji ditepati bagai. Sekali lagi, wadefak meng?

Kenapa sampai hari macam ni perlu dipolitikkan? Adakah kerana mereka tiada modal lagi ataupun dah memang kemaruk nak menang? Dah lama je aku perhati benda ni. Kat Twitter pun dah beribu (berjuta kot)  yang bash sama tema ni tapi Pok Jib buat bodoh je. Dengan ada Artikel 114A lagi, memang bertambah la nokhoromnye. Dalam ucapan PM kita yang tersayang, seboleh-boleh dia nak pertahankan maksud tema tu. Aku rasa pun sebahagian besar rakyat Malaysia memang tak suka dengan tema tahun ni. Kecuali tukang-tukang yang suka kipas kerajaan ni. Media lagilah tak payah cerita, memang kipas punggung baik punye. Tiap-tiap hari bukan main nak puji kerajaan. 


Hahaha, lepas ni kalau orang yang tak kenal aku memang cakap yang aku ni budak pembangkang. Tapi hang silaplah weyh kalau cakap aku macam tu sebab kat UiTM Kuantan dulu ada orang panggil aku MB UMNO sebab aku macam sokong kerajaan. Tapi sebenarnya, sebagai mahasiswa yang reti berfikir secara rasional dan mempunyai tahap intelektual yang tinggi, kita perlu membezakan mana satu yang benar tanpa berfikiran bias.



Ada ke dia kata tema tu berunsur islamik dan universal. nokhorom..(petikan The Star)

Jadi, sebagai pengajarannya, tema tahun ni macam CB. Tenkiu.








mood:aku rimas betul lah kalau adik adik sedara penuh sangat kat rumah aku.

20120830

Memori takkan hilang: Aidilfitri 2012

Dua tahun sudah aku tinggalkan MRSM Pontian. Lima tahun di sana, pelbagai memori ada. Yang birah, yang bangsat, yang sakit dan tak kurang juga yang enak. Dalam dua tahun ni, aku sibuk dalam mencari jalan yang sebetul-betulnya jalan untuk aku lakar dalam hidup ni. Yelah, kawan-kawan semua dah ramai yang berjaya tapi aku, alhamdulillah jugak lah, dapat jugak sampai ke degree. Dua tahun jugak lah, aku hilang hubungan dengan lebih separuh daripada kawan-kawan semaktab dulu.

Raya kelima Aidilfitri 2012, kami berkumpul semula mengutip cebisan jalinan yanng ada. Hasil usaha beberapa rakan, akhirnya dapat juga mengumpulkan sebahagian daripada rakan-rakan semaktab yang tinggal di Johor Bahru. Dapat jugalah 6 kereta hari tu. Ada yang berkesempatan datang dari Pontian dan Gelang Patah. Hanya Allah je yang tau betapa gembiranya aku hari tu. Bukan selalu dapat jumpa budak-budak ni. Yelah, dulu beraya jauh-jauh naik bas je. Sekarang semua dah bermobil sendiri.

First, kami berkumpul di rumah Pop. Dalam pukul 11 pagi, semua sampai. Gamat jugak rumah Pop jadinya sebab diva-diva ratu gelak semua ada sekali. Enjoy, memang enjoy. Then, kami teruskan ke rumah-rumah yang ada dalam list termasuklah rumah aku. Kami jugak berjaya pecah rekod haritu, tapi rekod persendirian jelah. 12 rumah telah berjaya di ziarah pada hari yang sama! Perut kitorang mentak dengan macam-macam juadah kat rumah yang diziarahi. Memang tak keluar duit langsung untuk makan. Duit raya pun...faham-faham jelah.

Penat memang penat. Itu memang tidak dinafikan. Tapi itu semua tidak terasa kerana kemanisan memorinya. Walaupun baru dua tahun tak jumpa, tapi kalau dah jumpa balik memang seronok. Aku harap benda ni boleh dibuat setiap tahun cuma lepas ni mungkin dah tak syok sangat sebab bestie aku dah nak sambung belajar kat  Mesir 6 tahun bulan depan. So, memang sunyi lah aku.

Aidilfitri kali ni memang terasa.

Oh, aku tangkap gambar. (ini rumah Naqi)






mood: beraya 12 rumah, kau fikirlah duit raya dapat berapa..masyuk wooooo!

20120821

Kanak-kanak dan duit raya.

Bila hari raya aidilfitri datang, perkara pertama yang terfikir adalah duit raya. Aku pun tak tahu dari bila mulanya budaya bagi duit raya ni di kalangan orang melayu tapi yang pasti budaya ni datangnya dari kaum cina. Sebagai seorang yang pernah melalui fasa kanak-kanak, aku memang arif sungguh tentang budaya ni.

Pada orang melayu di tanah Malaya ni, duit raya adalah satu kemestian. kalau takde duit raya, memang tak senang duduk lah. Jadi di sini sebenarnya, ingin aku terangkan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'pemberian duit raya di hari raya'.

Pada aku, konsep duit raya ni sebenarnya adalah satu sedekah kepada golongan anak-anak atau yang sewaktu dengannya. Orang melayu ni memang suka bersedekah bila hari raya ni. Tapi, yang menjadi satu permasalahan di kalangan kanak-kanak melayu kita adalah mereka menganggap pemberian duit raya itu adalah perlu di bulan Syawal.

Hari raya sebenarnya adalah hari untuk kita meziarahi sanak-saudara, kawan-kawan dan juga jiran-jiran. Jadi ketika berziarah itulah duit raya akan diberi kepada anak-anak mereka. Kanak-kanak sekarang pula menganggap hari raya itu adalah hari mereka mengumpul duit. Bukannya niat nak berziarah, tapi yang diorang tahu cuma, " Semekom, pakcik..nak raya!"... kalau anak jiran-jiran aku tak kisah, ni semua budak-budak yang aku tak pernah nampak dalam kawasan kejiranan aku. Wadefak man? Bila orang jemput masuk bagi makan kuih tapi tak bagi duit raya, diorang kutuk-kutuk kita. Kata nak beraya, abeh tu aku bagi la beraya. Ada yang lagi tak tahu malu beraya time saudara-mara tuan rumah tengah penuh kat rumah tu. Come on la, mak bapak tu miskin sangat ke sampai nak kena beraya jauh-jauh semata-mata nakkan duit? Bukan aku ni kedekut ke apa, cuma perlu bersuara kerana budaya semakin lama semakin merendahkan taraf kaum melayu. Jangan salah anggap dengan duit raya yang diberi kepada anak-anak yang berziarah dengan mak bapak. Itu lain. Yang ni aku cakap pasal budak-budak yang main hembus beraya kat rumah orang yang tak dikenali.

Aku bercakap ni sebab seumur hidup aku tak pernah la aku diajar oleh mak bapak aku untuk meminta-minta di rumah orang. Adik aku yang pernah buat camtu pun pernah kena sebat dengan bapak aku sebab beraya macam budak-budak ni. Bukan apa, perbuatan macam ni sebenarnya macam memalukan keluarga. Tuan rumah memang bagi, tapi kita tak pernah tahu apa yang disebut dalam hati diorang. Kalau beraya rumah member sendiri tu lain lah.. Dah tentu-tentu kawan kita.

Jadi, apa yang nak aku ketengahkan kat sini adalah, kalau boleh lenyapkanlah budaya ni. Aku teringat kata-kata Ustaz Asrul masa belajar kat MRSM dulu,

"Janganlah kita menjadi umat Islam yang meminta-minta kerana tangan yang menerima di bawah itu sebenarnya adalah tangan orang Islam kelas kedua."

Kerana itulah, Rasulullah S.A.W tidak menerima pemberian sahabat-sahabat baginda jika itu dianggap sedekah sebaliknya menerima jika itu dianggap sebagai hadiah.

Aku tak tahulah kalau mak bapak diorang suruh beraya rumah orang untuk kumpul duit beli baju ngan buku sekolah. HAHAHAHA!


Lebih baik bagi duit raya pada anak-anak yatim kerana mereka lebih memerlukan.



Oh ya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin!



mood: sedang menikmati keindahan flora di Cameron Highlands.

20120817

Otak yang tersumbat.

Aku dah start cuti dari bulan April lepas. Habis asasi, mak aku dah cop aku untuk jaga adik-adik. Aku dah nampak jugaklah bayang-bayang aku pakai baju macam orang gaji zaman Inggeris jajah Malaya dulu. Jadik dari hari tu, sampailah kala ini, aku masih menjadi babysitter berjaya. Biasalah, aku kan abang mithali.

Yang jadik masalahnya sebenarnya ni, semenjak aku duduk rumah beberapa bulan ni, kepala hotak aku macam sudah tepu nak update blog aku yang tersayang ni. Tiap-tiap minggu aku rasa macam kekurangan bila tak update blog tapi apakan daya, aku gali punya gali pun tak jumpa apa-apa. Aku rasakan, bila aku duduk rumah otak aku jadik tak berkembang. Antena-antena aku semua dah terganggu, macam Astro masa tengah hujan. Banyak dah isu yang aku terfikir, tapi susah aku nak terus tulis kat blog sebab internet rumah aku ni limited. Bila nak tulis je, terus lupa. Otak aku gelap-gelita. Sangat.

Sekarang dah bulan Ramadan, dua hari lagi dah tibanya Syawal. Tapi mood raya langsung tak ada. saya ulangi, TAK ADA. Mood aku lebih tertumpu kepada hari nak start degree kat UiTM Shah Alam. Tapi itu aku cerita lain kali lah. Baju raya pun aku mintak 2 helai je.

Aku tak sabar nak masuk kampus balik sebab:
1. Senang lah aku nak hapdet blog dengan idea yang lebih terbuka.
2. Game online akan mewarnai malam-malam aku.
3. My friends!!
4. Suasana baru.
5. Online sepanjang masa pun tak ada orang nak marah..hahahahaah!!!

Jadi apa yang saya nak katakan sekarang adalah, aku perlukan adrenalin untuk pacu balik idea-idea yang bernas. Sesungguhnya aku sangat rindukan dunia blogging.

My mind in an exploding state.



20120718

Balingan terampuh

Aben ada sebiji bola. Bola itu bapak dia yang beli. Bola itu cantik. Merah berseri warnanya. Setiap hari Aben main dengan bola itu. Dia paling suka kalau main baling-baling bola tu ke arah langit dan menangkapnya kembali.

Satu hari, sedang dia main-main dengan bola tu, abang dia Jaki datang menghampirinya. Jaki tanya, apakah dia tidak bosan asyik main benda yang sama je. Kan bola tu boleh dibuat sepak, tampar dan macam-macam lagi. Bukan hanya terhad untuk baling ke atas sahaja.
"Kau tak bosan ke asyik main lambung-lambung ke atas je? Kau baling macam mana pun, bola tu jatuh ke bawah jugak, ke tanah jugak perginya."
Aben terfikir kata-kata abangnya. Sejak hari itu, dia masih lagi main baling-baling bola tu ke langit, tapi niatnya bukan lagi hendak bermain seperti dulu. Dia bercita-cita untuk baling bola tu tinggi-tinggi ke langit. Biarlah setinggi manapun. Hari ke hari, bola itu semakin tinggi dibalingnya namun dia tetap tak berpuas hati kerana macam mana tinggi pun, bola tu tetap jatuh ke tanah.

Cuba dan cuba, dah lebih 15 tahun dia tak putus asa mencuba, akhirnya sabar Aben sudah mencapai limitasi. Aben bertekad nak minta tolong dengan Wak Tarbus, pawang tersohor di negerinya. Dia pun menapak berpurnama lamanya ke rumah Wak Tarbus. Usai sahaja tiba, terus dia menyatakan hasratnya untuk meminta kuasa supaya dapat baling bola itu sehingga tidak turun hendaknya bola itu. Wak Tarbus tak kata banyak, dia menyalurkan satu tenaga asing ke dalam badan Aben. Aben terasa tangannya itu cukup bertenaga. Dia umpama Badang yang baru dapat kuasa bezanya Badang itu bodoh pergi makan muntah jin. Beberapa keping emas diberikan kepada Wak Tarbus. Makin kayalah member baik syaitan itu.

Kali ini Aben yakin dia akan berjaya dalam misinya itu. Bola sudah berada di tangan. Sepantas kilat tangannya itu menghayun bola itu ke arah langit. Fuhh! Jauh bola itu perginya dan mula seiras dengan kerlipan bintang di malam hari. Aben menjangkakan bola itu mesti ke hujung langit punya sampai dia meninggal baru bola itu jatuh ke tanah.

Memang ye, bola itu tak jatuh ke tanah, tapi dah hancur jadi debu lepas cuba melintas atmosfera bumi dalam halaju yang ultra maksima tinggi, dijangkakan lebih laju dari kelajuan kapal angkasa Apollo pabila turun ke bumi.

***


"Jangan dipaksa perkara yang kita tak mampu buat,
setiap benda ada limitasinya sendiri"

-Cangkul Emas, 2012






mood:kecewa dengan result penerapan la beb.

20120707

Bukusipedia: Sunan Musafir

Siri keenam dan terakhir trilogi Laksamana Sunan.

Pada mulanya, aku tak tahu langsung yang Trilogi Laksamana Sunan ni dah sampai bahagian terakhirnya. Sebelum ini aku dah habiskan Sutera Bidadari, siri kelima dari trilogi ini tapi tak dengar pula yang Ramlee Awang Murshid akan tulis Sunan Musafir sebagai penamat. Aku tahu pun sebab terserempak masa singgah kedai buku kat Pusat Bandar Pasir Gudang. Nasib baik poket aku tak kering sangat, terus aku beli. Mana boleh tahan tengok depan mata. Macam perempuan tengok beg Gucci lah lebih kurang.

Macam biasa, Ramlee Awang Murshid dah bagi petunjuk-petunjuk jalan cerita novel ini di dalam bab terakhir Sutera Bidadari. Peristiwa di mana Saifudin mendengar bisikan arwah (dipercayai) isterinya, Ratna Sang Ratu Sulaman dan ini telah dijadikan sebagai pengembaraan terakhir Sunan yang perlu untuknya merentas lautan dan benua.

Pada aku, teknik penceritaan yang ditonjolkan oleh Ramlee Awang Murshid pada kali ini lebih seronok dibaca kerana pembaca pasti akan tertanya-tanya akan apa yang berlaku seterusnya. Kalau korang baca ending terus, memang tak akan faham lah. Ia memerlukan anda untuk tidak melepaskan satu pun muka surat di dalam novel ini. Kisah bermula dengan Saifudin yang menggunakan nama gelaran baru, Kiai Kelana dan menetap di pinggir Kampung Punggor bersama anaknya, Anduka. Hidup hanya sebagai seorang imam musolah dan mengabdikan diri kepada tuhan sehinggakan anaknya menganggap Saifudin ini hanya tahu mengaji. Krisis berlaku di antara Saifudin dan pembesar atau barua Portugis di Kampung Punggor, Panglima Deris yang memberi masa selama tiga hari untuk Saifudin menyediakan diri untuk bertempur dengan Harimau Berantai bagi menebus Anduka yang ditahan mereka. Dalam masa tiga hari itulah, Saifudin meluangkan masa bercerita kepada Anduka tentang pengembaraan Panglima Sunan dalam misi menyelamatkan Ratna, isterinya. Anduka tidak pernah tahu bahawa Saifudin itulah Panglima Sunan lantas risau bapanya akan mati ditangan Harimau Berantai. Tidak dilupakan juga, novel ini menampilkan sekali lagi kemunculan watak Haryani dan Dani di abad ke-21 yang kisahnya sudah tamat di siri ketiga trilogi ini, Hijab Sang Pencinta.

Bagi pembaca yang baru belajar untuk membaca trilogi ini, ketahuilah bahawa ini bukanlah trilogi cinta jiwang sangat. Trilogi ini merangkumi hal cinta, ketuhanan(paling penting), mitos, sejarah dan pertarungan epik. Saya sarankan anda baca siri ini dari novel pertamanya, Bagaikan Puteri. Insyaallah anda akan faham jalan cerita epik ini. Saya merasakan novel ini mempunyai reputasi untuk dijadikan sebagai filem seperti mana novel Harry Porter. Pasti akan menjadi sebuah karya yang epik.

Secara jujurnya, saya agak tidak puas hati dengan ending novel ini yang tidak berapa kuat. Pengertian 'Sunan Musafir' yang dinyatakan itu tidak ditonjolkan dengan lengkap. Pembaca mungkin faham akan maksud 'Sunan Musafir' tetapi tidak nampak di mana perlaksanaan untuk mencapai ke tahap itu. Tetapi saya masih berpuas hati dengan elemen-elemen triller yang ditonjolkan oleh Ramlee Awang Murshid.







mood: Ramlee Awang Murshid is my favourite tau!

20120706

Sayup dari bawah

Mata kabur pada kebenaran yang hak,
Terkabur oleh beribu ilusi yang kau pasak.
Ibarat terkurung dalam satu dimensi,
dimensi yang kau sendiri cipta konsep dan isinya.
Membabi buta memekik taat setia,
walhal kebenaran dihijab dengan dusta semata.
Satu suara cuba meningkah,
satu kuasa pula menyergah.
Akhirnya yang di bawah menyembunyikan diri,
yang di atas semakin tinggi.

-Cangkul Emas, 2012










mood: dalam benak bertanya, sampai bila penindasan akan terus berlaku?

20120704

Alam sebelah sana

Aku nampak satu pintu. Pintu ke alam sebelah sana. Alam yang lebih banyak labah-labah pembunuh berbanding alam sebelah sini. Hanya perlu pulas tombol, buka pintu, dan melangkahkan diri. Lompat pun boleh. Niat hati memang nak lari laju-laju macam Roadrunner dan masuk ke dalam pintu itu dengan gaya yang penuh dramatik. Terdetik beberapa peringatan buat aku.

Aku kena ingat yang orang di alam sebelah sana tidak menerima sekonyong-konyongnya adat dari alam sebelah sini. Tidak sama sekali. Mereka memandang adat orang sebelah sini sebagai tidak logik dan idea orang di alam sebelah sini selalu ditolak ke tepi. Ramai juga orang sebelah sini yang berhirah ke sana berkata akan rapatkan jurang ini namun sampainya mereka di alam sebelah sana, janji itu bertukar jadi tahi busuk haram jadah yang terperap di loji kumbahan.

Aku bertekad nak ubah persepsi ini pabila sampai di alam sebelah sana kelak. Aku sudah bersedia. Kegarisan, sedia, mula!
Pintu itu aku buka seluas-luasnya.

Ah, cahaya putih yang terang-benderangnya tahap moksya memaksa aku menutup mata. Bunyi berdesing mengganggu telinga dan otak aku. Terasa bergegar otak. Walau mata ditutup, tetap nampak jua sasi baki cahaya itu, menembusi kelopak mata, sedikit merah.

Aku buka mata sikit-sikit. Masih ngilu rasa mata macam dicucuk-cucuk. Tapi aku paksa juga bukak. Tidak sabar rasanya hendak lihat alam yang baru pertama kali aku masuk ni. Wah, mulut aku terlopong macam Scream. Alam ini sungguh indah, penuh dengan hiburan dan kebebasan. Ah, aku tidak akan dibelenggu lagi seperti di alam sebelum ini. Janji aku untuk orang alam sebelah sana? Pergi mampus dengan mereka, aku sudah masuk alam baru.

"Kita mudah lupa pabila melalui fasa hidup yang baru 
dan mengejut budayanya"
-Cangkul Emas, 2012


mood: nak try tulis cerita surreal sambil tonton masterpiece Jan Svankmajer.

20120630

Di persimpangan kehidupan

Zaman berlalu, dunia sudah semakin ditenggelami dengan bermacam-macam kemodenan. Siapa yang pakai henfon torchlight, kau miskin dan kolot (jangan risau, aku pakai jugak henfon ni). Biasalah, sekarang kan zaman Blackberry, I Phone dan Aindroid bagai. Tapi sebenarnya, itu semua rezeki masing-masing kan...tak payahlah yang pakai benda murah-murah tu nak ikut-ikut jugak walaupun tak ada duit. The main point is, bukan ini yang aku nak cakapkan pada entri kali ni, tapi aku nak bercerita tentang satu puak yang percaya diri mereka itu punyai kehidupan ataupun bahasa penjajahnya, ada LIFE.

Mereka ini terdiri dari golongan anak-anak muda yang gemar berhibur. Pada mereka, siapa yang menolak ajakan mereka untuk ke tempat-tempat mereka berhibur akan dianggap tiada life. Mereka ini 'beribadat' di disko, stage deejay, dan meja beer. Aku bukannya manusia yang baik sangat tapi sejahat-jahat aku, aku tak pernah menjamah setitik pun arak. Kalau barbican tu yelah. Puak mereka-mereka ini juga tak suka kalau ditegur oleh manusia-manusia lain berkenaan fi'il mereka. Mereka akan membalas, selalunya di fesbuk dengan ayat begini, :

This is my life. Mind your own business lah! Dah la takde life!

Akhirnya rakan-rakan mereka pun dah malas nak tegur. Tegur dari dalam hati sahajalah, selemah-lemah cara dalam islam. 

Wanita-wanita yang jaga auratnya dipanggil kolot dan ketinggalan zaman. Come on lah weyy, siapa yang kolot? Yang pakai tutup bagai ke atau yang pakai sekerat macam Planet Of The Apes? Ha, lu pikirlah sendiri. Aku selalu ingat pada perumpamaan tentang aurat ni dengan lollipop. Dua lollipop jatuh ke tanah, satu berbungkus dan satu lagi tidak bertutup. Kalau anda disuruh memilih, mana satu yang anda nak pilih? yang berbungkus atau tidak berbungkus? Mestilah yang berbungkus. Begitulah juga dengan wanita, siapa yang nak pilih wanita ynag tayang sana sini. Pilih pun buat penyedap je lah. Macam kalau lollipop tak berbungkus jatuh ke tanah, prinsip 3 Seconds Rule akan diaplikasikan. Silap-silap sekadar untuk disentuh, bukan dimakan. 


Aku lebih rela digelar orang yang tiada LIFE dari menjadi orang yang ada LIFE seperti ini. Kubur memang lain-lain tapi aku boleh dapat dosa kalau tak menegur golongan kamu ini. 

"Biar tiada LIFE, jangan hilang akidah"
-Cangkul Emas

Percayalah, ini tidak menjamin LIFE yang sempurna di akhirat kelak.





mood:tak pernah-pernah terfikir nak buat gaya-gaya islamik ni. hahaha!

20120616

Erti sebenar sahabat

Hari tu aku berlenggeng sambil panaskan lauk yang mak masak pagi tadi. Al-maklumlah karier aku sebagai babysitter adik-adik aku sementara tunggu panggilan degree ni memang memerlukan aku untuk buat segala kerja yang seorang suri rumah buat.

Tiba-tiba henfon aku berdering polifonik (al-maklumlah henfon murah) dan aku segera angkat. Oh, Fathin call. Aku pelik sebab dah lama kitorang tak jumpa. Last jumpa masa bila entah yang penting dah lama.

Fathin: Mel, rumah kau kat kawasan Taman XXX kan? Kau tau tak Jalan YYY 5?
Aku   : Tau, dekat je ngan umah aku. 
Fathin: Umah kau kat mana?
Aku   : Umah aku kat Jalan YYY 19.
Fathin: Oh..

Dia letak telefon lepas ucap terima kasih. Aku sambung jemur baju yang dibasuh oleh mesin basuh automatik. Penat juga memandangkan hari itu sangat panas. Aku pun masuk berehat di dalam.

Sedang seronok layan Invincible Youth 2 (rancangan realiti Korea), tiba-tiba aku dengar ucapan salam dari dua orang perempuan. Aku jenguk ke pintu (dalam masa yang sama tidak berbaju tadi tapi berseluar).

Oh jahanam. Dua orang kawan baik aku datang. Cepat-cepat aku ambik baju dan sarungkan ke badan. Malulah kalau nampak badan aku serupa Malek Noor. Ah, apahal pulak diorang datang masa-masa camni. Oh lupa, mereka adalah Tasha dan Fey. Diorang kata nak buat surprise untuk birthday aku hari ni. Dafuq. Taknak terharu pulak aku kan!

Diorang kata nak carik rumah aku je dah satu jam setengah dan diorang gunakan Fathin untuk tanya mana rumah aku. Sanggup betul semata-mata nak sambut birthday aku je. Lepas adik yang second balik, aku suruh dia jaga rumah gantikan aku. Aku , Fey, Tasha pergi rumah sorang lagi bestie forever aku, Pop. Fey bawak Saga baru bapak dia belikan so senanglah nak gerak mana-mana. Kereta aku pulak bapak aku bawak pergi kerja. Kitorang pun pergi McDonalds dan tapau lima dishes. Diorang belanja aku, aku ikut je.

Then, kitorang makan kat Bukit Layang-Layang Pasir Gudang. Kawan aku lagi sorang, Pika dah lama tunggu kat sana. Kitorang berlima pun berkelahlah petang tu depan tasek kat Bukit Layang-Layang ni.

dari kiri: aku (terbang), pop, fey, pika.  tasha amek gambar.
ye, ini 1/13 dari bukit layang-layang.

Apa yang aku nak cakap kat sini adalah, perkataan SAHABAT itu sangat subjektif maksudnya. Kita takkan pernah tahu apa sebenarnya erti sahabat. Melihat pada usaha mereka untuk menyambut birthday aku betul-betul buat aku terharu. Takkan lah aku nak menangis berjujuran airmata depan diorang. Jatuh lah standard aku sebagai lelaki sejati! Tapi aku sangat beruntung mempunyai sahabat sejati yang sebegini rupa. Bukan sekadar berkawan ketika senang dan tinggalkan kita ketika susah. Ini kawan yang sentiasa ada di kala senang dan di kala susah.

Sebenarnya aku nak post benda ni dah lama cuma tak berkesempatan je. Busy sangat dalam sebulan ni. Lastly, aku nak korang semua tahu yang aku sayang mereka di bawah ini!

Kami Pakatan 5! (pop, tasha, gua, fey, tet)


mood: nak pastikan blog ni tak berhabuk lagi macam mana ha?

20120429

Perihal pisang.

Bila disebut tentang pisang, hanya ada satu peribahasa yang ada nama buah ni. "Jangan sampai pisang berbuah dua kali". Itulah satu peribahasa yang sering digunakan oleh orang melayu kita untuk menasihati orang melayu (yang faham peribahasa ini) yang lain supaya menyerikkan diri dari melakukan sesuatu perkara yang pada suatu ketika dahulu pernah membawa mudarat pada mereka.

Gua search kat Google. "Kenapa pisang tidak berbuah dua kali". Pisang memang tidak berbuah dua kali. Tapi gua pelik bila ada oraang sebut "Jangan sampai pisang berbuah dua kali". Pastu baru gua tahu yang gua dah silap belajar peribahasa Melayu (susah betul jadik orang Melayu nih). Orang sebut "takkan pisang berbuah dua kali" yang bermaksud takkan melakukan kesilapan yang sama kerana serik.

Kenapa gua timbulkan tentang peribahasa ni? Takkan pisang berbuah dua kali? Bukan semua orang yang amalkan konsep sepertimana peribahasa ini katakan. Dan gua tak percaya bila 'pisang' ni boleh pulak berbuah dua kali. Ceritanya begini, kawan gua ni dulu pernah bercinta dengan si polan (gua tak pernah kenal ngan dia ni). Diorang ni memang bahagia sangatlah sampai dunia ni dah macam takde orang lain di sekeliling. Tapi biasalah bila hidup berpasangan ni dah bahagia sangat, maka kehidupan 'post-married' akan diimplementasikan. Dia bagi 'tu', yang satu lagi bagi 'ni'. Dialog biasa dalam drama: "I janji nanti kita kahwin ye..". Bahagia betul masa tu sampai kat fesbuk buat status married dengan si polan. Gua pun malas nak masuk campur sebab bukan hidup gua.

Nak dijadikan cerita hindustan, yang dia ni pun terlajak takde brek dah. Memang dah konpem 'accident' dah pun. Si polan tiba-tiba nak putus (nampak tak unsur drama di sini?). Yang kawan gua ni pun mulalah meracau-racau. Tiap-tiap hari kalau boleh status fesbuk semua nak maki-hamun, sedih, dan frust. Mana taknya, sebabkan si polan ni, dia sanggup berhenti belajar kat universiti. Fuhh, hebatnya kuasa cinta..

So, gua pun datang to the rescue. Bila gua tahu perkara sebenar, gua pun kesianlah dengan dia ni. Dah kata kawan, gua nasihat dia dan dia kata dia takkan buat macam tu lagi. Kan 'pisang' tak boleh berbuah dua kali kan? Sebenarnya pun, si polan tu dah pernah kapel dengan dia sebelum ni. Dah habis duit dia dilebur, maka si polan ni larilah. Cuma bezanya masa tu tak pernah 'accident' kot. (Nampak macam 'pisang' dah berbuah dua kali kan?)

Dia pun berikrar untuk mulakan hidup baru. Jauh dari tempat tinggalnya dan mula bekerja untuk bayar balik semua hutang-hutang si polan tu (yang ni cerita lain, malas nak cerita kat sini). Gua pun tak tahu kenapa mesti dia yang bayar semua hutang-hutang tu. Dia pun berjumpa dengan lelaki yang baru. Lelaki ni selalu ambil dan hantar dia balik kerja, bawa dia bersiar-siar, hitchhiking bersama-sama. Sampai satu masa, dia pun terima lamaran untuk berkapel bersama lelaki ini. Kali ini gua dapat rasakan lelaki itu merupakan seorang yang bertanggungjawab. Gua dan lelaki itu kadang-kala ada berbual melalui fesbuk dan gua dapat rasakan dia dah berjumpa dengan lelaki yang baik.

Tiba-tiba, seminggu atau dua minggu kemudian, gua tengok si kawan gua ni upload gambar dia dan seorang lelaki bermesraan di shopping mall. Dan yang lebih terkesima, lelaki itu adalah si polan yang kecewakan dia dahulu! Gua pun macam terkedu. Malam tu, lelaki yang kapel dengan dia sebelum ni pun IM aku. Dia ceritakan perihal dia dikecewakan oleh kawan aku ni dan si polan tak habis-habis mesej dia yang rata-ratanya berbunyi:

"Sorry bro, aku cuma nak hak aku balik."

Gua macam tak boleh terima benda ni. Bila gua update status perli kawan gua ni kat fesbuk, dia lawan balik dengan,

 "Hidup aku bukan urusan kau untuk masuk campur. Aku lah pelakon dalam hidup aku, kau penonton tak layakkan nak tentukan apa yang betul untuk aku. Sekarang baru aku tau sifat sebenar kau!"

Gua pun dah rasa suka hati kau lah kawan nak buat apa pun. Gua cuma nasihat apa yang terbaik untuk kau. Lepas ni, kau nak buat apa pun lantak kaulah. Kau bunting ke, kena tipu ke, kena 'dumped' ke, aku dah taknak masuk campur. Dulu mungkin kau masih belum mentah  dengan selok-belok dunia. I have no words for you fella. 
Kau kan ada hidup sendiri..Hahahahaah!


Nampaknya 'pisang' memang sudah berbuah dua kali.






mood:apasal aku dah malas sangat nak update blog nih!

20120414

Satu lagi bab hidup yang berakhir.

Setahun lepas, gua post benda yang menceritakan permulaan satu bab baru dalam hidup aku. Tapi pejam celik pejam celik, setahun dah berlalu macam sesaat. Betullah kata orang tua-tua, masa itu memang benda yang paling laju. Gua pun tak sedar yang dah setahun gua dalam program asasi ni.

Banyak sangat kenangan dalam masa setahun ni. Yang baik, yang buruk dan yang sedang-sedang. Tak payah cakap banyaklah, biar gua senaraikan sikit-sikit kenangan gua dalam setahun ni.

May/Jun 2011: Gua kenal dengan 4 orang yang lain dan mencetuskan satu faction yang kemudiannya digelar 'The Brotherhood'. Ye, ade yang kata kitorang ni amalkan sikap rasis, perkauman, bajet otai dan gila kuasa serta macam-macam lagi tohmahan, tapi itu tak menghalang kitorang untuk terus menjadi salah satu kumpulan 'persahabatan' yang sangat baik. Kumpulan ini dicetuskan oleh gua, Zul, Memey, Tipa, dan Pijol. Kumpulan ini lebih 'berkembang' selepas dijoin oleh Nabil, Zakwan, Apam, Ayam, Che Amier, Wan, Azfar, Haziq, dan lain-lain yang lupa gua hendak sebut namanya. Persahabatan kami lebih akrab selepas kami menempatkan diri dalam satu bilik atau nama kampungnya dorm. (Gampang ape kan budak UiTM kena duduk dorm sementara?)


Pencetus utama The Brotherhood (aku takde dalam ni)
Lepak-lepak malam terakhir di Kuantan semester pertama.

Julai 2011: Gua mula nak berjinak-jinak dengan dunia blogging. Sampailah satu ketika, gua berkenalan dengan satu abam ni yang hot setap kat kampus gua. Kat google, nama dia Si Pengejar Pelangi. Bapak jambu nama tapi bahasa superb nak mamfus. Dia yang didik gua macam mana nak buat post yang akan disukai ramai. Dia tak lain dan tak bukan ialah rakan sekispen gua, abam Johan Radzi. Maka bertukarlah gaya penulisan gua dari macam kanak-kanak kecil menjadi lebih matang. Boleh rujuk post-post pada 2009 dan 2010 untuk tahu betapa bangangnya gua dalam penulisan blog dulu.

Ogos 2011: Gua secara rasminya terpilih jadi Presiden untuk satu kelab kat sini, tapi itu tak payah banyak cerita la. Nak cerita ni, gua pertama kali berani nak overnight kat Teluk Chempedak lepas hisap shisha malam-malam. Mula-mula takut jugak langgar peraturan ni, tapi gua layankan aje. Dapat jugak tengok keindahan pantai di kala matahari mula menunjukkan wajahnya.


ye, itu gua.

September 2011: Aku rasa macam awal sikit tapi bedal jelah. Time ni di kampus aku telah timbul satu krisis dan konfrantasi antara senior dan junior. Ini semua bermula dari kes ketika pertandingan futsal terus berlanjutan sehingga ke fesbuk dan akhirnya membawa kepada call gua malam-malam buta sebab tak puas hati dengan komen gua dalam fesbuk. Esoknya gua diajak bertumbuk di kawasan berdekatan dengan kampus. Geng ramai nak ikut tapi gua minta diorang semua cover dari jauh je. Diorang kata nak datang pukul 9 pagi tapi gua tunggu sampai pukul 11 tak datang-datang. Rupa-rupanya diorang dah tarik member gua kat kampus satu lagi. Berderet junior turun padang, termasuklah abam Johan Radzi tu, datang nak gaduh tapi akhirnya di-settle-kan dengan persidangan meja bulat oleh wakil junior dan senior. Gua, Zul, Johan, KB(Presiden pelajar Junior) dan Pijol mewakili junior memeterai perjanjian perdamaian antara junior dan senior bersaksikan jawatankuasa keselamatan kampus.


Februari 2012:Gua memang berimpian untuk memenangi satu pertandingan nyanyian di peringkat universiti. Masa semester pertama, dengan bermodalkan setong gitar dan lagu ciptaan sendiri tak cukup untuk menjadikan gua pemenang di kampus gua. Tapi semester ni, dengan berbekalkan lagu Biarlah Bulan Bicara by Broery Marantika and Sway by Michael Buble, aku berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori naynyian solo. Alhamdulillah, murah rezeki bak kata orang, berkat pelawaan dari seorang kenalan di kampus, aku juga memenangi tempat ketiga bagi kategori berkumpulan atau duet dengan bermodalkan lagu Terlanjur Cinta dan Ceritera Cinta. Ini adalah kemenangan yang amat membahagiakan. (jiwang syial ayat)


ini piala yang gua dapat
aksi di atas pentas. kah kah kah!

Mac 2012:Untuk seorang pelajar universiti sepenuh masa (lelaki), memang tak syok hidupnya kalau tak main game online. Sebelum ni, untuk menghilangkan stres, Gua dengan member-member semua pakat lawan Counter Strike. Lepas tu tengah-tengah malam jerit tak tentu hala sampai esok pagi. Tapi pada bulan ni, seorang kenalan mengajak gua main game online baru. Gamenya macam CS tapi lebih sedap. Ia digelar, Call Of Duty Multiplayer(COD). Sumpah gua main game ni memang tak ingat dunia. Boleh pulak lawan team Russia (Geng gua, budak Blok B) dengan Amereka (budak Blok A). Semangat setiakawan tu memang lagi kukuh sebab main game ni. Sampai Team Amereka buat Dinner Kedamaian sebelum 'berperang'.

jamuan sumpah seronok.

makanan yang disajikan.

Sebenarnya, banyak lagi cerita yang gua nak ceritakan tapi aku sendiri pun dah penat dah tulis. Yang penting, ini semua adalah tentang 'satu bab yang baru saja berakhir'. Cerita ini takkan dilupakan kerana disebabkan bab hidup inilah, gua sekarang berada di bab hidup yang baru. Till next time UiTM Kuantan, so long and goodbye fella!

"Jangan dibakar helaian kertas yang sudah dibaca ceritanya, 
kelak ada insan lain yang hendak membacanya juga "
-Cangkul Emas 



Oh lupa, ini yang banyak menyumbang kepada kegembiraan gua di sana,
classmate gua yang tersayang.

Kami bersama lecturer kegemaran di Teluk Chempedak!





mood:dah lama nak cerita benda ni tapi asyik busy je. Oh ye, try-trylah layari blog posmenkesyurga.blogspot.com ye!

20120322

Kisah lelaki bujang.

Dah nak masuk sebulan gua tiada pasangan. Ada yang suruh kembali ke kekasih lama, ada yang suruh cari yang baru. Tapi, lepas jadi macam ni, aku dapat rasa aura kebebasan yang sangat hebat. Mengalahkan aura Super Saiyan tahap ketiga.

Nak main COD (Call of Duty) pun takde orang nak kacau. Nak komen mengada-ngada dengan wanita lain pun tak takut. Inikah yang dinamakan 'hidup lebih senang'?
Kah kah kah..

Mungkin sudah tiba masa gua berhiatus dari cari awek ni. Biarlah orang panggil gua Forever Alone pun, gua tak kisah. Janji gua dapat rasa nikmat hidup tiada awek buat sementara.

Post ini tidak dibuat untuk menggalakkan abam-abam yang dah berkapel transform jadik bujang ok. Kalau dengan berkapel korang bahagia, teruskan sahajalah. Dalam kes ni, aku tau abam Si Pengejar Pelangi tu memang tengah bahagia sungguh ngan kekasih hati dia. Tu sebab aku selalu terserampak dengan diorang kat Megamall Kuantan. Kih kih kih..




mood:exam bikin kepala gua berat.

20120317

Gerbang itu makin hilang

Aku pandang awan yang berkepul di langit, indah. Aku terus berjalan tanpa arah. Aku hanya ikut arah suara itu, suara yang mungkin akan bawa aku keluar dari tempat ni. Bagai tidak berpenghujung tempat ini. Masukku tiada pagar, pintu keluar pun tiada.

Suara itu memanggil-manggil lagi, lebih sayup. Aku harus keluar dari tempat ini. Aku tak tahan hidup tiada berteman di tempat gersang ini. Apa yang indah di mata aku hanyalah langit ciptaan Ar-Rahman di atas kepala. Itu sahaja penyedap mata. Kalaulah ada sayap, sudah aku terbang ibarat helang di langit sana. Malangnya, kaki sahajalah yang menjadi pengangkutan utama di sini.


#Gambar capture sendiri.
Terang, sangat terang. Setelah sekian
 lama menapak, aku dapat lihat satu kelibat cahaya dan suara yang memanggil-manggil aku tadi, aku pasti datangnya dari sana.











Aku lari sekuat hati dengan harapan dapat keluar dari tempat ini. Tapi malangnya, semakin aku lari, semakin pintu gerbang itu menjauhkan diri dari aku. Lebih laju lari, lebih lajulah dia menjauhkan diri. Ini lebih buat aku stres daripada duduk sini. Mungkin memang sudah nasib aku untuk terus terperangkap di sini. Kenapalah aku termasuk ke tempat haram jadah ni? Kalau kau taknak aku lalu ikut kau, kenapa kau panggil-panggil aku? Wahai pintu gerbang, seriously fak yu.

***

Jangan pernah berharap pada harapan, kerana harapan itu kadangkala bisa melukakan. Belajar dari kesilapan masa lalu. Dan jangan ulanginya. Kalau masih tak sedar, kelak kau akan terus menyalahkan takdir.







mood:aku sudah belajar dari kesilapan.

20120311

Masuk benang dalam lubang jarum.

Uishh..
Haishh..
Heshh..

Konsentrasi.
Alangkah mudahnya hidup kalau senang gua peroleh benda alah ni. Final exam semakin memanggil-manggil dengan panggilan puakanya. Macam meniti titi yang lebarnya sebatang pokok kelapa. Di bawah terletak satu sungai api. Kenapa perlu konsentrasi ini mudah terliur dengan godaan duniawi? Wadefak.

Perihal Kontrak, Jenayat dan Tort belum habis gua cover. Paling lama konsentrasi bertahan pun nanti beralih juga. Belum kira dengan misi peng'cover'an subjek ekonomi yang sememangnya dibenci oleh student undang-undang sebaya gua dekat sini. Stres tu datang berlari-lari depan gua sambil tunjuk jari tengah.*yang tu gua bayangkan*

Gua kena score exam kali ni bagi memastikan gua dapat lawan Ambiga kat Bar Council satu hari nanti. Boleh Mel boleh!
Nak score, gua kena tetapkan konsentrasi pada tahap maksimum seperti memasukkan benang ke dalam lubang jarum.

#P.S. tolonglah 9gag jangan rampas soul gua lagi hari ini.

Kalau dah masuk tu, syukur alhamdulillah.









mood:study, study, study, study sampai mati.

20120302

Belon di tangan

Mak belikan belon tadi. Belon tu cantik, bulat, licin. Saya main belon tu. Bawa terbang ke sana ke mari. Rasa macam bawa kapal terbang. Saya lari-lari merata-rata tanpa pedulikan apa dewasa lain kata. Yang penting saya ada sebiji belon. Walaupun mak beli belon ni 2 ringgit je, tetap saya anggap macam 2 ribu ringgit. Saya nak jaga belon ni betul-betul. Orang kata kalau terlepas pegang sekali je belon ni, dia akan terbang di langit. Betul ke?

Saya bawa merata-rata lagi, sampailah bertembung dengan kawan saya. Dia ada belon juga. Tapi dia main lagi ganas. Siap lompat-lompat lagi. Tiba-tiba dia jatuh. Belon dia terkena pokok, saya rasa pokok bunga ros. 'Poommmm!', bunyi kuat dari arah dia. Belon dia pecah. Dia menangis. Baru saya tahu belon tu boleh pecah.

Mak tanya nak bawa balik ke tidak belon tu. Saya cakap nak. Saya sayang belon saya. Saya nak tidur dengan belon saya. Tapi mak cakap, kalau simpan lama-lama pun tak guna. Belon tu nanti pecah juga. Mak kata, kalau tak hendak kita yang pecahkan belon tu, lepaskan kat langit. Nanti belon tu terbang ke mana yang dia hendak. Saya fikir, nak biar kat tangan atau lepaskan.

Last-last, saya pilih untuk lepaskan belon tu. Saya nangis kuat-kuat sebab saya sayang belon tu. Tapi nak buat macam mana, kalau saya bawa balik rumah nanti saya yang pecahkan dia. Mak peluk saya, dan kami melangkah ke rumah.
Dari jauh saya pandang, belon tu makin lama makin menghilang ditelan si nikolombus.

***

Ada sampai satu ketika, kita kena tinggalkan sesuatu untuk kebaikan masa hadapan. Daripada beri kesusahan pada masa hadapan, lebih baik kita jujur dengan diri sendiri walaupun ia akan memeritkan mana-mana pihak.
Keputusan aku muktamad.

Biarlah belon itu mencari haluannya sendiri








mood:once i've decided, it is permanent.

20120226

Catatan seorang sahabat

Jauh aku melangkah untuk cari seorang sahabat yang sejati. Seorang sahabat yang jujur. Seorang sahabat yang sentiasa di sisi. Susah sebenarnya dalam dunia ini untuk mencari insan sebaik ini. Itu sebab aku perlu hingga ke hujung dunia untuk realisasikan impian itu.

Puas aku cari, akhirnya jumpa di bumi asing jauh dari kampung halaman. Makhluk ini juga bukan permastautin di bumi asing itu. Sama-sama mendaki dan bangun semula kala jatuh. Saling membantu antara satu sama lain. Sound quite gay tapi aku bukan gay. Boleh jadi satu hubungan persahabatan yang perfect.

Langit tak selalu cerah, iguana tak selalu hijau.

Sahabat yang selama ini jadi tempat mengadu, kini meninggalkan sisi. Aku tak hendak kaitkan dengan isu 'kawan masa susah, kawan masa senang' kerana konsep ini dah lama kami praktikkan. Ye, persengketaan yang bermula dari salah aku sendiri. Tapi, apa boleh aku buat, masalah terlalu banyak untuk diselesaikan sehingga emosi tak mampu diseimbang. No one know about this and they simply blame me for being a 'sentap hati mak nak' punya budak. Masalah peribadi yang bertimbun, betul-betul buat aku tak dapat kawal emosi.

Kenapa aku berdiam diri? Kerana pada aku mengurungkan diri dalam satu kawasan sulit lebih sesuai dari membuat aku lebih tak dapat kawal emosi. Kepada kau sahabat, kau tetap yang terbaik. Tapi kalau kau pun nak pergi, aku tak dapat kawal hidup aku dari hilang seorang lagi insan yang berharga.

Pesanan terakhir, terima kasih kerana pernah gembirakan aku.

Mungkin aku tidak sesuai untuk ada seorang sahabat.
Deeply sorry.







mood:dalam sejarah, problem paling banyak muncul dalam satu minggu.

20120224

Melayang ke bulan

Si Putera di beranda istana. Si Puteri di menara nun jauh memecah horizon raya. Komunikasi terbatas. Hendak guna telepati, tidak pula dikurniakan kuasa persis Professor X di X-Men. Hendak berportal, tidak pula hidup di zaman Star Trek. Jasmani sangat jauh tapi batin meronta-ronta dekatnya. Hendak berjumpa tetapi ibarat terkurung dalam penjara. Terseksa.

Si Putera pandang ke objek bulat besar berkawah-kawah di atas kepala. Terapung-apung indah biarpun hodoh sebenarnya. Ibarat cermin, wajah Si Puteri terpantul di atas permukaannya. Si Putera melayan syahdu sendiri. Si Puteri juga mengalami benda yang sama. Ibarat berinzal dengan kasih sayang satu sama lain, cuma bertopengkan objek bulat itu. Jauh terasa dekat.

Tak perlu kecanggihan selular untuk menghantar perasaan hati. Juga tak memerlukan laman mukabuku untuk melafaz kasih. Cinta yang sebenar boleh dirasa biarpun lama tidak berjumpa. Hanya alam menjadi saksi setia.

Bulan ibarat satelit yang men'transmit' perasaan hati antara satu sama lain.

Bulan itu pernah menjadi saksi kita berdua






mood:somehow, it's hard to make a choice.

20120222

Jam Pasir itu diterbalikkan

Pasir tu berduyun-duyun turun. Barangkali mengambil masa satu jam atau lebih untuk menghabiskan semua butir-butir kecil pasir yang berasak-asakan untuk turun mengikut graviti bumi. Aku tunggu dan lihat proses ini berlaku. Sampai mata aku terlelap. Bangun sahaja, pasir-pasir itu sudah selamat tiba di bahagian bawah.

Bahagian atas kekosongan. Aku biarkan untuk seketika tapi perasaan untuk tengok proses itu berjalan yang berakhir dengan aku ketiduran tadi membuatkan aku terbalikkan semula jam pasir itu. Dan aku tertidur lagi. Aku bangun lagi, aku......

*********

Sampai bila proses ini hendak berakhir? Sampai bila jam pasir itu perlu diterbalikkan semula bagi memuaskan diri yang sering terlupa dan mudah bosan? Kita mungkin mudah untuk memerhati proses itu pada awalnya, tapi sifat kita yang alpa menjadikan kita tak puas-puas untuk mengulanginya.

Sama pergi juga dengan kenangan atau memori. Kita nak hilangkan kenangan lama yang pahit, tapi bagaimana kalau kita asyik mengingati kenangan itu? Mampukah ia hilang selama-lamanya? Kita sendiri yang degil untuk nyahkan kenangan itu dari ingatan namun apabila kenangan itu datang menerpa, kita pula yang salahkan ingatan.

Jangan terbalikkan, pecahkan terus jam pasir itu.







mood:konpius dalam membuat keputusan.

20120217

Sayap yang bebas

Zaman sekarang ini perkataan bebas itu terlalu subjektif. Bebas itu boleh didefinasikan kepada macam-macam perkara. Pada homosapien abad ini, bebas itu adalah 'benda' yang sepatutnya tiada halangan daripada mana-mana pihak.

"Aku ada kebebasan suara, suka hati akulah nak cakap ape!"

Kita memang bebas, bebas melakukan apa sahaja yang kita suka. Kadangkala kita akan marah apabila ada autoriti lebih tinggi yang menafikan kebebasan kita. Tapi tahukah anda, kebebasan yang kamu semua katakan bukanlah sesuatu kebebasan yang mutlak? Kebebasan yang kita peroleh masih ada batasnya?

Kadang-kadang kita sebagai homosapien kurang mengerti atau terus bongkak dengan ilmu tentang sayap kebebasan yang kita tahu dari mana-mana sumber. Siapa yang tak excited bila sayap itu bisa menjadikan hidupnya bebas? Kebebasan bersuara, kebebasan bergerak atau kebebasan akademik, gua tak kata semua benda-benda ni salah. Sedangkan gua sendiri sokong unsur kebebasan seperti ini. Cuma gua rasa, kita kena sedar yang setiap unsur kebebasan kena ada limitasinya. Di sini gua bercakap bukan sebagai Pro mana-mana pihak, tapi gua hanya bercakap bagi pendapat gua. Lumrah makhluk darat yang bernama manusia, bukan semua benda betul.

Gua suka dengan kata-kata member gua, Si Pengejar Pelangi:

" Setinggi mana pun ia cuba terbang, tidakkan sampai ke hujung langit yang Maha Tinggi. Kerana dalam setiap kebebasan, ada limitasi. Ada pagar yang memutuskan mana-mana yang boleh kita terokai atau mana-mana yang perlu kita patuhi dengan saksamanya."
-Johan 'Champ' Radzi, 'Sayap untuk Kita Sama-Sama Terbang', October 2011.
Tiada orang yang tidak mendambakan sayap, tapi bukan semua orang yang mampu mengawalnya.
mood:seronok berehat hari nih.