20111220

Tornado melanggar hati.

Buntu, kalut, huru-hara dan celaru hati aku. Masalah datang bertimbun-timbun. Kesetiaan dan keikhlasan kerja yang diharap itu lenyap sekelip mata pabila golongan aristokrat yang lebih besar tawarkan kerja. Terkilan, sudah tentu. Berjuang atas nama 'hilangkan semangat assabiah' tetapi tanggungjawab yang dipilih dahulu kini dipaling tadah. Ini bukan aku. Ini suara hati aku.

Menjadi seorang ketua itu adalah satu bebanan yang sangat besar dan merumitkan biarpun dari peringkat universiti. Semua sudah jadi remaja dan masing-masing ada idealisme sendiri membuatkan sesuatu masalah susah ingin diselesaikan. Sebagai ketua, kenapa harus takut dengan 'orang cakap belakang'? Rasa macam nak lompat dari tingkat 23 *cecah kepala ke tanah dulu* untuk lari dari masalah. Hati marah tapi tak boleh nak marah. Ruang hitam dalam hati ni dah lama diketepikan. Aku bukan aku yang dulu. Lagipun segala masalah takkan selesai kalau guna amarah.

******************************************************************************
Aku harapkan nasihat sebenarnya dari viewers blog nih. Macam mana aku nak selesaikan isu anak-anak buah aku yang sudah berpecah belah hanya disebabkan kehadiran satu pihak? Ini masalah utama aku sekarang sampai aku nak tidur pun tak lelap.

Aku mendambakan krediabiliti Mahatma Gandhi dan kebijaksanaan
Tun Mahathir.




mood:makan tak lalu, tidur tak nyenyak, tapi mandi basah.

20111217

Organ kompleks

Manusia adalah ciptaan yang paling lengkap berbanding makhluk-makhluk ciptaan Allah S.W.T yang lain. Dilengkapi dengan lima pancaindera bagi menjalankan kehidupan harian, kaki untuk melangkah ke tempat yang dirahmati, tangan untuk melakukan kebaikan dan sistem-sistem tertentu yang mempunyai peranan masing-masing dalam tubuh badan manusia. Tapi hari ini kita bukan hendak cerita apa istimewanya badan manusia, tapi aku nak membebel pasal ketua kepada sistem aliran darah manusia iaitu jantung.


jantung? What the Fuck?

Oh, sebenarnya kalau dalam bahasa Inggeris jantung dipanggil heart. So, inilah apa yang aku nak cakap hari ni. Heart atau kebanyakan Melayu tersalah anggap dengan hati adalah satu organ yang sangat kompleks pada aku. Ia bukan sahaja mengepam aliran darah dalam badan manusia malahan mempunyai peranan besar dalam mengawal emosi manusia.

Ok, panjang lebar aku cakap macam saintis tak laku. Hati manusia ni mudah jadi kecik tau. Tak payah la nak cakap yang "aku ni tak sensitif, so aku tak kisah pun apa orang buat kat aku," pada aku itu kata-kata orang yang menipu diri sendiri. Pendam apa yang menyakitkan dalam hati berharap semua tu akan hilang sendiri? Oh, bitch please! Janganlah seksa diri sendiri. Cari tempat untuk luahkan semua yang ada dalam hati sebab hati ni tak boleh simpan banyak-banyak, nanti meletup tau.

Hati juga perlu dijaga. Ini yang paling penting kepada semua manusia yang bergelar sahabat. Jagalah hati kawan ibarat kamu jaga hati sendiri. Lagi-lagi kawan baik kamu yang sering menemani mu tika suka mahupun duka. Jangan kerana awek, kawan ditinggalkan. Macam yang korang semua tahu, itulah senario sekarang. Kerana awek, kawan sendiri sanggup buang. Jangan jadi macam tu tau. Tapi tak bermakna hati mak bapak, awek dan orang lain tak perlu dijaga. Kalau kita jaga hati orang lain, orang lain insyaallah akan sayang pada kita.

Hati yang pecah susah nak disambung kembali
 biarpun digam dengan gam Gajah kuasa  7.






mood:makan hati.

20111127

Bunyi cengkerik.

Cengkerik tu asyik bersahut-sahutan sesama sendiri. Jari-jari masih teragak-agak nak tekan huruf apa atas papan kekunci. Laman maya 'B' masih depan mata tapi tetap putih bersih tanpa modifikasi di ruangan menulis. Lagu klasik Mr.Big, Baby It's A Wild World berkumandang dari pembesar suara yang baru dibeli di shopping mall berhampiran. Kadangkala bibir turut menyanyi tanpa disedari. Sedar tak sedar dah hampir 1200 saat tanpa apa-apa intensi untuk ditulis atas laman tu.

Bosan. Tekan simbol '+' di ruangan tab dan taip mukabuku.com. Lama pula internet ni buffering sampai timbul perasaan nak letak laptop ni bawah tayar kereta. 15 saat menanti dan terpampang laman maya berwarna biru. Masukkan kata nama dan kata laluan. Login success tapi malangnya, profil macam hanya ada habuk sahaja. Tiada rakan baru, tiada pesanan ringkas mahupun peringatan apa-apa. Ibarat segan dengan diri sendiri, jari telunjuk tangan kanan tekan klik kiri tetikus pada simbol 'X' di timur utara skrin. Laman tadi hilang. Skrin hanya menunjukkan gambar Girl's Generation yang dilapik dengan beberapa simbol-simbol kecil seperti komputerku, tong sampahku dan dokumenku.


Tengok telefon bimbit sebelah laptop. Hari ini hanya sekali sahaja alat ini berbunyi, itupun masa kejutkan tidur  awal pagi tadi. Tengok sekeliling, baru teringat rakan sebilik pergi berjimba dengan yang lain.

Baru sedar, inilah rasanya jadi Forever Alone.


Ibarat tinggal seorang diri atas muka bumi ini.
Dan bunyi cengkerik itu masih berdengung di gegendang telinga aku. Damn!





mood:sumpah sunyi.

20111109

Andai boleh putar masa

Kalau kita tanya semua orang yang semakin meningkat dewasa, apakah zaman yang terbaik dalam hidup mereka? Kemungkinan besar hampir kesemuanya ingin kembali semula alam kanak-kanak. Jauh dari masalah hidup. Otak pun cuma fikir Pokemon, Digimon, Keluang-Man atau barangkali juga kartun Bugs Bunny (apasal aku sebut semua kartun lama-lama?).

Zaman kanak-kanak lah manusia mudah menerima pembelajaran, mudah menerima budaya dan adat. Yang mana lebih selalu diorang nampak, itulah yang akan mereka jadikan tauladan. Kanak-kanak juga macam aku cakap kat atas, tak payah susah-susah fikir masalah. Kalau dewasa lain, banyak nak kena fikir. Nak bayar itulah, inilah. Nak cari kerja lah, nak sara anak bini lah. Macam-macam. Sampai ada manusia yang hilang pedoman bunuh diri kerana tak tahan dengan masalah.

Dalam masa yang sama, kanak-kanak yang dalam proses bertukar kepada remaja pula tidak sabar-sabar untuk menjadi seorang dewasa. Pada pandangan golongan kanak-kanak, apabila dewasa mereka boleh buat apa sahaja tanpa parental guidance. Mestilah diorang suka, mahunya tak! Dapat hisap rokok secara terbuka, dapat tengok wayang cerita 18SG ngan 18SX, dapat lepak kat mamak dengan member-member, dapat lepas dari kongkongan ibu bapa dan dapat kahwin. Percayalah, dewasa itu tidaklah seseronok yang disangka, kerana zaman dewasa akan mengurniakan sebuah tanggungjawab yang besar dalam hidup manusia.

Walau bagaimanapun, hidup itu adalah suatu yang terus berjalan hingga ajal menjadi noktahnya. Hendak atau tidak, apa yang berlaku itu memang sudah ditentukan. Bersyukurlah kerana walau macam mana masalah sekalipun kita harungi di waktu dewasa, kita pernah sekali merasa kemanisan alam kanak-kanak atau zaman pubic hair tak cukup lebat lagi.

Teruslah tersenyum menjalankan kehidupan dan pastinya kenangan indah akan menerawang di keringat tatkala melihat kanak-kanak sedang bergembira sebagaimana kita dahulu. Aku rindu zaman itu.


Di kala si dewasa sedang sibuk dengan hal mereka,
si cilik juga sedang terbuai dengan alam mereka sendiri.

#gambar tangkap sendiri a.k.a ini adik aku.





mood:tengah gila edit gambar. kih kih kih

20111107

Manjakanlah anak-anak lagi.

Mak bapak aku adalah pasangan ibu bapa yang garang. Rotan mesti jadi peneman bila aku belajar dengan diorang. Lebih-lebih lagi kalau belajar Matematik. Sebagai balasannya dulu, tiap-tiap tahun masa sekolah rendah aku dapat jadi penerima Anugerah Matapelajaran Terbaik Matematik. Dengan pencapaian yang cemerlang dalam UPSR, aku telah menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maktab Rendah Sains MARA (bontot kembang kempis). Tapi apa yang aku nak tegaskan kat sini adalah, bukan pasal diri aku atau kehebatan aku di zaman silam, tapi aku nak ceritakan kenangan aku pabila aku menginginkan sesuatu barang berharga.

Aku tersangatlah cintakan muzik sampai aku sudah mula mencipta lagu semenjak umur aku 10 tahun. Kagum tak? Masa itu aku masih belum mengenali secukupnya apakah maksud 'junub', dan lain-lain lagi isu ke'baligh'an (siallah, kan aku dah merepek lagi!). Jadi, cara bapak aku mungkin sama dengan ibu bapa yang lain. Mereka menawarkan ganjaran jika anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Bapak aku tanya,"Kau nak apa kalau dapat 5A masa UPSR?". Aku senang je jawab sambil membuat gaya seperti seorang gitaris sedang head-banging terkinja-kinja atas pentas. Bapak aku faham. Dan akhirnya impian aku pun tercapai setelah mendapat setong gitar Kapok selepas dengan gah mendapat 5A dalam UPSR.

Aku bukanlah dari sebuah keluarga yang senang. Bapak aku dulu ada Kancil je tapi sekarang senanglah sikit. Jadi memang cara aku susah nak meminta-minta bapak aku barang yang mahal-mahal. Bapak aku belikan Playstation 1 untuk aku pun dulu sebab dia nak main sekali. Bapak aku cuma akan belikan barang-barang yang berharga untuk aku kalau aku dapat nombor satu dalam kelas. Itupun tak lebih seratus ringgit. Apatah lagi mengenal erti sebiji henpon waktu sekolah dulu.

Ah, ini sampai kemuncaknya.

Yang ingin aku bicarakan adalah, kanak-kanak sekarang begitu mudah dimanjakan dengan bermacam-macam kemewahan. Tak payah aku cari jauh-jauh la, saudara-mara aku pun ramai yang macam ni. Diberikan macam-macam sebagai hadiah sambil diselangi dengan kata-kata penuh harapan ibu bapa,"nanti UPSR dapat 5A ea..". Tengok-tengok bila dapat keputusan, meratap sendirian menyesal. Lepas tu cover cakap hadiah-hadiah tu sebagai pendorong, tak rugi pun padahal hati tengah menangis sebab duit dah melambak habis. kih kih kih. Hadiah bukan murah-murah lak tu, DLSR la, henpon mahal la, gitar elektrik(?!), gila betul lah...

Cuba fikir kembali, ada ke pemenang dapat hadiah sebelum kemenangan mereka diumumkan? Kalau hadiah dah dapat, takkan lah diorang perlukan kemenangannya kan. Itulah yang aku pelik dengan ibu bapa yang jenis ni. Alhamdulillah aku dikurniakan ibu bapa yang begitu  humble dengan kejayaan anak-anak mereka. Kadang-kadang adik aku jealous dengan aku sebab aku ada macam-macam, tapi aku senang je jawab balik kat diorang,"Kau ada usaha macam aku untuk dapat apa yang aku ada?". Mana tak, diorang lahir-lahir je, dah nampak PS2 aku!

Ingatlah, sebab tu orang dulu-dulu yang susah lebih berjaya di masa hadapan mereka, kerana mereka itu lebih mengerti erti kepayahan dan usaha untuk mendapatkan sesuatu. Adios!

*gambar ni tangkap sendiri tau. Sekolah yang sumbang banyak kenangan
dalam hidup aku.



mood:cermin mata baru, muka baru. kih kih kih.

20111102

Astigmatisme

Setiap malam sekarang ni gegendang telinga aku bergetar dengan jeritan mak aku yang suruh aku tidur cepat. Aku bukan buat apa pun,
aku cuma main fesbuk je. Aku cuma blogging je. Aku cuma habiskan baca kisah-kisah gore dari Kontrol Histeria. Kadang-kadang je lawat fesbuk Jesse Jane ngan Maria Ozawa. Lawat page friends fesbuk kan, apa salahnya?

Biasanya aku tidur pukul 3 hingga 4 pagi, ataupun lebih cepat kalau aku rasa bulu roma meremang (aku bukan penakut ea..). Tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni, bila aku bangun tidur je, mesti mata aku rasa sakit yang teramat sangat. Bapak aku kata, kesihatan mata aku dah makin teruk sebab tiap-tiap hari menghadap komputer tanpa rehatkan mata dalam masa tertentu. Aku tak terkejut sangat, memang sebulan cuti semester ni aku asyik menghadap laptop je 20 jam. Aku berjaga malam kadang-kadang lepas tu jadik kelawar tidur siang.

Nak dijadikan cerita, aku pun memandulah ke sebuah kedai cermin mata untuk membuat satu lagi cermin mata menggantikan 4 cermin mata aku yang hilang, patah dan dijadikan sup (gurau je). Amoi tu suruh aku duduk dan meletakkan mata aku untuk melihat imej sebuah rumah untuk mengenal pasti betapa rabunnya aku. Selepas check, kertas entah ape nama dia tu pun keluar dan menunjukkan keputusan ujiannya. Ohmaigosh! Power rabun silau aku dah meningkat kepada 350 mata kiri dan 400 mata kanan!!

Aku sudah mengalami masalah rabun silau atau Astigmatisme yang agak teruk. Patutlah mata aku selalu gatal dan pening-pening.

yang kiri tu astigmatisme.

 "Kajian beberapa profesor telah membuktikan bahawa siapa yang banyak tengok gambar-gambar yang jelas menunjukkan lurah-lurah tersembunyi mempunyai risiko besar untuk mata mereka rosak. Ini kerana,  urat-urat mata akan rosak apabila memandang gambar-gambar mengghairahkan itu."
-Kawan aku, Gay (bukan nama sebenar) 

Statement di atas tiada kena mengena dengan aku. kih kih kih


mood:malam ni aku nak buat cermin mata tu.

20111031

Definisi cinta budak-budak

Bercinta di usia muda, topik tu nampak sangat out-to date tapi bagi aku, perkara ni adalah benda yang baru untuk diperbincangkan dalam usia aku yang makin meningkat dewasa. Aku pun pernah bercinta dan jadi jiwang karat tak tentu pasal dulu sampai kalau diingatkan balik, aku betul-betul malu nak jumpa dengan anak gadis idaman aku tu dulu. Time main surat-surat dengan homosapien berlainan jantina masa perasaan 'cinta' tu berkembang mekar (siallah, kan aku dah jiwang!) memang tak boleh dilupakan. Aku ingat lagi, dekat hostel aku buat bekas silinder Cadbury tu jadik bekas simpan surat-surat tak kiralah dari junior ataupun senior atau yang seumpama dengannya.

Tapi bila aku dah semakin matang dan dibenarkan merokok oleh kerajaan (tak memasal), aku mula berfikir yang zaman sekarang ni budak sekolah rendah pun sibuk bercinta macam budak sekolah menengah. Bukan aku nak condemn atau nak maki hamun Wadefakk kat diorang tapi pada pendapat aku golongan mereka ini tidak sesuai hendak berjiwang karat pada ketika pubic hair mereka baru nak tumbuh.

Perkara ni aku dapat saksikan bila ada si fulanah yang berumur 10 hingga 12 tahun dengan berbekalkan henpon-henpon mahal tajaan mak bapak mereka mula bermegah-megah tanpa malu dan segan yang mereka ini juga boleh bercinta sebagaimana remaja belasan tahun yang lain. Tidak dinafikan, cinta itu adalah perasaan yang lumrah bagi seorang hamba Allah tetapi ia juga boleh ditahan buat sementara waktu. Dapatkan kejayaan untuk dijadikan hadiah kepada mak bapak, barulah boleh bercinta. Jangan mudah terikut-ikut dengan budaya berkapel-kapel ni masa umur masih 'jagung leher' belum kering.

Jadi apakah definisi cinta orang muda? Jawapannya, takde pape. Tiada ape makna dalam percintaan yang terbina ketika umur masih budak-budaklah. Mungkin golongan kanak-kanak yang baca post ni akan sumpah seranah aku cakap aku cibai la, pantat la, tapi bila korang dah masuk umur macam aku, korang juga akan rasa jelik dengan kanak-kanak yang dah perasan baligh ni.

Percayalah, aku dah cukup makan garam dalam dos yang dibenarkan.
*lebih-lebih nanti boleh kena darah tinggi tau.

Cinta itu lebih indah kalau kedua-dua mampu berfikir lebih matang,
contohnya abam Johan Radzi kita.
keh keh keh.





mood:gua nak main Black Shot sambil dengar K-POP!

20111029

Syukran.

Hanya satu perkataan yang paling susah kita nak praktikkan dan amalkan. Hanya satu perkataan sebenarnya yang paling susah makhluk-makhluk homosapien di atas muka bumi ini terapkan dalam sanubari masing-masing.
Syukur.


Kenapa gua cakap macam ni? Entahlah, kadang-kadang rasa macam gua ni tipu diri sendiri bila gua sebut kalimah keramat Alhamdulillah seorang diri tatkala menyembah Yang Esa lima kali sehari. Perkataan syukur itu sendiri gua seakan-akan guna untuk menyedapkan hati gua yang tengah iri hati atau jealous bila sedang melihat kegembiraan, kekayaan, kesenangan, kepandaian dan kebahagiaan di sekeliling gua. Yang sebenarnya mungkin gua adalah manusia yang tak pernah bersyukur dengan anugerah Ar-Rahman selama ini. Seriously, pasal benda ni gua depressed gila!

Soalan yang selalu gua sengaja mainkan kat kepala hotak gua, "Kenapa member gua ada, gua takde? Wadefakk! Diorang boleh keluar malam, gua tak boleh? Diorang dapat elaun walaupun tengah cuti tapi gua takde?!"


Gua rasa bersalah sebab gua persoalkan qadak dan qadar Allah. Sekarang ni gua tengah praktikkan untuk terima apa yang telah ditentukan Ar-Rahim.



"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 

(Surah Ibrahim-Ayat 7)





mood: gua nak makan burger.gua bersyukur.kbye.

20111028

Masih samar-samar


Pabila malam datang, mata pun mula lena. Pabila mata mula lena, mimpi datang menerpa. Dah berhari hari persona dibelenggu mimpi yang sama.

Keharuman rambut yang sama, kehalusan rambut yang sama, kulit mulus yang sama, dan ciuman yang sama.
Terasa bagai mimpi itu adalah mimpi yang terindah dalam hidup aku. Mungkinkah roh aku dan dia bertemu dalam raga mimpi yang sama? Atau itu petanda dia adalah teman hidup aku? Atau itu hanya mainan tidur semata mata?

Soalan yang sama masih berlegar legar selepas aku bangkit dari lena.
Siapakah gadis yang sering hadir dalam mainan tidur aku?
Dan pabila aku mula mengingat kembali,
Wajahnya..masih samar-samar.


mood:boleh bagi pendapat tak?

20110910

Guru Tidak Sedar?

Detective Conan-Gosho Aoyama

"Saya Conan Edogawa, seorang detektif," ungkapan ini sangat dikenali menerusi anime Detective Conan yang kini masih menjadi antara animasi kegemaran kanak-kanak di Malaysia. Tidak dinafikan juga anime ini telah menjadi kegemaran aku sejak zaman sekolah rendah. Tetapi setelah sekian lama aku menonton siri ini, aku perasan sesuatu yang mampu diaplikasikan dari elemen yang tertonjol dalam anime ini.

Anime ini berkisarkan seorang pelajar sekolah tinggi yang sangat bijak dalam menyelesaikan kes-kes pembunuhan biasanya dan bisa menceritakan kembali modus operandi penjenayah dengan engkap dan ini telah menjadi daya penarik untuk orang menonton anime ini waima mak aku pun layan jugak tengok sama.

Tetapi setelah aku perhatikan, bukankah gaya penceritaan dan segala modus operandi yang direka dalam anime ini dibuat oleh penulisnya-Gosho Aoyama?

Penulis Gosho Aoyama
Ini membuatkan aku terfikir dan menganggap Gosho Aoyama sebagai seorang yang sangat genius dalam mereka modus operandi sesuatu pembunuhan. Dan anime ini juga dilihat mampu menjadi seperti buku teks silibus dalam sunjek 'Introduction to Killing I'. Pembunuh-pembunuh baru yang ingin berkecimpung dalam arena profesional boleh menggunakan anime ini sebagai bahan rujukan.

Apabila difikir, kanak-kanak adalah penonton setia siri anime ini. Adakah mungkin satu hari nanti akan ada pembunuh terdiri dari golongan kanak-kanak yang menggunakan modus operandi dalam anime ini?
Ataupun yang boleh menyelesaikan kes-kes jenayah dengan bijak seperti Detective Conan ni?
Tepuk dada tanya selera.





mood: neway, i'm back.

20110817

Melayang


Berenang dan terus berenang. Freda cuba tenangkan fikiran dengan menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan AlMalikul-Malik, alam marin yang luas membiru.
Terumbu karang,
rumpai laut,
kuda laut,
semuanya disentuh Freda dalam ekspedisi perseorangannya itu. Ketenangan dirasa segenap tubuh dan mindanya. Berkomunikasi dengan makhluk tuhan yang tidak faham tuturnya lebih menyenangkan hati. Hidupnya sebagai makhluk darat cukup merimaskan. Darat itu penuh dengan kacau-bilau, porak-peranda dan gundah-gulana. Freda bermonolog sendiri,
"Kenapa kau tidak jadikan aku antara makhluk lautan wahai tuhan? Hidup hanya mengikut ombak dan sejuk sentiasa."
Jelas Freda begitu tensi dengan corak kehidupannya di darat sehinggakan sengaja mengajak Yang Maha Besar menjawab persoalannya.
Jelas sekali Freda tidak layak untuk mendengar jawapan Tuhan sedangkan Junjungan Mulia S.A.W sendiri bukan selalu dapat berkomunikasi terus dengan-Nya.
**********************************************************************************
Tettttttttttttttttttttttt..tettttttttttttttttttttttt..tetttttttttttttttttttttttttttt..
*sesuatu berbunyi*

**********************************************************************************

Persona berubah kedudukan dan kini Freda bukan lagi di dalam lautan dalam.

Dirasanya pasir yang melekat di kaki. Oh,kini dia sedang duduk di tepian pantai seorang diri. Dia sendiri tidak pasti di pantai mana dia berada. Apa yang jelas hanyalah kelihatan langit semakin pudar warnanya dan Sang Matahari sudah malu-malu menunjukkan rupa. Freda tersenyum. Bukan senang bagi dirinya, makhluk daratan yang hidup di tengah hutan konkrit dapat menikmati suasana begini.


Freda duduk dan menunggu hingga bulan terang memunculkan diri. Terasa sayu dirinya tatkala menikmati sekali lagi ciptaan agung Sang Illahi. Bulan semakin terang hadir dan hadir.
Bulan itu semakin tinggi dan tinggi. Tiba-tiba Freda terdengar bisikan di cuping telinganya.
"Freda, masamu sudah tamat."
Tatkala itulah,

 Seekor makhluk bersayap hadir dari bulan dan menerpa Freda.
Gelap. Sangat gelap pandangannya.
"Terima kasih ya Allah,"lafazan monolog terakhir Freda terpacul dari hati.

**********************************************************************************
Tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt........................................
*bunyi panjang dan berhenti selepas lima saat*

**********************************************************************************

"Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang meninggal di jalan Allah bahawa 'mereka telah mati,' sebenarnya mereka masih hidup, walhal kamu tidak menyedarinya"
-Surah Al-Baqarah [2]: 154
mood: sedih yang tak mampu terungkai.

20110814

Roda itu bergerak laju

Bergerak dan terus bergerak dengan laju


Kita sering mendengar kata-kata,"Hidup ini seperti aliran roda,kadang kita berada di bawah dan kadang kita berada di atas." Aku terima lumrah alam ini dengan hati terbuka tatkala tergalas satu tanggungjawab sebagai ketua di bahu aku. Walaupun buat masa ini aku masih berada di atas, namun sering terngiang di dasar hati bahawa si fulan ini nak jatuhkan aku, si fulan ini hendak kenakan aku, sehinggakan aku terbayang si fulan ini juga hendak ambil jawatan aku.

Aku tidak pernah khuatir akan kehadiran rasa dengki itu, Biarlah dia bahagia dengan apa yang dibuat.untuk menjatuhkan aku atau apa. Yang penting aku bahagia. Yang menjadi masalah adalah si fulan ini kawan baik  aku dan tidak tersangka sanggup menikam ku di belakang. Tajamnya diri.

Sekarang ini aku lebih kepada Silent mode. 
"Senyap itu lebih baik dari berkata-kata"-Anonymous
Formula roda itu mungkin saja akan dilajukan untuk mencapai hasrat si pendengki itu. Biar masa menentukan.




mood:penat karaoke kat kompleks teruntum
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    

20110813

Kunci

Puas kaki menapak mencari solusi namun perkara itu masih menghantui. Dari siang datang menelan keindahan  bulan sehinggalah matahari tenggelam di horizon barat membenarkan gelap menerpa, aku tetap terpunduk dalam kemelut itu. Sampai bila aku hendak menyeksa batin sendiri yang semakin tawar menerima kenyataan? Ya, hibernasi aku masih belum cukup merungkai ikatan problemo ini.

Antara dua pilihan, tinggal atau kekal, setiap satu membawa kesan tersendiri. Kesan yang pastinya membuatkan antara dua itu terluka dan terhiris. Aku bukan lagi seorang kanak-kanak yang masih mengunyah gula-gula getah sambil menariknya tapi aku kini mampu memilih solusi yang tepat berdasarkan setiap inferens yang tepat.

Hanya tuhan yang mampu memberi ilham pada aku kini. Mana satu yang harus ku pilih untuk melambangkan batin aku yang sebenar. Jangan sembunyi belakang topeng.

Tidak boleh terus tersenyum dan ketawa walau pedih itu terus berlarutan, bukan? Itu ibarat menipu diri sendiri yang terseksa. Hati harus dikunci dengan hanya satu jawapan.
Tepat dan tiada kompromi.

 
"Pengaktifan kunci ini bukan mudah sekadar masukkan, putar dan tarik. Tapi perlu disertakan dengan keseragaman penggunaan akal dan hati dalam memutar kunci itu."





Si Pencangkul dah puas hibernasi, ada lahad perlu digali.
mood: rancangan tak jadi jadi..siot betol laa!

20110809

Requescait In' Pace

Ya,
lama aku tak post apa-apa.
Aku pun tak tahu sama ada ini malas atau tiada mood.

Angin itu masih terbang mengikut monsun
Tapi nyata ia masih terkedek memutar bayu
Dedaunan menunggu untuk diterbangkan 
Tapi angin masih tak kunjung tiba
Ingat,
Angin ini tak akan pernah hilang
Cuma ia akan tiba kembali 
Untuk menerbangkan dedaun kerinduan itu
Sedikit masa lagi,
Requescait In' Pace.


Sementara aku tidur ini,
Mimpi yang indah mungkin akan bersama aku,
Akan aku ceritakan pada marhaen layar maya ini.

Give me chance to hibernate with those creeps below,hell yeah!


Assasins Creed: Brotherhood





mood:bantal dah tersedia, aku hibernasi dulu ya.

20110804

Kegersangan!

Seperti tertera diatas,
ya, dalam menempuh Ramadan Al Mubarak ini memang aku sangat dalam keadaan yang gersang.
Sebulan tanpa henti aku gersang.

*so, ape adehal?*

Dalam kegersangan ini lah aku selalu minta 'benda' tu setiap kali akak hot and spicy kat warung sebelah kampus ni bertembung ngan aku.
Setiap kali dia minta order, aku mesti minta 'benda' tu!
Nak buat macam mana?
Aku dah tak tahan!
Lagipun akak tu suka je aku minta ngan dia.
plus 'benda' tu sahaja yang boleh hilangkan kegersangan aku selama tiga hari aku puasa.
aku ada ambil gambar masa dia bagi aku 'benda' tu.
















sedap beb 'benda' ni.
Ini sahaja yang mampu menangani kegersangan kewangan aku yang berada dalam keadaan kritikal.
oh ya, ini namanya nasi koboi.
nasi putih sepinggan
telur dadar
sup kosong
untung-untung dapat belacan lebih!










mood: alhamdulillah aku tak korek hidung sepanjang tiga hari puasa.

20110802

#4Wordless Wednesday: Sebulan tuuu!








mood: nak buat macam mana, itu kan kewajipan dari tuhan.

20110730

SI PENGGALI



Aku tetap aku.
Setiap galian itu bermakna.
Menggunakan teropong stereoskopik dalam menganalisa setiap perlakuan homosapien-homosapien yang ada di mukabumi ini.
Lantas mengaplikasi nilai metafora dalam memberi konklusi.
azz_nisha93@yahoo.com.my

"Tiada yang benar melainkan apa yang tergerak dalam sanubari, dan sesungguhnya 
petanda dari Ar-Rahman itu adalah satu anugerah."



Aku,
Cangkul Emas.

20110729

#2 Joyful Friday: Strike!



"Paduan laju satu balingan sahaja sudah cukup membuatkan sasaran bertaburan dan bergelimpangan tanpa rasa belas kasihan"





mood:trafik makin bertambah dan menjadi semakin teruja keghairahan!

20110727

#3 Wordless Wednesday: Otak Pecah.

Ini mungkin muka aku jawab test pagi nanti.








mood:aku ade test, so ape ade hal?

20110724

Minat baru

Yah, aku dah layan SNSD gila babi sekarang.
So, what's the deal?
Music video diorang semua aku download.
Seriously, aku addicted ngan diorang.

"tolong aku" *bisik dalam hati*


"Video Girls Generation (SNSD) versi 1080p HD lebih mengkhayalkan dan mengghairahkan dari video Miyabi Ozawa atau Sora Aoi versi HD."
-M.Faiz Syahmi (Si Diari Pedophile)


#SNSD atau Girls Generation adalah satu kumpulan K-POP.




mood:tengah terbayang aku keluar dating ngan SooYoung.*apa dah jadik kat aku ni!*

Hormat

Beginilah keadaannya ketika
kejadian(gambar hiasan)


Aku dalam perjalanan balik ke Kuantan. Perjalanan yang jauh ini mungkin memakan masa lebih kurang 7 jam.
Ya, tidur adalah agenda utama aku ketika dalam bas.
*
*
*
Tengah feeling aku melampiaskan nafsu tidur aku,
Aku terdengar sebuah lagu berkumandang.
Pabila diamati, bukan berasal dari radio bas tapi berasal dari phone salah seorang penumpang.
What the Fuck?! 
Bas dah buka radio and that fucking passenger nak sesuka hati mengumandangkan lagu dari phone dia yang tak seberapa itu?
*cuba tutup telinga*

Lebih memanaskan hati apabila dia ikut sekali menyumbang suara mengikut lagu yang dimainkan phonenya yang sangat dibangga itu.

Senarai berikut adalah antara lagu yang dimainkan beliau sambil nyanyi dengan 'sedap' sangat:
1. Cahaya di Aidilfitri
2. Balik Kampung (WTF aku nak balik kampus la!)
3. Lagu Hindustan
4. Lagu Dikir Barat
5. Lagu Dangdut (ini paling menyakitkan telinga tatkala suaranya di maksimakan)
6. Andai dapat Kuundurkan masa - AXL

Ini sahaja yang aku ingat. Penumpang lain termasuk aku hanya mampu menadah telinga kerana malas nak tegur. Faham-faham sendiri lah.
**********************************************************************************

HORMATI ORANG LAIN.


Pernah dengar kan ayat ini?
*tanya dalam hati di selangi keluhan*







mood:nak buat satu cerita then try hantar kat kontrolhisteria.

20110720

Minda Tertutup si Melayu.

Situasi 1:

Anak melayu: Ayah, ni surat mintak derma dari sekolah. Sekolah nak enhance segala fasiliti yang ade. 

Ayah melayu: Sekolah kau ni memang tak habis-habis nak makan duit mak bapak je ea?

minda melayu terbuka?

**********************************************************************************
Situasi 2:

Anak melayu: Ayah, adik nak pergi training nyanyi kat sekolah malam ni. Hantarkan boleh tak?

Ayah melayu: Tadi mase sekolah tak training ke? Cikgu kau ni takde mase lain ea? Malas la nak hantar!

minda melayu terbuka?

**********************************************************************************
Situasi 3:
Di dalam bilik kuliah kelas pengajian politik.

Si melayu A: Saya beranggapan bahawa ahli politik kerajaan telah melawan kuasa judisiari yang telah terpisah dari kepompong legalisme dan eksekutif....bla..bla..bla...

Si melayu B,C,D dan seterusnya:
Nak tunjuk pandai la tu...baru jadik mahasiswa nak komen pasal politik la ape la..shit betol la budak macam ni..

minda melayu terbuka?
**********************************************************************************
Tak payahla rasanya hendak ditunjuk bagaimana orang bangsa cina menaikkan bangsanya sendiri.
Sebab tulah Orang cina boleh berjaya di tanah yang bernama Tanah Melayu ini.
Kau fikir sendiri, 
dan nilai seadilnya.

Aku tak salah cakap kan?

Agaknya bilalah bangsaku yang tersayang ni nak keluar dari
kepompong 'otak karat'?







mood: meneliti dan menganalisis setiap yang manusia itu lakukan di sekeliling kita.

#2 Wordless Wednesday: Sendiri?

.
.
.
.
..
...
....
mood:sedih dalam hati tuhan sahaja yang tahu.

20110719

BUNTU itu APA?

Apakah yang dimaksudkan dengan buntu?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:


Buntu                                                
mati (jalan dll), tertutup (pintu dll), terhalang, tersekat; fikiran ~ tidak berfikir panjang lagi; jalan ~ a) jalan mati; b) tidak tercapai tujuan kerana tidak ada kata sepakat;

Adakah kau juga tergolong dalam 
golongan Si Buntu?


Apabila minda mencapai tahap buntu, produk yang dihasilkan itu selalunya akan dianggap sebagai 'boleh buang dalam tong sampah'. Otak tidak dapat berkembang kerana penjanaan kreativiti dalam idea melebihi had atau otak telah mencapai tahap 'otak bapak udang'. Jadi, apakah relatifnya perkataan BUNTU dengan entri Abam Cangkul kali ini?






Abam Cangkul dah buntu nak buat entri apa sebab asyik tidur, makan, Facebook, dan game.
Abam Cangkul ingin mengelak dari menjadi Si Plagiat.


mood:Aku nak balik kampus!*meratap di sudut bilik*

20110715

#1 Joyful Friday: Free!



"Assignments done means the prison's lock had been opened"










#P.s.: Mencuba asaskan Joyful Friday: dimana setiap hari jumaat, blogger akan letak sekeping gambar dan berikan kata hikmah yang berkaitan kegembiraan hidup blogger itu sendiri. Jumaat kan hari mulia!

mood:persona sangat gembira kerana pintu penjara telah terbuka!

20110713

#1 Wordless Wednesday: Assignment?



.
.
.
.
.
.
mood:itu yang aku rasa skang..makin nak cuti,makin aku gila.*pistol dah ready di kepala*

Belum sampai seru.



Kau pandang kawan kau.
Kau lihat apa yang dia buat.
Kau termangu sendiri.         
"HUISHHHHH....bilalah kau nak berubah.."*usap dagu baru lepas shave*

Kau termenung sendiri.
Hati kau mula mencambahkan nawaitu hendak buat benda yang kawan kau buat tadi.

Bismillahirrahmanirrahim *tadah tangan*
Semua kerja hendaklah dimulakan dengan kalimah agung ini.
Tatkala jari baru menyentuh helaian kertas yang ingin diselak,
Kawan kau yang lain datang.
"Kau..jom pergi main boling, kawanku."

mati-mati aku fikir kau takkan ikut mereka,
tapi aku tengok kau yang paling semangat tunggu teksi.
Masyaallah! 
Woi, assignment yang melambak ni bila kau nak buat?

TAK BERUBAH LAGI RUPANYA.*tepok dahi*




Ingat lima perkara sebelum lima perkara.
TUA sebelum MUDA.
LAPANG sebelum SEMPIT.
KAYA sebelum MISKIN.
SIHAT sebelum SAKIT.
HIDUP sebelum MATI.





mood:assignment wat aku rasa cam terjun dari bilik ni!

20110710

Tersipu jauh.

Kau rasa kau kecil?
Relax laa.
Kalah menang adat pertandingan.
Ingat, kalau kau hebat,
ada orang lagi hebat.
Tak payah tersipu malu dengan satu kekalahan.
Masih banyak ruang untuk kau.
Ar-Rahman selalu melihat usaha kau,doa kau.
Yang penting, kau teruskan usaha dan lakukan satu anjakan paradigma.
Kelak kau pasti berjaya.
Insyaallah.

"Menang itu nasib, kalah itu sudah tentu ada."                                                                    -Cikgu Zamzam(coach rugby kau)           





mood:masih sedih la kot.:(

20110707

Sedarkah kau?

Indahnya langit itu tatkala kau mendongak keatas.
.
.
.
.
Kau bermonolog sendiri,

"Sesungguhnya yang mencipta langit ini adalah yang terhebat dari yang terhebat."

Tapi ada satu yang kau masih tak sedar kawan,

"Pernah kau buat apa yang Sang Pencipta suruh?"

Kau masih terkapai-kapai dalam mencari arah tujuan.
Sampailah satu ketika selepas kau melakukan satu aktiviti,
Si Fulanah ini akhirnya berjumpa kau dan menegur akan perilaku kau yang jelas membelakangkan AlMalikulMalik.
Baru kau tahu kau sudah jauh tersimpang.
.
.
.
.
*tepok dahi*
.
.
.
.
Masih ada ruang untuk kau kawan.
Kau mahu syurga atau neraka?
Fikirkan...sudah sedar?

Seorang blogger tegar pernah berkata:
"SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA. SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA."



mood:sumpah aku dah lame x jenguk ini blog..adoyai! 

20110629

Tutup mulut sahaja?

Tutup mulut sahaja?
mata kau dapat nampak semua kekotoran yang diekspressikan,
tapi kau hanya dapat tutup mulut sahaja?

Menjadi seorang mahasiswa,
adakah satu halangan untuk anak muda sekarang menyuarakan pendapat tentang corak pemerintahan negara?
.
.
Huhhh....
*mengeluh sambil pandang bawah*
.
.
Kau pernah dengar pemimpin negara dengan lantang menyalak,

"Remaja itu adalah masa depan negara!"
"Remaja itu bakal tunjang kepimpinan negara!"
..
...
....
TAPI,


Sayangnya suara remaja berjiwa patriotik di perSETANkan,
Sayangnya kata remaja bersanubari independen di SALAH ERTIkan.


Kau sokong BERSIH 2.0 bukan sebab kau pegang idealisme pembangkang.
Kau sokong BERSIH 2.0 bukan kerana kau tak kenal budi kerajaan.

KAU SOKONG BERSIH 2.0 KERANA KAU TAHU KAU PEWARIS BANGSA!
Kau sokong BERSIH 2.0 kerana kau inginkan negara yang bebas bersuara.

*pejam mata dan tarik nafas*

Fuhh!

*hembus*

kau teringat kata seorang penggiat seni, Johan Radzi:
"Itulah sebabnya, melayu masih ditakuk yang lama. Kita diulit mimpi dongeng hedonisme sehinggakan terbawa-bawa ke peringkat mahasiswa. Sepatutnya kita bangkit, maju dan hadapan. Dan mereka inilah yang membunuh pejuang-pejuang mahasiswa kita yang berfikiran jauh."


kau tetap dalam dilema.


mood:macam lama sangat aku tak jenguk tinta ni...huishhh..

20110623

Pin boling yang pendengki.

Hari ni kau bersungguh-sungguh nak ke MEGALANES,BERJAYA MEGAMALL,KUANTAN.
aku tahu kau nak tunjuk hebat.
Tanpa berfikir panjang kau letak nama kau yang teratas dalam aturan.

Kau pilih bola boling warna kelabu.
~Sedia.
.
.
.
~Langkah diatur.
.
.
.
~'PAMMM!'
*bunyi bola boling bertemu pin.*

Ya Allah!


Nama Agung itu kau lafazkan tatkala kau lihat,

Tinggal satu pin sahaja yang belum jatuh.


Kau tak puas hati kan?
Kau ambil lagi bola tadi.
Kau susun langkah.

Modus tadi diulang semula.
.
.
.
~'GEDEGANG!!'
*bunyi bola boling bertemu sesuatu*

Astaghfirulahh!


Kau beristighfar.
Kali ni bola boling itu menjuruskan diri dalam longkang lane.
Sungguh kau kusut langsung petang itu.
Kau terus duduk sambil buat muka nak kena tendangan padu Roberto Carlos.
kau terfikir sesuatu.

"Aku datang sini memang nak dapat 'longkang' kan...?"
*muka bangsat*


PADAN MUKA.
~siapa yang suruh kau berlagak?~


HAHAHA!


*ketawa dengan nada mengejek.*


moral: jangan berlagak..kelak memakan diri.



mood: hati macam tak kena lah! idea pun kering!

20110622

Di Antara Kalian.



G-Shock buatan China kau tatap.

2.30 p.m.


Kau rancang nak ke pusat karaoke.
Aku tahu kau memang boros.
Apatah lagi bila kau tahu duit elaun dari kerajaan sudah masuk.
Kau berjalan ke tempat penuh muzik itu.

Apple K.


Perlahan kau sebut nama itu.
Tanpa berfikir panjang kau terus menyapa Si Fulanah di Kaunter.
"RM 3.90 satu kepala.Tapi kena order apa-apa cool beverages."
Jumlah itu kau beri kepada gadis berambut perang tadi.
"Sila.Room number 26."

Masuk sahaja kau terus mencari mikrofon walaupun tiada sebarang lagu sudah dipilih.

"Oh,takde lagu lagi!"
*bodoh juga kau ni*

Kau menekan-nekan skrin sentuh pemilih lagu di dalam bilik gelap itu.
Beransur-ansur nama artis pujaan ramai terpamer tapi kau masih belum puas hati.

Tiba-tiba,
Kau nampak nama sebuah kumpulan muzik dari Indonesia.


"D'MASIV."


Kau tekan wajah kumpulan itu.
Satu idea menerawang di dalam kotak fikiran kau.
Kau tekan lagi pada satu lagu kumpulan itu.

"DI ANTARA KALIAN"


muzik berbunyi.
Kau pun mula menyanyi.
Kau nyanyi dengan penuh perasaan.
Aku tahu kau memikirkan sesuatu sambil menyanyikan lagu seberang itu.

Apa yang kau fikir?
Sudahlah!
Tak perlu untuk sembunyi dari aku.
Kau tahu bukan?

Kau di antara kalian.

Jangan kusutkan hati kau kerana angan-angan mat jenin yang bisa membuat kau jatuh pokok!
Kau masih tak boleh lupakan?
Aku tak mahu dengar alasan bodoh kau lagi.
Yang aku tahu,

Kau di antara kalian!
Cuba tuturkan 1000 kali sebelum tidur.
Confirm!
Kau akan rasa bersalah.


Huh!

*aku kesat air mata dalam jiwa kau.*

Jangan menangis lagi.
Hati kau sudah cukup berdarah bukan?
Jangan biarkan hidup kau terasing kerana dia.

Cubalah lupakan dia.




mood: terfikir nak tengok robot boleh tukar-tukar!hahahahahah*ketawa ala syaitan*

20110620

Pelangi itu Cantik bukan?


Bunga bukan sekuntum.
Dalam dunia hakiki ini banyak bunga yang ada.
Tapi,
Adakah semua bunga kita suka?


Engkau tatap pula keindahan pelangi.
Lama kau tatap dan harap esok ada lagi.
Tapi esok hanya ada Sang Matahari.
Indah juga kan?
Matahari juga ciptaan Ar-Rahmanurrahim.
Tapi,
Adakah Matahari mampu mengganti keindahan sang Pelangi?

~indahnya pelangi~

Aku tahu hati kau cinta padanya juga.
Sudah ramai yang singgah di pintu hati kau tapi,
kau masih belum ikhlas membukanya.
Kenapa kau masih membisu dengan perasaan kau sendiri?
Kau takut?
Kau malu?

Aku tau kau cinta padanya tapi kau tak terdaya.
~so shame on you~

Sekarang ini kau tegaskan kau mahu mencari 'pelangi' yang lain.
Apa kau fikir cari 'pelangi' sama ke macam cari 'matahari'?

*pejam mata, tarik nafas sedalamnya*

Fuhhh!

*Hembus nafas tadi*

Kau tak boleh buat apa.
Yang perlu hanyalah berdoa pada Al-Malikul Malik,
supaya dapat lupakan 'pelangi' itu.

Yang kini sudah jadi milik rakanmu.



mood:kelas habis awal dan aku terus menghadap kitab maya ini.

20110619

Pabila Badan Menyentuh Air


Hari ini aku sekali lagi mendapat pengalaman baru.
Pengalaman yang mungkin saja akan aku ceritakan pada anak cucuku.
CUBA LIHAT keindahan curahan sistem air di Sungai Pandan ini.
Curahan nya datang dari kawasan takungan air yang terletak di atas bukit.
Kelajuannya telah diatur oleh Sang Bijaksana sehingga mampu memberi kesegaran maksima ke atas badan hambanya.

Shrushh...shrush.....
*Bunyi kaki ku mengharung air*

seorang anak kecil ke sana ke mari sambil membawa pelampung berupa itik lintas di hadapanku.
Comel sungguh anak kecil ini.
"Mak...adik nak makan nasi lemak jugak!"
walau sudah hampir 20 meter aku meninggalkannya,suaranya yang kecil itu masih melewati gegendang telingaku.

Ahhh...!
Bukan itu yang aku ingin sampaikan di tinta maya ini -,-!

mataku masih melirik setiap penjuru Sungai Pandan.
Dimana harus ku duduk bersama rakan-rakanku.

*mata masih mencari*

Ahha..!
itu die tempat yang sesuai untuk kami melampiaskan nafsu terhadap sejuknya air terjun asli.

~Beg dibaling~baju dilucut~kami berlari dengan laju!~

Bushhhhh..!!!!
*Bunyi percikan air selepas beban seberat 110 kilogram mencecah lantai sungai*

Kawasan air terjun itu ibarat dibeli oleh bapa kami sebagai hadiah Hari Lahir.

Si Fulan melakukan aksi ngeri, aku pun ikut sama.
Si Fulan melakukan back flip, aku juga melakukannya~malahan lebih dahsyat lagi!

Konklusi yang mampu aku ungkapkan sekarang adalah,

~Hidup cuma sekali, so... kita enjoy!!~
BUKAN ungkapan itu yang aku maksudkan-,-!

tapi:

~Saat bersama sahabat bukan seperti bersama keluarga,
Saat bersama sahabat bukan seperti bersama haiwan peliharaan,
tapi,
Saat bersama sahabat adalah saat seperti bersama insan yang akan berada di sisi walau anda senang atau susah~
HARGAI SAHABAT ANDA.

mood:idea tak berapa nak pergi hari ni...jasmani masih rasa kepenatan panjat bukit@'bukuit".

20110618

Bila Tingkap Terbuka...



Hari ini kakiku melangkah lebih pantas kearah jendela 'rumah' satu semesterku di universiti..


Tup..tup...tup..*bunyi kaki bertemu simen*


lantas mendongakkan kepala kearah langit nan biru ciptaan Sang Agung..
menikmati sepoi-sepoi angin yang kadangkala tiba di belulang ku..
'engkau' ini memang pandai berselindung di sebalik kesunyian malam..

'engkau' ..?
siapakah 'engkau' yang kau maksudkan wahai jejaka hati_kaca..?

'engkau' yang aku maksudkan adalah LIAR!

Kepala masih bermain betapa LIARnya dunia ini mementaskan dramanya..
aku ibarat pelakon yang teragak-agak untuk masih berlakon dalam dunia penuh keLIARan ini...

Terfikir satu ketika...

"Dunia ini ibarat RODA,sekejap kita di atas..sekejap kita di bawah"

"Siapa yang kuat akan terus berada di atas..siapa lemah dipijak.."

CUBA ANDA MAINKAN DI BENAK KINI..
APAKAH PATUT PERUMPAMAAN INI
DIGUNAKAN...?

inilah yang mengganggu mindaku seketika aku terbangun dari tidur..
memikirkan hala tuju bangsaku yang semakin jauh dilambung ombak kemodenan manisfetasi hidup...seakan-akan lupa dengan dari mana asalnya kita..
terhanyut dengan pengeksploitasian barat dalam gaya hidup..

PAMMM!! *tingkap ditutup*

Lantas aku mula mengekpsressi tekanan ku diatas sebuah tinta maya...

mood:waktu semakin berlalu dan aku sentiasa mengejar emasnya masa..penat..

20110616

It Doesn't Matter....!

ADA ORANG X PUAS HATI NGAN ANDA...?
SUKE CAKAP BELAKANG....?
TAPI BILA JUMPA ANDA DIA DIAM SERIBU BAHASA..?

masalah ni da selalu kita dengar antara kawan2 kita...
even aku sendiri mengalami masalah yang sama..
tapi nak buat camne kan...mulut orang..hati orang..
kita x boleh halang..itulah kebebasan suara...
kadang2 hati kita mang akan sakit bila dengar kawan2 yg lain ckp belakang pasal kita...
bila depan kita punyalah jaga adat ketimuran..
tapi belakang kita..cerita die da macam SYAITAN...

Ini luahan hati shamil ke...??

ini bukan luahan hati tapi untuk mengingatkan sesiapa yang punyai masalah yang serupa...
bukan kita ni UNCRITICAL THINKER ke ape...tapi lebih baik kalu...
kita ikut macam apa yang aku tunjukkan pada korang kat bawah ini...
Ini lah ape yg aku ikut selama nii...


This is the most electrifying quote i have heard..

mood: sedang teringat pada si dia sambil memikirkan idea bagi sesuatu...

PEERS..Any IdeA..?


MENTOR RAKAN SISWA...ATAU PEERS..
ANDA PERNAH DENGAR SEBELOM NII...?

Itulah yang aku masih fikir sampai skang...PEERS tu aper...
pastu ade hamba Allah yang cakap kt belakang aq...

"PEERS tu macam PRS la kat sekolah dulu...ngok..."

Walaupun yang berkata itu ade ala2 nak kene penumbuk ronggeng aku tapi...
btol gak cakap die...
Lantas diri ini mula menjerumus dalam kumpulan mulia ini...

SEBELOM tu...biar aku citer pasal UiTM Kuantan...
UiTM nii mang sgt 'aktif' aktiviti berpersatuannyer....(sambil meletakkan tangan ke dada,mata pandang keatas dan jelirkan lidah sikit ala scobby doo.)
sebab tuu UiTM ni cume ader:

JPK:JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ
GIA:GLOBAL ISLAMIC AWARDS....ea bukan...ASSOCIATION
PEERS:aq x tau ape name panjang die...

GIA tu mang aku xnak masuk awal2 berdasarkan pengalaman aku masa dalam BERKAT dulu...
(isshhhh...xyah cite laa...)
so..ade yang support aku untuk masok JPK....

"Mel..kau nak mane satu..JPK ke PEERS...?",tanye Johan Radzi...
"Ko rase...?",aku menjawab dengan persoalan...
"ok....aku rase......."
belum sempat Johan Radzi nak jawab....
(ketika ini adalah ketika pencalonan Bakal Presiden PEERS semester depan..sebab taun nii senior ade lagi....)

"Saya calonkan Shamil Abdullah!",seorang siswi bangun sambil menyebut namaku....

Sumpah aku terkesima...lantas menoleh ke arah suara itu..OHHH...
Hamba Allah yang dicipta dari tulang rusuk lelaki itu
adalah FISH...classmate aku..

Dan dipendekkan cerita...dengan undian tersebut..maka aku telah dipilih sebagai T.Pengerusi PEERS UiTM Kuantan...
sungguh aku terima tanggungjawab ini dengan berhati hati dan gembira...
akan aku ingat pesanan bekas rakan sejawatan aku dan kini coursemate aku di sini..

CAPAK : Mel..dah dapat tanggungjawab tuu keje btol2 tau...
sumpah makan pedas ayat die...tapi itulah realiti...

SENARAI MAJLIS TERTINGGI PEERS:
(mostly member2 aku gak)

Timbalan Pengerusi:Shamil
T.Setiausaha:Ameerul Radzi(Classmate aku)
T.Bendahari 1:Iqbal Naeem(1 of my bestfriend!)
T.Bendahari 2:aku lupe laa nama bdak TESL nii
AJK Disiplin:Johan Radzi(1 of my bestfriend!)
AJK Tugas2 Khas:Zul Iskandar(1 of my bestie!)
AJK Kerohanian:Habibullah Saharom(Rakan senasyid)
AJK Media n Komunikasi:Faiz Farizza @ Jojo(BFF aku laa!)

APE yang PENTING???

KERJASAMA!!!!

mood:hati tengah terkeliru memikirkan sesuatu sambil mata kuyu..